Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.
ALBUM ANGSADARIA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [24] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43] [44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] [51] [52] [53] [54] [55] [56] [57] [58] [59] [60] [61] [62]

Hubungi ANGSADA-RIA untuk tempahan anak ayam kampung, Anak Ayam Belanda, Ayam eksotik dan lain-lain.. Terima kasih.. En. Azmi Mainon 013-2667840 (Mobile) 03-32248133 (Tel/Fax) Facebook Pusat Ternakan Angsadaria Terima Kasih

Thursday 30 July 2009

AYAM KAMPONG KACUKAN

Terdapat lebih sepuluh pengeluar ayam kampung kacuk yang aktif mengeluarkan anak-anak ayam berkualiti di semenanjung ketika ini. Ayam kampong kacuk merupakan yang paling banyak diternak kerana kadar tumbesarannya amat cepat iaitu 75 hari hingga 90 hari berbanding ayam kampong asli 6 hingga 7 bulan!

Ayam kampong kacuk dihasilkan daripada pembiakan yang terancang. Rupa dan bentuk badannya juga mirip ayam kampong asli. Prestasi pertumbuhannya amat cepat dan dianggap lebih baik berbanding ayam kampong asli yang terdapat di kampong-kampong.

Ciri-ciri menarik yang terdapat pada ayam kampong kacuk ialah warna kulit dan warna kakinya kuning. Rata-rata ayam kampong kacuk mempunyai balong tunggal dan tidak pandai bergaduh, melompat dan terbang melebihi lima kaki tinggi.

Gambar: contoh ayam kampung kacuk di Angsadaria

Kepada bakal penternak atau para penternak yang mencari cir-ciri terbaik seekor ayam, ingat pesanan ini; jangan sekali-kali membeli anak ayam yang paruh siap dipotong (paruh atas lebih pendek). Jangan beli anak-anak ayam yang dijual di pasar-pasar.

Ingat juga pesanan kedua ini; kualiti anak ayam bukan di tentukan oleh nombor kod seperti SASSO 154 atau KH B1 atau lain-lain yang berbentuk nombor tetapi kualitinya anda yang menentukan setelah anda menternak hingga boleh dijual, analisis perkara berikut ini;

* Kadar kematiannya kurang 5%
* Kaki dan kulit warna kuning
* Paruh tidak dipotong
* Tumbesarannya sekata
* Dagingnya pejal dan rasanya sedap.

Read more...

Friday 24 July 2009

PESANAN UBAT

Wong Kam Pong menerima banyak pertanyaan dari para pembaca berkaitan ubat-ubatan ternakan unggas khususnya. Ramai yang bertanyakan cara untuk mereka memesan ubat
berkenaan dan juga cara bayaran.

Sekali lagi perlu diingat Wong Kam Pong bukan buat duit dengan cara jual ubat walau pun yang dijual hanya ubat ayam itik. Ini adalah salah satu cara untuk berkongsi pengalaman sesame penternak. Wong Kam Pong bukan pandai sangat pun. Sama macam kekawan lain, cumanya Wong Kam Pong pernah gunakan ubat-ubat berkenaan kerana dulu dan dulunya lagi ternakan Wong Kam Pong pernah sakit.

Pertama; beritahu tanda ternakan itu sakit samada murung, hidung beringus ke, batuk, berak kapor/darah/cair, muka bengkak dan lain-lain tanda.

Kedua; berapa lama berlaku gejala berkenaan

Ketiga; Jumlah ternakan yang sakit.

Bila dah tahu semuanya senanglah cari ubat yang sesuai. Cara pesanan pula; Wong Kam Pong akan beri nombor akaun bank, slip bank yang ada cetakan komputer itu faks kepada nombor 03 32247728. Jangan lupa beritahu alamat rumah yang lengkap serta nombor tel sekali. Pengiriman biasanya Wong Kam Pong gunakan GDexpres.

Harap-harap yang bertanya dapat faham dengan penjelasan di atas tadi yea... Terima kasih.

Read more...

Sunday 19 July 2009

Tetamu membawa ilmu

Pakcik Rashid (baju merah) berpengalaman dan tidak lokek ilmu berkenaan ayam laga.
Bersama beliau adalah student UPM
.

Semalam 18 Jul Wong Kam Pong menerima tetamu dari Melaka, orang lama yang pernah menceburi ternakan ayam laga suatu ketika dahulu. Walaupun kini tidak lagi terlibat dalam bidang ternakan ayam laga, tetapi pengalaman menternak, memilih baka amat berharga buat saya yang tak tau apa-apa tentang ayam laga. Rasa tak puas berbual pasal ayam laga kerana banyak lagi yang saya belum tahu.

Saya akan menemuinya lagi untuk mendapatkan ilmu-ilmu yang saya belum ada dan pengalaman-pengalaman itu memang amat berharga sekali.
Pengumpul koleksi ayam laga dari Muar


Sebenarnya dalam kehidupan kita tidak boleh lari dari orang lain, sepandai mana pun kita masih ada lagi yang kita belum tahu. Maknanya dalam hal-hal tertentu kita masih bodoh, bahasa yang selalu digunakan oleh P Ramlee dan kawan-kawannya . Sekarang dianggap kasar oleh sebahagian orang kita.

Masih ramai lagi yang menganggap dirinya pandai tetapi sebenarnya mereka itu bodoh. Pengalaman Wong Kam Pong ke ladang ternakan ayam seorang kawan, yang dulunya ceria tetapi amat berbeza pada kedatangan yang ini (ayamnya kena sakit) Semua ayam peliharaannya monyok.

Wong Kam Pong pun beritahu ubat yang perlu diberikan kepada ayam-ayamnya itu, langsung tak ada respon darinya, yang ada hanya sedikit sengih yang nampak sangat dibuat-buat. Apa salahnya catat apa saya cakap tadi atau paling koman pun katakan terima kasih.

Dua perkataan yang Wong Kam Pong sangat takut ialah BODOH SOMBONG.

Read more...

Thursday 16 July 2009

SEMUA PENYAKIT ADA UBATNYA

Sebahagian dari ubatan ayam yang saya gunakan

Semua penternak unggas tentu mempunyai pengalaman ternakannya mengalami sintom dijangkiti penyakit yang berbagai-bagai. Yang biasa tentulah tiga serangkai tu. Kalau kita manusia tiga serangkai ialah darah tinggi, kencing manis dan lemah jantung.

Tiga serangkai bagi unggas terutamanya ayam ialah batuk, selsema dan sakit mata. Memanglah mencegah lebih mudah dari mengubat. Bukan mudah je tapi lebih cepat sembuhnya, lebih jimatkan masa dan tenaga. Bagi penternak ayam secara kontrak seperti ayam daging tidak timbul banyak
masalah kerana doktor panel sentiasa mengambil sampel darah untuk dianalisis secara berjadual.

Yang sentiasa bermasalah tentang mendapatkan ubat yang tepat dengan sakitnya, ialah penternak ayam kampong bersaiz sederhana dan kecil. Menternak ayam banyak mana pun tak kisah yang penting ada pasarannya. Bila ayam sakit barulah garu kepala yang tak gatal. Saya tak perli sapa-sapa, ini pengalaman saya tau.

Masa tu la baru tau langit tu memang tinggi. Ilmu kita yang masih rendah rupanya. Waktu tu kalau jumpa orang yang pandai kasi ubat kita punya ayam yang sakit tu ibarat kata pepatah Melayu SEPERTI MERAK MENGGIGALlah orang tu. Bukan menggigil tapi menggigal. Tak tau makna cari kamus yea...

Baru-baru ini cuaca panas melanda negara kita maka banyaklah ayam yang batuk lama-lama monyoklah ayam tu yang parah tu apa lagi lama-lama mati. Kalau tak mati pun pembeli ayam akan bising. Kalau yang beli apik dia akan kata haiya lu punya ayam baanya sakit loo...

Ubat sintom di atas tu cuma bagi ubat yang bernama anti biotik je. Kalau tak tau mana nak cari, saya boleh dapatkannya. Boleh kirim pakai pos aje...tapi kena bayarlah penhantarannya tu. Saya tolong mana yang patut. Bukan berniaga ubat.

Okla setakat ini, dulu sibuk sikit sampai berbulan-bulan tak ebdit sekarang dua hari sekali oklah kan. Terima kasih kerana membaca blog Wong Kam Pong ini - MAM

Read more...

Tuesday 14 July 2009

Ladang ternakan ayam rangkaian Penang

Muhammad Asri Mainon, seorang lagi penternak ayam Belanda di kawasan sawah padi seluas dua ekar setengah yang dibelinya beberapa tahun lalu dengan harga RM150 ribu. Ladangnya mengeluarkan 400 anak ayam seminggu dengan 350 induk betina.

Adik saya ni dikenali juga Asri soya kerana mempunyai kilang soya bagi membekalkan air soya yang masih pekat piau untuk peniaga-peniaga sekitar BM, hinggalah ke Sungai Petani. Jadi hampas soya yang terhasil dari kilangnya itu dimanfaatkan untuk ternakannya pula.

Orang sebelah Penang panggil ayam ni ayam piru, saya di Selangor panggil ayam belanda. Kalau sebut belanda depan orang Penang, ayam mutiara tulah belanda! Orang utara panggil ayam mutiara - ayam api-api!

Permandangan dalam reban ayam belanda (ayam piru) rangkaian Penang

Tak kisahlah apa pun istilah jangan lari maknanya dahlah...Ok sambung cerita adik saya tadi, buat masa ni pengeluaran anak sekitar 400 ekor setiap satu minggu dan ayam yang sedang-sedang ada dalam seribu ekor lebih.

Pengeluaran akan dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa sehingga mencapai ketinggian yang tak terjangkau oleh orang lain tapi bak kata pepatah, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Angsa sedang diberi makan oleh Asri.

Selain ayam piru ada juga angsa berbagai jenis yang jinak-jinak boleh dibelai sambil menikmati keindahan sekitarnya yang menghijau. Berbagai-bagai kemudahan sedang dan akan dibina untuk keselesaan kepada pengunjung.

Hubungi:

MUHAMMAD ASRI MAINON

ANGSADA-RIA Rangkaian Penang,
Lot 2187 mukim 12,
Jalan Pokok Tampang,
13310, Tasek Gelugor,
Pulau Pinang, MALAYSIA.

Tel no :
013-4468235

Read more...

Monday 13 July 2009

Tanda-tanda ayam sakit (Episod 3)



Ayam belanda mudah terkena penyakit bengkak muka.
Keterangan gambar: Ayam belanda Angsadaria di rangkaian Penang.

Pemilik reban berbangsa Cina itu sebenarnya memasukkan ubat ke dalam tangki khas yang sudah tersedia setelah mendengar seekor ayamnya bersin. Dalam keadaan biasa-biasa ayam tidak akan bersin. Dia boleh dengar seekor ayam peliharaannya bersin sedangkan ketika itu sedang berbual. Pendengarannya sangat sensitif.

Pengajaran yang saya dapat dari cerita kawan saya itu, sentiasa sensitif dan bertindak pantas adalah perkara yang penting yang mesti ada pada penternak. Sikap bertangguh esoklah, nantilah dan lain-lain perkataan yang sama makna tak boleh ada pada penternak. Sikap bertangguh itu membawa kerugian jika tidak dibuang segera!

Penyebab kepada penyakit ayam pertama virus, keduanya bakteria, ketiganya parasit, keempat protozoa, kelima kulat dan keenamnya disebabkan pemakanan yang tidak seimbang.


Tanda-tanda ayam sakit yang berikutnya, muka bengkak. Keadaan muka bengkak ini biasanya berlaku kepada ayam belanda. Ayam kampong yang saya ternak belum pernah mengalami sintom muka bengkak tapi kalau ayam belanda memang banyak.

Berak cair atau berdarah. Haa yang ini memang banyak berlaku kepada para penternak ayam yang dah lama. Najis ayam sihat tidak cair ( gelap lebih banyak berbanding putih) Tidak berwarna merah. Tidak cair putih atau cair kemerah-merahan.

Gangguan saraf seperti sayap seleweh, lemah kaki atau kepala berputar juga sebagai tanda ayam sakit. Sintom yang terakhir ini jarang berlaku jika anak-anak ayam berkualiti dan ada gred.

Read more...

Tanda-tanda ayam sakit (Episod 3)

Si Cina pemilik ladang ayam tergesa-gesa membuat campuran ubat ke dalam tangki hanya kerana seekor ayamnya bersin. Begitu sensitif pendengarannya walaupun dia ada berpuluh ribu ayam di dalam reban, ketika sedang berbual pulak tu.

Pengajaran kepada saya, kena sensitif terhadap sebarang perubahan ayam, setiap masa. Asas datangnya penyakit dari enam perkara atau punca. Pertama sebab Virus kedua Bakteria ketiga Parasit keempat Protozoa kelima Kulat dan terakhir Pemakanan yang tidak seimbang.

Yang sedang diperkatakan sekarang tanda ayam yang sudah terkena salah satu dari enam yang di atas.

Read more...

Wednesday 8 July 2009

Tanda-tanda ayam sakit (Episod 2)

Ayam yang kita pelihara memerlukan persekitaran bersih, tidak terlalu sesak, sempit dan panas. Keadaan ini bagi membolehkan tumbesaran ayam-ayam itu seimbang dengan makanan yang diberi dan masa yang diperlukan untuk membesar tidak terlalu lama.

Cuaca juga memainkan peranan penting dalam reban. Misalnya apabila cuaca terlalu panas, batuk mudah menyerang ayam-ayam yang meningkat dewasa. Hujan yang kerap juga akan menyebabkan selsema. Tanda selsema dapat kita lihat apabila ayam sentiasa bersin dan hidung ayam ada hingus.

Sahabat saya pernah menceritakan kepada saya pengalamannya mengunjungi satu ladang ayam kepunyaan seorang Cina di utara tanahair. Sahabat saya ni kerja bomba. Oleh kerana dia pun minat ayam, dia suka cari kawan di kalangan penternak ayam..

Suatu hari dia berkunjung ke ladang ternakan ayam dan berbual dengan si tauke ladang tu. Tengah asyik berbual tiba-tiba je si tauke ladang ayam ni berlari ke arah satu tangki air dan memasukkan sesuatu ke dalamnya. Apabila semua dah ok dia tanyalah kepada si Cina tu kenapa tiba-tiba lari macam kena kejar hantu hingga panjat tangki air.

Jawapan si tauke itu, amat mengejutkan kawan saya dan memberi pengajaran yang amat berguna kepadanya, kemudian diceritakan pula kepada saya dan saya mengambil pengajaran ini untuk tatapan pembaca blok ini.

Nak tau apa kata tauke ladang ayam kepada kawan saya? Tunggu episod 3 yang akan datang.

Read more...

Tuesday 7 July 2009

Tanda-tanda ayam sakit (Episod 1)

Ada pertanyaan dari kawan penternak berkenaan ayam yang sakit. Apa tandanya dan apa pula ubat-ubat yang perlu diberikan samada diberi minum atau diberi makan? Dimana mereka boleh dapatkan ubat-ubat berkenaan?

Untuk menjawab pertanyaan berkaitan, rasanya saya bukan orang yang selayaknya kerana ada yang lebih pakar contohnya di Jabatan Veterinar yang boleh menjadi rujukan.

Melalui pengalaman saya berurusan dengan Jabatan Veterinar dapatlah saya sedikit maklumat untuk diri saya dan boleh dikongsi untuk para pembaca blog Angsadaria.

Setakat yang saya tahu, antara tanda-tanda ayam sakit apabila nafsu makannya berkurang berbanding hari sebelumnya. Sebagai contoh, jika kelmarin jumlah kapasiti makanan yang diberikan kepada ayam boleh habis, manakala hari ini tidak habis. Itu menandakan ayam-ayam berkenaan mungkin mengalami sintom sakit. Ini contoh tanda pertama.

Kedua, ayam kelihatan monyok dan tidak aktif. Ayam yang sihat kelihatan cergas, aktif dan tidak kelihatan lesu. Bulu ayam yang sakit nampak tidak kemas dan berserabut.

Ketiga, ayam kelihatan pucat. Mungkin orang tak tahu ayam pucat ni macam mana? Ayam pucat ni kalau dia nampak cengkung dan berwarna keputih-putihan dibahagian muka, itu la tanda ayam pucat. Harap-harap tuan2 faham la ye?..

Ok. Ni bahagian pertama info untuk sahabat ternak Angsadaria. Next episod saya akan berikan lagi maklumat mengenai tanda ayam sakit.. Tamat episod yang pertama...

Read more...

Saturday 4 July 2009

AYAM; Pengenalan


Setakat yang saya tahu, aktiviti ternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah [Gallus gallus]. Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri Cina lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan di antara ayam kampong generasi pertama dengan ayam baka Canton dari Negeri Cina. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong.

Mungkin dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai jenis ayam kampong yang dapat kita lihat pada hari ini. Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan yang ketara dari segi saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya yang tersendiri. Maka lahirlah berbagai-bagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga, Ayam Togel, Ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

Read more...

Thursday 2 July 2009

Perbezaan Angsa Perancis dan Angsa Siam

Ciri-ciri dan perbezaan antara angsa putih perancis dan angsa putih siam. Kita lihat ciri-cirinya pada spesis angsa putih ini yang ada di Angsada-Ria.


Angsa Putih Siam

1- Badan kecil panjang.
2- Leher panjang.
3- Ada bonggol besar didahi


Angsa Putih Perancis

1- Badan agak besar, bulat dan rendah.
2- Leher besar dan pendek.
3- Tidak ada bonjol didahi.

Read more...

Wednesday 1 July 2009

Penyediaan Vaksin


1- Dapatkan vaksin dari sumber yang boleh dipercayai semasa pembelian, sila berikan perhatian kepada tarikh luput. Vaksin mestilah disimpan di dalam peti sejuk antara 2C-8C.

2- Elakkan pemberian vaksin pada ayam yang skit.

3- Pemberian vaksin adalah lebih baik dilakukan pada sebelah pagi atau lewat petang.

4- Adalah digalakkan vaksin diberikan peda semua ayam secara serentak.

5- Biarkan ayam dalam keadaan haus selama 2 hingga 3 jam sebelum vaksin berikan.

6- Jangan menggunakan bekas yang diperbuat daripada logam untuk bancuhan vaksin.

7- Gunakan air “mati” atau air yang disimpan selama sehari.

8- Elakkan membuat pencairan yang kuat, kuantiti air yang disyorkan ialah 1 botol vaksin dibancuhkan dengan 2 gelen air.

9- Susu tepung tanpa lemak dan air batu mestilah dicampurkan di dalam air.

10- Semasa membancuh, tudung botol vaksin mestilah dibuka di dalam air.

11- Bancuhan vaksin mestilah dihabiskan dalam masa 30 minit.

12- Pastikan setiap ayam mendapat dos yang secukupnya.

13- Selepas menggunakan vaksin, pastikan botolnya ditanam.

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

Expert Village

Youtube

+ Kepelbagaian makanan untuk anak ayam..[1]
+ Cara membina reban ayam pedaging..[2]
+ Cara membuat sarang ayam bertelur..[3]
+ Kaedah mengelakkan anak ayam dari pemangsa..[4]
+ Cara memilih telur ayam untuk dieram..[5]
+ Cara memindahkan anak ayam yang baru lahir..[6]
+ Jerami padi sebagai tempat rehat anak ayam..[7]
+ Cara memberi vaksin anak ayam..[8]
+ Air amat penting untuk anak ayam..[9]
+ Kandungan diet yang penting untuk anak ayam..[10]
+ Ruang yang diperlukan untuk anak ayam..[11]
+ Sistem California Kid untuk anak ayam..[12]

PELAN KE ANGSADA-RIA (KLIK PADA GAMBAR)

CONTOH LADANG ITIK PEDAGING

  • Hanya satu jalan masuk+celup kaki/kenderaan
  • Gumboots+lab coats untuk pelawat
  • Pelawat mesti mencelup kaki
  • Pagar perimeter ketinggian 6'
  • Ketinggian pagar minima 5' di kawasan pengeluaran
  • Amalan perladangan yang baik
  • Klik disini

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP