Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.
ALBUM ANGSADARIA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [24] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43] [44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] [51] [52] [53] [54] [55] [56] [57] [58] [59] [60] [61] [62]

Hubungi ANGSADA-RIA untuk tempahan anak ayam kampung, Anak Ayam Belanda, Ayam eksotik dan lain-lain.. Terima kasih.. En. Azmi Mainon 013-2667840 (Mobile) 03-32248133 (Tel/Fax) Facebook Pusat Ternakan Angsadaria Terima Kasih

Tuesday 15 March 2011

Salam kepada penternak unggas

Agak lama tak menulis kerana hujung tahun lalu stok habis, tulis banyak-banyak pun tak ada apa yang nak dijual. Suasana sekarang ini memang mencabar, maklum bumi yang kita duduk ni semakin tua, menghampiri hujung-hujung usianya. Kita semua ni pun sebebnarnya semakin meniti usia - kerana kita maju kehadapan bukan mengundur ke belakang. Yang dulu muda kini dah semakin tua (atau lama) Berapa ramai antara kita yang mengambil iktibar dari semua peristiwa yang berlaku? Cukuplah mati itu sebagai peringatan
.
 Apa khabar para penternak unggas tak kira di mana pun anda semua berada. Penternak di Indonesia masih dapat bertahan kerana makanan ternakan anda masih murah seperti dahulu berbanding kami, di Malaysia untuk membeli seguni 50kg makanan ayam pun kena bawa wang RM100 (250.000 rupiah)

Apa khabar Hakimin, Simpang Empat, Perlis penternak merak. Sudah dapat bas arah Sabak Bernam?  Saya nak bantam emas kalau ada sepasang pun jadilah tapi minggu ini saya belum ada kelapangan masa, banyak sangat kenduri kawin.

En. Hashim, Bertam, moga sukses dengan ayam piru baka besar dapat biak ke.... kalau sudah  ada saya pun nak  anaknya.  Khabar terbaru yang saya dapat pihak JV Negeri Selangor pun nak bawa masuk piru baka besar untuk tujuan pembiakan. Doa-doalah moga jadi kenyataan.

Zaim dan kawan-kawan, Bukit Mertajam. Sekilo ubat serbuk yang saya beri itu untuk kegunaan 2 tan makanan ayam (40 guni). Kegunaannya untuk mengatasi masalah bahagian penghadaman anak ayam belanda yang baru menetas (pencegahan coccidiosis) Kalau tak rawat, akan berlaku kematian pada anak piru di usia 2 minggu hingga 2 bulan.
Syakira, Changkat Jering anda lulusan pengurusan perniagaan tetapi anda  perlu banyak bertanya dan belajar lagi. Malu bertanya sesat jalan. Hakikatnya banyak berlaku kematian pada anak piru anda. Ubat yang anda beri minum kepada anak ayam piru itu kurang berkesan.  Saya lihat anak piru anda kepaknya jatuh, mata pejam, kaki kurus, berak cair warna perang.
Apa khabar cikgu Masiran, Batu Gajah. Ternakan anda semakin mahal tak mampu saya nak membelinya. Saya nak jual balik pun tak boleh! Semenjak ada blok itulah keadaannya. Tak apalah tak ada rezeki nak buat macam mana....
Abang Rodi Batu Gajah. Penternak ayam belanda coklat, teruskan usaha anda kerana  ramai yang minat dengan ayam coklat tu... Harganya pun biasa-biasa aja...
Abang Johari Sungai Terap. Dah tak mahu bela ayam eksotik lagi? Kena curi dua kali tu biasalah nak buat macam mana dah rezeki pencuri. Usahalah lagi sampai berjaya. Kata orang kejayaan tu dah tak berapa jauh dari kegagalan.
Razak Lia Sari apa hal pulak nak jual semua angsa-angsa putih/kelabu. Dah merajuk ke.... ala baru sekali kena curi dah tak mau bela. Ayam cemani belum ada yang nak lagi. Nantilah kalau ada yang berhajat saya beritau.  

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

Expert Village

Youtube

+ Kepelbagaian makanan untuk anak ayam..[1]
+ Cara membina reban ayam pedaging..[2]
+ Cara membuat sarang ayam bertelur..[3]
+ Kaedah mengelakkan anak ayam dari pemangsa..[4]
+ Cara memilih telur ayam untuk dieram..[5]
+ Cara memindahkan anak ayam yang baru lahir..[6]
+ Jerami padi sebagai tempat rehat anak ayam..[7]
+ Cara memberi vaksin anak ayam..[8]
+ Air amat penting untuk anak ayam..[9]
+ Kandungan diet yang penting untuk anak ayam..[10]
+ Ruang yang diperlukan untuk anak ayam..[11]
+ Sistem California Kid untuk anak ayam..[12]

PELAN KE ANGSADA-RIA (KLIK PADA GAMBAR)

CONTOH LADANG ITIK PEDAGING

  • Hanya satu jalan masuk+celup kaki/kenderaan
  • Gumboots+lab coats untuk pelawat
  • Pelawat mesti mencelup kaki
  • Pagar perimeter ketinggian 6'
  • Ketinggian pagar minima 5' di kawasan pengeluaran
  • Amalan perladangan yang baik
  • Klik disini

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP