Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.
ALBUM ANGSADARIA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [24] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43] [44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] [51] [52] [53] [54] [55] [56] [57] [58] [59] [60] [61] [62]

Hubungi ANGSADA-RIA untuk tempahan anak ayam kampung, Anak Ayam Belanda, Ayam eksotik dan lain-lain.. Terima kasih.. En. Azmi Mainon 013-2667840 (Mobile) 03-32248133 (Tel/Fax) Facebook Pusat Ternakan Angsadaria Terima Kasih

Wednesday 5 October 2011

    Walaupun keinginan anda untuk memiliki ayam bantam begitu meluap-luap dan waktu itu wang pun tengah ada maklumlah lepas dapat gaji awal bulan, jangan terburu-buru membeli bantam terutamanya melalui laman 'mudah. com' kerana ramai yang dah terkena bantam yang dibeli tak ori macam dalam gambar. Jangan marah kepada mereka yang menjual bantam yang benar-benar ori. Memang ada yang jujur tapi tak ramai.
    Kedua-Jangan membeli bantam yang masih kecil. Memanglah murah tapi kita tak nampak lagi ciri-ciri orinya kerana belum tumbuh atau belum kelihatan. Lagi pun anak bantam mudah mati (risiko kematiannya tinggi).
    Antara ciri-ciri bantam ORI yang dapat dilihat ada 5 dan yang tidak dapat dilihat ada satu.
o Bantam dewasa terutamanya yang jantan- Di leher dan bahagian belakang badan tidak ada bulu halus. Leher bantam tetap bercorak seperti di badannya juga tetapi corak di leher lebih kecil.
o Setiap helai bulu bantam ori ada corak hitam di bahagian tepinya. Manakala bulu  bantam tak ori  kadang ada corak hitam kadang kala tak ada corak yakni putih terus. Anda boleh bandingkan antara dua gambar di atas.
o Bantam ori tak akan tumbuh bulu lawi (bulu dua helai yang tumbuh panjang di bahagian ekor ayam jantan) Bantam tak ori akan ada bulu lawi walaupun mengambil masa yang lama untuk tumbuh.
oWarna kaki ayam bantam adalah kelabu.
o Balong bantam jantan yang ori adalah balong bunga. Bantam tak ori balong papan. Tak kira jantan atau betina.
    Manakala ciri-ciri yang tidak kelihatan ialah; anak-anak bantam ori 100% akan mempunyai ciri-ciri ori juga. Anda lihatlah sendiri anak bantam anda jika menetas dan hidup sihat,  katakan 20 ekor semuanya dan semuanya nampak ori kira oklah induk bantam anda tu tapi jika 70% ada ciri-ciri ori dan 30% lagi ada ciri tak ori bermakna induk bantam anda itu dah tak berapa ori walau pun anda beli dengan harga yang mahal.

Read more...

Tuesday 4 October 2011

    Suatu waktu dahulu  Wong Kg pernah menyaksikan pameran motosikal klasik, dalam banyak-banyak tu ada sebuah motosikal jenama Bantam dengan lambang seekor ayam diperbuat dari tembaga di bahagian tepi tangki minyak motosikal tersebut. Memang cantiklah motosikal bantam tu dan Wong Kg terfikir alangkah bertuahnya ayam ni yang namanya digunakan untuk sebuah motosikal. Itu cerita 30 tahun dahulu yang Wong Kg masih ingat sehingga kini.
    Sejak dua tahun kebelakangan ini ramai yang 'gila' bantam tapi bukan motosikal bantam. Ayam bantam yang menjadi simbol motosikal bantam zaman dahulu  yang Wong Kg ceritakan kisahnya di atas tadi. Ayam bantam terbahagi kepada dua; bantam gold dan bantam silver.
    Wong Kg pernah menternak bantam gold 10 tahun lalu.  Kawan Wong Kg di Bagan Serai namanya Cok Li yang beri sepasang. Masa tu belum ramai yang mencari bantam. Mungkin belum ramai yang kenal. Dari sepasang sampai jadi berpuluh-puluh pasang. Senang sangat menbiak. Wong Kg ingatkan ayam bantam ni tak berapa laku, Banyak juga kawan-kawan yang dapat free, yealah kalau dah banyak sangat bertelor rata-rata tempat ngeram  pun rata-rata tempat, bila dah banyak sangat Wong Kg beri  kawan-kawan dengan harapan dapat berkembang atau membiak. Antara yang pernah membeli bantam Wong Kg masa tu cikgu Azman dari Sek. Teknik Pertanian Chenor, Pahang dan  KakYong dari Mai Farm, Kelumpang. Masa tu harga sepasang dewasa induk cuma RM350.
     Wong Kg akan berkongsi pengalaman menternak ayam bantam yang tak seberapa ini supaya kawan penternak dapat membezakan bantam ori dan local dan ciri-ciri kedua-duanya supaya -" murah jangan disangka local dan mahal jangan pula disangka ori."

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

Expert Village

Youtube

+ Kepelbagaian makanan untuk anak ayam..[1]
+ Cara membina reban ayam pedaging..[2]
+ Cara membuat sarang ayam bertelur..[3]
+ Kaedah mengelakkan anak ayam dari pemangsa..[4]
+ Cara memilih telur ayam untuk dieram..[5]
+ Cara memindahkan anak ayam yang baru lahir..[6]
+ Jerami padi sebagai tempat rehat anak ayam..[7]
+ Cara memberi vaksin anak ayam..[8]
+ Air amat penting untuk anak ayam..[9]
+ Kandungan diet yang penting untuk anak ayam..[10]
+ Ruang yang diperlukan untuk anak ayam..[11]
+ Sistem California Kid untuk anak ayam..[12]

PELAN KE ANGSADA-RIA (KLIK PADA GAMBAR)

CONTOH LADANG ITIK PEDAGING

  • Hanya satu jalan masuk+celup kaki/kenderaan
  • Gumboots+lab coats untuk pelawat
  • Pelawat mesti mencelup kaki
  • Pagar perimeter ketinggian 6'
  • Ketinggian pagar minima 5' di kawasan pengeluaran
  • Amalan perladangan yang baik
  • Klik disini

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP