Walaupun keinginan anda untuk memiliki ayam bantam begitu meluap-luap dan waktu itu wang pun tengah ada maklumlah lepas dapat gaji awal bulan, jangan terburu-buru membeli bantam terutamanya melalui laman 'mudah. com' kerana ramai yang dah terkena bantam yang dibeli tak ori macam dalam gambar. Jangan marah kepada mereka yang menjual bantam yang benar-benar ori. Memang ada yang jujur tapi tak ramai.
Kedua-Jangan membeli bantam yang masih kecil. Memanglah murah tapi kita tak nampak lagi ciri-ciri orinya kerana belum tumbuh atau belum kelihatan. Lagi pun anak bantam mudah mati (risiko kematiannya tinggi).
Antara ciri-ciri bantam ORI yang dapat dilihat ada 5 dan yang tidak dapat dilihat ada satu.
o Bantam dewasa terutamanya yang jantan- Di leher dan bahagian belakang badan tidak ada bulu halus. Leher bantam tetap bercorak seperti di badannya juga tetapi corak di leher lebih kecil.
o Setiap helai bulu bantam ori ada corak hitam di bahagian tepinya. Manakala bulu bantam tak ori kadang ada corak hitam kadang kala tak ada corak yakni putih terus. Anda boleh bandingkan antara dua gambar di atas.
o Bantam ori tak akan tumbuh bulu lawi (bulu dua helai yang tumbuh panjang di bahagian ekor ayam jantan) Bantam tak ori akan ada bulu lawi walaupun mengambil masa yang lama untuk tumbuh.
oWarna kaki ayam bantam adalah kelabu.
o Balong bantam jantan yang ori adalah balong bunga. Bantam tak ori balong papan. Tak kira jantan atau betina.
Manakala ciri-ciri yang tidak kelihatan ialah; anak-anak bantam ori 100% akan mempunyai ciri-ciri ori juga. Anda lihatlah sendiri anak bantam anda jika menetas dan hidup sihat, katakan 20 ekor semuanya dan semuanya nampak ori kira oklah induk bantam anda tu tapi jika 70% ada ciri-ciri ori dan 30% lagi ada ciri tak ori bermakna induk bantam anda itu dah tak berapa ori walau pun anda beli dengan harga yang mahal.
Wednesday, 5 October 2011
Tuesday, 4 October 2011
Sejak dua tahun kebelakangan ini ramai yang 'gila' bantam tapi bukan motosikal bantam. Ayam bantam yang menjadi simbol motosikal bantam zaman dahulu yang Wong Kg ceritakan kisahnya di atas tadi. Ayam bantam terbahagi kepada dua; bantam gold dan bantam silver.
Wong Kg pernah menternak bantam gold 10 tahun lalu. Kawan Wong Kg di Bagan Serai namanya Cok Li yang beri sepasang. Masa tu belum ramai yang mencari bantam. Mungkin belum ramai yang kenal. Dari sepasang sampai jadi berpuluh-puluh pasang. Senang sangat menbiak. Wong Kg ingatkan ayam bantam ni tak berapa laku, Banyak juga kawan-kawan yang dapat free, yealah kalau dah banyak sangat bertelor rata-rata tempat ngeram pun rata-rata tempat, bila dah banyak sangat Wong Kg beri kawan-kawan dengan harapan dapat berkembang atau membiak. Antara yang pernah membeli bantam Wong Kg masa tu cikgu Azman dari Sek. Teknik Pertanian Chenor, Pahang dan KakYong dari Mai Farm, Kelumpang. Masa tu harga sepasang dewasa induk cuma RM350.
Wong Kg akan berkongsi pengalaman menternak ayam bantam yang tak seberapa ini supaya kawan penternak dapat membezakan bantam ori dan local dan ciri-ciri kedua-duanya supaya -" murah jangan disangka local dan mahal jangan pula disangka ori."
Read more...
Monday, 26 September 2011
Salam kepada semua rakan penternak unggas. Cabaran yang menanti bukan sedikit kerana menternak unggas memang sukar sekali kalau tak percaya boleh cuba sendiri. Wong Kg dah sepuluh tahun berkecimpung dalam bidang ternakan ini walau secara kecil-kecilan. Dua tahun lalu wabak sampar atau ND merebak seluruh semenanjung sampai sekarang masih belum reda, masih berjalan walau perlahan masih belum nampak akan reda.
Dua bulan lalu ayam eksotik Wong Kg pun kena ND adalah dalam 120 hingga 150 ekor kecil dan besar. Yang mati ni bukan ayam kampung tau. Ayam eksotik yang harganya ratusan ringgit tiap satu. Yang mati ini pula tak kira kecil atau besar semua sekali. Mati dalam keadaan kakinya di atas! Semasa Wong Kg dapati ada tanda-tanda sakit tu terus beri ubat tapi tak nampak perubahannya. Satu hari satu guni buang bangkai ayam. Tapi kira sikit la tu berbanding ramai lagi penternak yang tanam bangkai ayam pakai jentolak!
Kabarnya ada juga penternak yang proses bangkai ayam yang mati kena ND tu untuk habuan ikan keli makan. Itu pun yang ada menternak ikan keli la. Kalau tak ada main buang atau tanam la bangkai ayam anda tu.
Itu semua adalah asam garam kehidupan dalam dunia ternakan unggas. Lembu dan kambing tak ada ND. Mana yang lemah semangat setakat itu sajalah usaha dan penat lelah menternak unggas. Lain kali tak mahu menternak lagi. Taubat nasuha agaknya.
Ternakan yang Wong Kg ceritakan di atas tadi berlaku di reban simpanan yang jaraknya jauh dari rumah. Induk di kawasan rumah Wong Kg alhamdulillah sihat semuanya tak ada yang mati. Moga-mogalah.....Wasallam.
Tuesday, 15 March 2011
Salam kepada penternak unggas
Agak lama tak menulis kerana hujung tahun lalu stok habis, tulis banyak-banyak pun tak ada apa yang nak dijual. Suasana sekarang ini memang mencabar, maklum bumi yang kita duduk ni semakin tua, menghampiri hujung-hujung usianya. Kita semua ni pun sebebnarnya semakin meniti usia - kerana kita maju kehadapan bukan mengundur ke belakang. Yang dulu muda kini dah semakin tua (atau lama) Berapa ramai antara kita yang mengambil iktibar dari semua peristiwa yang berlaku? Cukuplah mati itu sebagai peringatan
.
Apa khabar para penternak unggas tak kira di mana pun anda semua berada. Penternak di Indonesia masih dapat bertahan kerana makanan ternakan anda masih murah seperti dahulu berbanding kami, di Malaysia untuk membeli seguni 50kg makanan ayam pun kena bawa wang RM100 (250.000 rupiah)
Apa khabar Hakimin, Simpang Empat, Perlis penternak merak. Sudah dapat bas arah Sabak Bernam? Saya nak bantam emas kalau ada sepasang pun jadilah tapi minggu ini saya belum ada kelapangan masa, banyak sangat kenduri kawin.
En. Hashim, Bertam, moga sukses dengan ayam piru baka besar dapat biak ke.... kalau sudah ada saya pun nak anaknya. Khabar terbaru yang saya dapat pihak JV Negeri Selangor pun nak bawa masuk piru baka besar untuk tujuan pembiakan. Doa-doalah moga jadi kenyataan.
Zaim dan kawan-kawan, Bukit Mertajam. Sekilo ubat serbuk yang saya beri itu untuk kegunaan 2 tan makanan ayam (40 guni). Kegunaannya untuk mengatasi masalah bahagian penghadaman anak ayam belanda yang baru menetas (pencegahan coccidiosis) Kalau tak rawat, akan berlaku kematian pada anak piru di usia 2 minggu hingga 2 bulan.
Syakira, Changkat Jering anda lulusan pengurusan perniagaan tetapi anda perlu banyak bertanya dan belajar lagi. Malu bertanya sesat jalan. Hakikatnya banyak berlaku kematian pada anak piru anda. Ubat yang anda beri minum kepada anak ayam piru itu kurang berkesan. Saya lihat anak piru anda kepaknya jatuh, mata pejam, kaki kurus, berak cair warna perang.
Apa khabar cikgu Masiran, Batu Gajah. Ternakan anda semakin mahal tak mampu saya nak membelinya. Saya nak jual balik pun tak boleh! Semenjak ada blok itulah keadaannya. Tak apalah tak ada rezeki nak buat macam mana....
Abang Rodi Batu Gajah. Penternak ayam belanda coklat, teruskan usaha anda kerana ramai yang minat dengan ayam coklat tu... Harganya pun biasa-biasa aja...
Abang Johari Sungai Terap. Dah tak mahu bela ayam eksotik lagi? Kena curi dua kali tu biasalah nak buat macam mana dah rezeki pencuri. Usahalah lagi sampai berjaya. Kata orang kejayaan tu dah tak berapa jauh dari kegagalan.
Razak Lia Sari apa hal pulak nak jual semua angsa-angsa putih/kelabu. Dah merajuk ke.... ala baru sekali kena curi dah tak mau bela. Ayam cemani belum ada yang nak lagi. Nantilah kalau ada yang berhajat saya beritau.
Friday, 15 October 2010
Mencari punca telur yang tak menetas.
Sebelum memiliki mesin penetasan telur, anda mesti memiliki sifat berani mencuba dan juga berani menghadapi kegagalan barulah boleh mengendalikan mesin penetasan. Jika tak memiliki dua perkara tu lupakan sahaja keinginan yang anda ada. Di samping tu kena rajin buat kajian kenapa asyik gagal. Kadang-kadang yang kita buat lebih banyak gagal dari yang berjaya.
Selepas enam hari dalam mesin, biasanya telur disuluh untuk melihat perkembangan embrio di dalamnya. Akan kelihatan seperti akar berwarna merah di dalam telur. Tetapi jika tidak kelihatan apa-apa macam biasa sahaja, keluarkan telur dari mesin dan boleh digoreng. Telur masih elok lagi.
Sepanjang usia telur 6 hingga 14 hari jika berlaku kematian kepada embrio seperti tidak bergerak bila kita pusingkan telur, atau embrio sudah bewarna kehitaman; antara sebabnya suhu dalam ruang penetasan terlalu tinggi, atau ruang udara (dalam kulit telur) tersumbat, atau peredaran udara dalam mesin penetasan tidak rata, atau embrio telah kena jangkitan kuman.
Jika pada peringkat awal pengeraman elok tetapi berlaku kematian di usia telur 17 hingga 21 hari; Puncanya kelembapan dalam mesin tidak sesuai atau suhu terlalu rendah. Atau suhu terlalu tinggi. Atau sistem peredaran udara dalam mesin kurang baik. Jika semua alasan di atas bukan juga maka kebarangkalian embrio telah dijangkiti bakteria sebab kotor.
Sering berlaku embrio yang pada awalnya kita lihat elok kemudian banyak yang mati; di sebabkan suhu dalam mesin penetasan terlalu tinggi atau terlalu rendah. Pengaliran udara dalam mesin tak sempurna. Atau pemutaran telur tidak betul.
Suhu dalam mesin penetasan Wong Kg biasanya 37C hingga 38C kadang-kadang hingga 39C apabila cuaca terlalu panas.