Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.
ALBUM ANGSADARIA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [24] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43] [44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] [51] [52] [53] [54] [55] [56] [57] [58] [59] [60] [61] [62]

Hubungi ANGSADA-RIA untuk tempahan anak ayam kampung, Anak Ayam Belanda, Ayam eksotik dan lain-lain.. Terima kasih.. En. Azmi Mainon 013-2667840 (Mobile) 03-32248133 (Tel/Fax) Facebook Pusat Ternakan Angsadaria Terima Kasih

Tuesday 16 June 2009

Anak-anak ayam baru, reban pun baru.

Baru-baru ini saya baru je renovate reban ayam dekat sebelah rumah saya. Nak jadikan reban saya tu 2 tingkat. Reban ni belum siap lagi sepenuhnya sebab ongkosnya belum cukup lagi. Jadi buat masa ni guna je bahagian reban yang rasanya boleh simpan anak-anak ayam ni.

Anak-anak ayam yang macam-macam jenis tu dah bertambah, jadi susah la nak simpan sebab reban pun dah mula sesak. Jadi reban baru ni dapatlah kurangkan sikit kesesakan kat reban lama yang agak sempit tu. Ayam batam, ayam selasih, ayam serama, anak-anak ayam belanda dan macam-macam lagi dah saya pindahkan kat reban baru.


Sebahagian anak ayam belanda yang berumur 4 minggu ini saya tetaskan sendiri. Lepas ni nak pindahkan anak ayam belanda ini ke reban baru kat Perak. Reban kat sana luas, selesa la ayam-ayam belanda nie nak rehat nanti sebelum dijual.

Ini anak ayam selasih Silky. Baru je berumur 4 minggu. Nak beli ke?.. Datang la ke Angsada-Ria.

Ini pulak anak-anak ayam yang saya campur. Umur baru 3 minggu lebih. Ayam batam emas, serama dengan ayam kapan pun ada. Anak-anak ayam nie pun saya tetaskan sendiri.

Read more...

Projek Anak-anak Yatim dan Miskin As-Solihin

Untuk makluman kepada reader blog Angsada-Ria. Pusat Pentarbiyahan Anak-Anak Yatim dan Miskin As-Solihin memerlukan sumbangan anda sebagai dana untuk menyiapkannya dengan lebih segera. Pelancaran Pusat Anak-anak Yatim ini telah dilancarkan oleh Ust. Dato' Ismail Kamus selaku Penaung projek ini. Projek ini telah bermula start tahun 2006 lagi.

Pusat anak-anak yatim ini sebenarnya tak jauh pun dari Pusat Ternakan Angsada-Ria. Sebab itu saya rasa elok saya hebahkan kepada reader blog ini yang bermurah hati untuk memberi sedikit sumbangan untuk mempercepatkan lagi pembinaannya.

Tanah untuk projek dah dibeli dari tuan tanah yang baru meninggal dunia (Ust Shamsudin Rahmatullah alaih), tapak projek sudahpun ditambak dengan tanah merah manakala bangunan pentadbiran sudahpun disiapkan.

Kat sini saya sertakan gambar yang saya ada. Maaf la kalau gambar brochure tu tak bape elok dan jelas. Tu je yang saya sempat dapat.

Ustaz Dato' Ismail Kamus ketika sedang memberi tandatangan semasa pecah tanah sambil diperhatikan oleh pengarah projek Ust. Sallehen Mukhyi dan Tuan Guru Hj. Mohd Ikhsan Imam (Penasihat Projek). Dato' Ismail Kamus juga buat ceramah pagi tu untuk kutip derma projek.

brochures As-Solihin 2

brochures As-Solihin 1

Sumbangan boleh juga dibuat atas nama PUSAT AS-SOLIHIN, Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Sg. Besar.
Nombor Akaun : 12056-01-001798-3

Boleh juga hubungi nombor ini:
Ust Sallehin Mukhyi (Pengerusi) : 019-2614 728
Hj. Nordin Atan (Bendahari) : 016-3223 644

Sama-samalah kita membuat amal jariah untuk mendapatkan ganjarah yang besar di Akhirat nanti. Juga tidak lupa kepada rakan-rakan ternak untuk memberi sokongan wang anda yang lebih-lebih tu untuk bantu projek ini.. Semoga Sumbangan ikhlas kita diterima Allah.. Ameen..

Read more...

Thursday 4 June 2009

Campur ayam cucuk - Peniaga Alor Setar letak ayam halal, haram setempat


PENGARAH Jabatan Perkhidmatan Perbadanan dan Kesihatan MBAS, Tunku Abaidah Tunku Yususf (kanan) bersama seorang penguat kuasa memeriksa ayam yang dirampas di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati ketika membeli ayam yang sudah diproses di bandar raya ini.

Ini kerana terdapat peniaga yang sengaja mencampurkan ayam-ayam yang disembelih secara halal dengan ayam dicucuk.

Perbuatan itu terbongkar dalam satu operasi Pemantauan Tempat Pembersihan Pemprosesan Ayam yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) awal pagi semalam.

Operasi itu juga mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan, Jabatan Veterinar Alor Setar dan Jabatan Agama Islam Kedah.

Dalam operasi itu, sebanyak 12 kompaun telah dikeluarkan kepada pengusaha ayam proses di Pasar Besar Peremba di sini selain mereka diarahkan menghentikan perniagaan serta-merta.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Khazali Din berkata, pihaknya mendapati ada pengusaha pusat penyembelihan ayam di pasar berkenaan tidak mengikut syarat yang ditetapkan.

"Kami mengarahkan operasi dihentikan serta-merta selama 14 hari bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh pengusaha terbabit," katanya.

Berita Kosmo

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

Expert Village

Youtube

+ Kepelbagaian makanan untuk anak ayam..[1]
+ Cara membina reban ayam pedaging..[2]
+ Cara membuat sarang ayam bertelur..[3]
+ Kaedah mengelakkan anak ayam dari pemangsa..[4]
+ Cara memilih telur ayam untuk dieram..[5]
+ Cara memindahkan anak ayam yang baru lahir..[6]
+ Jerami padi sebagai tempat rehat anak ayam..[7]
+ Cara memberi vaksin anak ayam..[8]
+ Air amat penting untuk anak ayam..[9]
+ Kandungan diet yang penting untuk anak ayam..[10]
+ Ruang yang diperlukan untuk anak ayam..[11]
+ Sistem California Kid untuk anak ayam..[12]

PELAN KE ANGSADA-RIA (KLIK PADA GAMBAR)

CONTOH LADANG ITIK PEDAGING

  • Hanya satu jalan masuk+celup kaki/kenderaan
  • Gumboots+lab coats untuk pelawat
  • Pelawat mesti mencelup kaki
  • Pagar perimeter ketinggian 6'
  • Ketinggian pagar minima 5' di kawasan pengeluaran
  • Amalan perladangan yang baik
  • Klik disini

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP