Tetamu membawa ilmu
Pakcik Rashid (baju merah) berpengalaman dan tidak lokek ilmu berkenaan ayam laga.
Bersama beliau adalah student UPM.
Semalam 18 Jul Wong Kam Pong menerima tetamu dari Melaka, orang lama yang pernah menceburi ternakan ayam laga suatu ketika dahulu. Walaupun kini tidak lagi terlibat dalam bidang ternakan ayam laga, tetapi pengalaman menternak, memilih baka amat berharga buat saya yang tak tau apa-apa tentang ayam laga. Rasa tak puas berbual pasal ayam laga kerana banyak lagi yang saya belum tahu.Bersama beliau adalah student UPM.
Saya akan menemuinya lagi untuk mendapatkan ilmu-ilmu yang saya belum ada dan pengalaman-pengalaman itu memang amat berharga sekali.
Sebenarnya dalam kehidupan kita tidak boleh lari dari orang lain, sepandai mana pun kita masih ada lagi yang kita belum tahu. Maknanya dalam hal-hal tertentu kita masih bodoh, bahasa yang selalu digunakan oleh P Ramlee dan kawan-kawannya . Sekarang dianggap kasar oleh sebahagian orang kita.
Masih ramai lagi yang menganggap dirinya pandai tetapi sebenarnya mereka itu bodoh. Pengalaman Wong Kam Pong ke ladang ternakan ayam seorang kawan, yang dulunya ceria tetapi amat berbeza pada kedatangan yang ini (ayamnya kena sakit) Semua ayam peliharaannya monyok.
Wong Kam Pong pun beritahu ubat yang perlu diberikan kepada ayam-ayamnya itu, langsung tak ada respon darinya, yang ada hanya sedikit sengih yang nampak sangat dibuat-buat. Apa salahnya catat apa saya cakap tadi atau paling koman pun katakan terima kasih.
Dua perkataan yang Wong Kam Pong sangat takut ialah BODOH SOMBONG.
0 comments:
Post a Comment