Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.
ALBUM ANGSADARIA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [24] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43] [44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] [51] [52] [53] [54] [55] [56] [57] [58] [59] [60] [61] [62]

Hubungi ANGSADA-RIA untuk tempahan anak ayam kampung, Anak Ayam Belanda, Ayam eksotik dan lain-lain.. Terima kasih.. En. Azmi Mainon 013-2667840 (Mobile) 03-32248133 (Tel/Fax) Facebook Pusat Ternakan Angsadaria Terima Kasih

Saturday 30 May 2009

Buru ayam hutan buat lauk kenduri

Oleh : KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM


KHIRIAH menunjukkan senapang patah dan ayam hutan yang dirampas daripada sekumpulan pemburu di Ladang LKPP Penor, Sungai Belat semalam.


KUANTAN – Tiga lelaki memberi alasan memburu ayam hutan untuk dijadikan lauk kenduri ketika ditahan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang di Ladang Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) Penor Sungai Belat, di sini kelmarin.

Mereka yang dalam lingkungan umur antara 20 dan 50 tahun itu ditahan kerana memiliki 24 ekor ayam hutan yang sudah siap disembelih dan dipercayai hasil buruan secara haram.

Menurut Pengarah Perhilitan Pahang, Khiriah Mohd. Shariff, sesiapa sahaja tidak dibenarkan berburu ayam hutan sejak isu selesema burung dihebahkan.

“Mereka (suspek) memberitahu kepada anggota kami bahawa ayam tersebut diburu untuk dijadikan lauk pada majlis kenduri di rumah salah seorang daripada mereka,” katanya.

Beliau memberitahu, adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972/76 seksyen 68 iaitu menembak, membunuh dan mengambil binatang liar yang dilindungi. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Berita Kosmo

Read more...

Monday 25 May 2009

Noh tegur peminjam Tekun liat bayar pinjaman

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, hari ini menegur sikap sebilangan peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) yang liat membayar balik pinjaman sehingga menjejaskan kelancaran tabung itu menyalurkan pinjaman kepada orang lain yang memerlukan.

Justeru, beliau berharap mereka dapat membayar balik pinjaman setakat yang termampu terlebih dulu supaya tidak menjejaskan peluang bakal peminjam lain.

Noh berkata, peminjam yang bermasalah membayar balik pinjaman hendaklah berjumpa pegawai para pegawai Tekun dan Agro Bank untuk membincangkan jumlah pinjaman yang mampu dibayar supaya penjadualan semula bayaran dapat dibuat.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Keusahawan: Peluang Perniagaan dan Pembiayaan Modal di sini, hari ini, Noh berkata, kegagalan membayar pinjaman menyebabkan timbulnya rungutan Tekun lambat meluluskan pinjaman.

"Kalau semua peminjam ada semangat demikian (bayar pinjaman), maka tidak timbul lagi rungutan itu kerana perkara ini berlaku akibat jangkaan kutipan hutang dengan jangkaan duit yang kita nak bayar itu tak tercapai.

"Sebagai contoh kalau kutipan RM30 juta sebulan, tapi hanya dapat RM10 juta bermakna kita kekurangan RM20 juta untuk membuat pusingan pinjaman kepada peminjam baru," katanya.

Baca seterusnya

Read more...

Dilema Industri Sarang Burung Walit Sarawak

Oleh Syed Azwan Syed Ali

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Tanpa diketahui umum, industri sarang burung walit kini mencecah RM1 bilion setahun selepas migrasi besar-besaran spesies burung itu dari Indonesia, kira-kira 10 tahun lepas.

Jumlah itu dijangka meningkat ekoran permintaan berterusan dari negara China di mana sup sarang burung sangat popular dalam kalangan rakyatnya selain turut menjadi "pengukur" kepada status individu.

Malaysia merupakan negara pengeluar sarang burung ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Thailand dengan purata lebih 12 tan sarang burung dihasilkan dalam sebulan.

Malah sarang burung walit atau aerodramus fuciphagus (edible-nest swiftlet dan black-nest swiftlet atau "aerodramus maximus" yang terdapat di Malaysia adalah yang terbaik dari segi kualitinya.

Baca seterusnya

Read more...

Sunday 24 May 2009

Dari air ke manisan tebu


Wan Hamidatun Wan Ishak membantu ibunya Hindon Abdullah menghasilkan air manisan tebu di rumah mereka di Kupang, Kedah.


Biasanya kita tidak akan merasai kepuasan dengan hanya sekali meminum airnya. Air tebu sememangnya minuman yang popular terutama ketika dijadikan penghilang dahaga ketika umat Islam berbuka puasa di bulan Ramadan.

Kita juga mengetahui, tebu adalah tanaman yang digunakan untuk menghasilkan gula yang menjadi keperluan bagi segenap manusia.

Namun di sebalik keenakan airnya agak jarang bagi kita mengetahui air tebu boleh menghasilkan produk lain yang mampu menjadi daya tarikan terbaru dalam dunia makanan.

Manisan tebu satu lagi produk berasaskan air tebu yang begitu manis tetapi mengambil masa yang agak panjang untuk menghasilkannya.


Baca seterusnya di : Agrobiz

Read more...

Ternak keli teknik Pro-Asli menjimatkan

BENGKEL ternakan ikan keli kaedah Pro-Asli yang diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada 9 Mei lalu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.Lebih 400 orang telah menyertai bengkel yang mengetengahkan tentang kaedah pemakanan alternatif ikan keli yang dilihat jauh lebih menjimatkan.

Sepanjang bengkel tersebut, peserta telah didedahkan kepada dua teknik ternakan iaitu ternakan kaedah konvensional yang menggunakan makanan pelet 100 peratus dan ternakan kaedah Pro-Asli yang dapat mengurangkan kadar pemberian pelet atau tanpa pelet mengikut skala ternakan yang dijalankan.

Menerusi slot pertama, tumpuan lebih kepada ternakan konvensional termasuklah penyediaan kolam ternakan, penyediaan air, benih, teknik pemberian makanan, pengiraan kos makanan dan kos operasi, penggredan dan pensampelan, pengurusan selepas tuai dan sebagainya.

Slot kedua tertumpu kepada perbandingan slot pertama dengan kaedah Pro-Asli bermula penyediaan air ternakan sehingga tuaian.

Baca seterusnya di : Agrobiz


Read more...

Monday 18 May 2009

10,000 usahawan muda dicari

10,000 usahawan muda dicari

KUALA LUMPUR 17 Mei - Walaupun negara berdepan dengan masalah ekonomi tetapi ia bukan menjadi penghalang kepada syarikat pengeluar produk kecantikan dan makanan kesihatan, Jiwa Realiti Sdn. Bhd. (Jiwa) untuk mengembangkan perniagaannya.

Presidennya, Eric Yap berkata, dalam tempoh sebulan syarikat itu ditubuhkan, seramai 500 usahawan muda sudah mendaftarkan diri untuk menceburi perniagaan dengan Jiwa.

Syarikat itu kini mencari 10,000 usahawan muda untuk menjadi perantis perniagaan sepanjang tahun ini.

Yap berkata, pihaknya telah melabur sebanyak RM500,000 untuk membangunkan program dan perniagaan berkenaan.

Beliau memberitahu, perantis yang berkelayakan dan mencapai tahap tertentu, akan dihantar untuk meneroka pasaran luar negara termasuk di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

"Kami membuka peluang kepada mereka yang berbakat besar dan dibuang kerja ekoran kegawatan ekonomi.

"Kami mahu lebih ramai usahawan muda tempatan dapat maju dan menceburi perniagaan bersama kami,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Yuran seumur hidup untuk menyertai program latihan keusahawanan Jiwa adalah sebanyak RM1,404 seorang.

Jiwa mengeluarkan dan memasarkan produk kecantikan dan penjagaan kesihatan.

Sebanyak 90 peratus produk yang dikeluarkan menggunakan bahan mentah tempatan manakala bakinya merupakan bahan mentah yang diimport.


Sumber : Utusan Malaysia

Read more...

Penyakit Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI)

Penyakit Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI)


Penyakit Avian Influenza adalah penyakit ternakan yang mudah berjangkit disebabkan oleh virus Highly Pathogenic Avian Influenza sub-type H5N1. Penyakit ini tersebar menerusi hubungan langsung (direct contact) ternakan terjangkit dan ternakan susceptible dan juga secara tidak langsung menerusi droplet di udara, pemindahan peralatan dan kenderaan tercemar.

Burung hijrah boleh membawa virus dari negara berpenyakit ke negara yang bebas penyakit. Apabila burung liar domestik berkongsi habitat dengan burung hijrah, maka ia boleh menjadi sumber jangkitan kepada ternakan ayam, itik dan unggas peliharaan.

Wabak penyakit HPAI boleh menyebabkan kematian ayam sehingga 100% dalam satu-satu ladang dan juga boleh merebak dengan cepat ke ladang-ladang lain. Tindakan pemusnahan segera (immediate stamping out) ternakan terjangkit serta yang terdedah kepada jangkitan adalah langkah yang disyorkan sebagai mengelakkan rebakan. Pemusnahan ternakan juga penting dari sudut kesihatan awam oleh kerana ternakan yang terjangkit dapat menyebabkan jangkitan kepada manusia.



Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia
.

Read more...

Pelancaran Sistem Daya Jejak Ternakan (RFID)

Pelancaran Sistem Daya Jejak Ternakan (RFID)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mustapa Mohamed melancarkan Sistem Daya Jejak Ternakan (RFID) di PTH Pantai Timur, Tanah Merah, Kelantan pada 4 April lepas. Seramai 400 pengunjung menghadiri majlis tersebut. Dalam ucapan beliau, jaminan keselamatan makanan akan jauh lebih tinggi apabila sistem ini dilaksanakan kelak kerana pemantauan, kawalan dan pengurusan data ternakan dari Ladang ke Meja (From Farm to Table) akan menjadi lebih terkawal dan efisien. Sistem Dayajejak ini adalah berteraskan kepada traceability dan verifiability yang mampu memberi semua maklumat ternakan termasuk kawalan dan pembasmian penyakit. Aktiviti demonstrasi pemasangan RFID juga berlangsung untuk memberi penerangan kepada orang ramai terutama pada para penternak di negara ini mengenai kaedah dan fungsi sistem ini.




Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia.

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

Expert Village

Youtube

+ Kepelbagaian makanan untuk anak ayam..[1]
+ Cara membina reban ayam pedaging..[2]
+ Cara membuat sarang ayam bertelur..[3]
+ Kaedah mengelakkan anak ayam dari pemangsa..[4]
+ Cara memilih telur ayam untuk dieram..[5]
+ Cara memindahkan anak ayam yang baru lahir..[6]
+ Jerami padi sebagai tempat rehat anak ayam..[7]
+ Cara memberi vaksin anak ayam..[8]
+ Air amat penting untuk anak ayam..[9]
+ Kandungan diet yang penting untuk anak ayam..[10]
+ Ruang yang diperlukan untuk anak ayam..[11]
+ Sistem California Kid untuk anak ayam..[12]

PELAN KE ANGSADA-RIA (KLIK PADA GAMBAR)

CONTOH LADANG ITIK PEDAGING

  • Hanya satu jalan masuk+celup kaki/kenderaan
  • Gumboots+lab coats untuk pelawat
  • Pelawat mesti mencelup kaki
  • Pagar perimeter ketinggian 6'
  • Ketinggian pagar minima 5' di kawasan pengeluaran
  • Amalan perladangan yang baik
  • Klik disini

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP