Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.
ALBUM ANGSADARIA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [24] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43] [44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] [51] [52] [53] [54] [55] [56] [57] [58] [59] [60] [61] [62]

Hubungi ANGSADA-RIA untuk tempahan anak ayam kampung, Anak Ayam Belanda, Ayam eksotik dan lain-lain.. Terima kasih.. En. Azmi Mainon 013-2667840 (Mobile) 03-32248133 (Tel/Fax) Facebook Pusat Ternakan Angsadaria Terima Kasih

Friday 15 October 2010

Mencari punca telur yang tak menetas.

Sebelum memiliki mesin penetasan telur, anda mesti memiliki sifat berani mencuba dan juga berani menghadapi kegagalan barulah boleh mengendalikan mesin penetasan. Jika tak memiliki dua perkara tu lupakan sahaja keinginan yang anda ada. Di samping tu kena rajin buat kajian kenapa asyik gagal. Kadang-kadang yang kita buat lebih banyak gagal dari yang berjaya.
Selepas enam hari dalam mesin, biasanya telur disuluh untuk melihat perkembangan embrio di dalamnya. Akan kelihatan seperti akar berwarna merah di dalam telur. Tetapi jika tidak kelihatan apa-apa macam biasa sahaja,  keluarkan telur dari mesin dan boleh digoreng. Telur masih elok lagi.
Sepanjang usia telur 6 hingga 14 hari jika berlaku kematian kepada embrio seperti tidak bergerak bila kita pusingkan telur, atau embrio sudah bewarna kehitaman; antara sebabnya suhu dalam ruang penetasan terlalu tinggi, atau ruang udara (dalam kulit telur) tersumbat, atau peredaran udara dalam mesin penetasan tidak rata, atau embrio telah kena jangkitan kuman.
Jika pada peringkat awal pengeraman elok tetapi berlaku  kematian di usia telur 17 hingga 21 hari; Puncanya kelembapan  dalam mesin tidak sesuai atau suhu terlalu rendah. Atau suhu terlalu tinggi. Atau sistem peredaran udara dalam mesin kurang baik. Jika semua alasan di atas bukan juga maka kebarangkalian embrio telah dijangkiti bakteria sebab kotor.
Sering berlaku  embrio yang pada awalnya kita lihat elok kemudian banyak yang mati;  di sebabkan suhu dalam mesin penetasan terlalu tinggi atau terlalu rendah. Pengaliran udara dalam mesin tak sempurna. Atau pemutaran telur tidak betul.
Suhu dalam mesin penetasan Wong Kg biasanya 37C hingga 38C kadang-kadang hingga 39C apabila cuaca terlalu panas.

Read more...

Wednesday 13 October 2010

Penetasan telur

Sebenarnya ada berbagai kaedah atau cara yang biasa atau yang luar biasa untuk menetaskan telur. Jangan terkejut jika anda diberitahu cara mengeramkan telur dalam sekam padi yang dijemur terlebih dahulu selama beberapa jam bagi penyimpanan haba, kemudian telur dimasukkan di dalam sekam tadi berlapis-lapis bergantung jumlah telur selama beberapa hari. Sekam tadi akan dijemur lagi beberapa hari kemudian bagi menghasilkan haba yang diperlukan oleh telur.

Ada satu lagi cara  menghasilkan haba menggunakan lampu minyak tanah yang disambungkan dengan corong ke dalam kotak bagi memanaskan kotak yang berisi telur.
.
Peti sejuk yang sudah rosak amat berguna untuk menghasilkan mesin penetasan telur! Caranya sangat mudah juga murah. Malah ianya kelihatan canggun.
.
Wong Kg juga ada menghasilkan mesin penetasan telur dengan cara yang mudah dan amat ringkas, yang penting ia mudah diselenggara. Sebelum ini memang ramai sahabat yang minta Wong Kg buat  mesin penetasan telur tapi kekangan masa menyebabkan ianya tak terlaksana. Yealah nak bertukang  tentunya tak cukup sehari, pagi hantar anak ke sekolah kemudian terus pergi kerja, petang pulak dah penat tak larat nak buat kerja pertukangan.

Kini mesin penetasan telur diperbuat dari plastik berkualiti bewarna jernih (boleh nampak sebelah dalamnya) telah Wong Kg cipta rasanya taklah susah sangat nak mengendalikannya. Siap dengan kipas bagi menstabilkan suhu dan kelembapan di dalamnya. Kelebihan mesin ini kalau kotor boleh ditanggalkan satu persatu dan dibasuh. Termometer digital diletak sebelah luar bagi memudahkan untuk melihat sukatan suhu di dalam mesin.

Selepas ini Wong Kg akan ceritakan serba sedikit berkaitan sebab-sebab telur tak menjadi anak ayam.


      

Read more...

Sunday 26 September 2010

Makanan Ternakan Semakin Mahal

Ladang jagung di Indonesia. Daun sebelah atas dipotong awal untuk makanan lembu, batang jagong pula untuk bahan bakar membuat bata atau genteng.


Pertengahan tahun 2008 menyaksikan harga makanan ternakan melambung tinggi akibat permintaan dunia terhadap bahan asasnya melebihi pengeluaran lantaran cuaca dunia yang tidak menentu ketika itu. Bayangkan makanan ayam 50kg  mencecah harga RM100!

Maka ketika itu terdengarlah seorang menteri yang berkaitan pertanian berkata kerajaan perihatin dengan masalah kenaikan  bahan asas (jagung) maka kerajaan akan membuka ladang jagung secara besar-besaran supaya negara kita tak mengimport jagung dari luar sekaligus makanan ternakan juga tak akan mahal lagi. Amboi lega Wong Kg mendengarnya.

Tahun ini dah dua kali makanan ayam naik harga. Yang terbaru bulan puasa lepas naik RM1.50 satu guni. Kemungkinan ada kenaikan lagi hujung tahun ini. Wong Kg tertunggu-tunggu juga keluaran jagung negara dah ada ke? Yealah dulu riuhnya bukan main,  mana  ladang jagung keluaran tempatan?

Selagi kita tak  mengeluarkan bahan-bahan asas untuk ternakan jangan mengharap harga makanan haiwan akan turun. Selagi kita tak tanam sendiri jagung jangan harap harga makanan ayam murah.

Read more...

Wednesday 15 September 2010

sambungan dari tulisan lalu.......

Sekitar tahun 2003 satu skim bantuan yang dikenali projek integrasi bagi mengantikan pokok kelapa yang sudah tua dengan tanaman kelapa mataq, kolam ternakan ikan darat dan ayam kampong telah di jalankan di beberapa buah kampung di daerah Sabak Bernam. Khbarnya nilai bantuan bagi seorang peserta sebanyak RM25 ribu dan bantuan ini dijalankan secara berkelompok. Biasanya dalam satu kelompok mengandungi 5 hingga 7 peserta.

Kebun para peserta tadi akan ditebang pokok kelapanya dan dibersihkan. Kemudian 2 atau 3 kolam untuk ternakan ikan akan dikorek, reban untuk ternakan ayam kampung juga turut dibina dalam kawasan berkenaan. Tuan tanah hanya tunggu dan lihat tanpa mengeluarkan modal, semuanya percuma.

Bila semua dah ok induk ikan sepat, puyu dan lain-lain akan dimasukkan ke dalam kolam supaya bertelor dengan harapan akan membiak. Anak-anak ayam 1000 hingga 2000 ekor pun sampai beserta dengan makanannya sekali untuk dimasukkan dalam reban yang sudah siap dibina.

Adalah dua atau tiga pusingan lepas tu terus senyap. Ikan entah ke mana... ayam ke mana...Jika ada pun kelapa mataq itupun jarang-jarang dan semak samun. Kalaulah lalang dan rumput tu laku ramai orang Melayu kaya raya.

Read more...

Monday 23 August 2010

KISAH ANAK AYAM DAN ITIK MUSCOVY DI SELANGOR

Sebelum meneruskan bicara terlebih dahulu Wong Kg mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada yang beragama Islam kerana Ramadhan adalah madrasah pendidikan setiap diri umat. Semoga madrasah Ramadhan ini berjaya mendidik kita menjadi umat yang taat. Mengambil iktibar dari kata-kata ini; Orang miskin akan berfikir, hari ini apa aku nak makan? Manakala orang-orang kaya akan berfikir hari ini aku nak makan dimana? Orang-orang tamak pula akan berfikir aku nak makan siapa?

Daerah Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjung Karang merupakan kawasan pertanian dan kebanyakan penduduknya adalah petani dan penternak seperti Wong Kg. Sedikit sangat yang kerja makan gaji. Keadaan inilah yang menyebabkan banyak skim bantuan percuma diberi kepada para petani di kampung-kampung dalam tiga daerah ini. Bantuan ini pula akan berulang-ulang setiap dua atau tiga tahun sekali. Walaupun demikian ianya (bantuan) tersebut tidak membantu menaik taraf kehidupan si penerima. Ibarat air hujan yang turun mencurah-curah dari langit, bila sampai di bawah hanya titis-titis air sahaja, yakni tidak membasahi bumi langsung!

Satu ketika dahulu sekitar 1991 selepas tragedi babi Bukit Pelanduk dihapuskan, para petani diberi anak itik Muscovy percuma sebanyak 500 hingga 1000 ekor seorang serta makanannya sekali. Pemandangan dari jauh ketika itu memutih saja kerana itik ini bewarna putih satu kampung 4 atau 5 orang yang dapat.

Selepasnya siapa yang ketawa besar yakni ketawa hingga ke telinga? Para peniaga ayam itik la yang untung besar. Berurusan dengan 'penternak segera' memang mengeyangkan. Ada yang jual seekor itik RM4. Bukan sekilo! Barang free jual 3 ringgit pun untung beb. Tak keluar modal sesen pun.

Yang beruban kepala siapa pula? Penternak persendirian macam Wong Kg. Yang benih beli, makanan ternakan beli, semuanya dengan kos takkan nak jual RM3/ekor jugak? Hendak jual ikut harga pasaran tak laku, sebab sudah jadi lambakan itik di pasaran. Macam lambakan buah durian bila dah banyak sangat. Peraih lebih suka berurusan dengan "penternak segera". Akhirnya menanggung hutang kerana tak balik modal. Itu pengalaman pahit Wong Kg pada tahun 1991.

Read more...

Monday 2 August 2010

Cakap siang pandang-pandang....

Seperti yang Wong Kg katakan dalam ruangan ini 19 May lalu bahawa ramai penternak mengalami kemurungan dan ternakan mereka juga murung, masih ramai yang tak ambil peduli dan tak endah, tetapi bila ternakan benar-benar murung barulah terbeliak biji mata. Baru kelam kabut cari ubat dan tanya sana sini, Haru biru jadinya tetapi ibarat kata pepatah kesal dahulu pendapatan kesal kemudian tak berguna.

Memang benar ternakan unggas di kebanyakan tempat di negara kita sedang sakit tak kira di utara atau selatan Semenanjung. Benda ni dah lama berlaku kalau tak silap sejak akhir tahun lalu dan hingga kini masih menular di beberapa kawasan selatan.

Read more...

Tuesday 13 July 2010

Cerita pasal anjing 2

Wong Kg tak sangka ramai juga yang minat dengan cerita anjing yang Wong Kg tulis beberapa minggu lalu. Oklah minggu kita bercerita lagi pasal anjing. Anjing dan babi dan keturunan dari kedua-duanya adalah najis berat dan cara menyucikannya hendaklah basuh sebanyak tujuh kali dengan air 'mutlak' salah satunya, air yang bercampur tanah.

Andaikan anjing kawin dengan kambing dan dapat anak rupa sebiji macam kambing, anak itu dikira anak anjing atau pun babi kawin dengan kambing dapat anak sebiji rupa kambing, 'anak kambing' tu kira najis berat juga. Pegang anjing bukan tak boleh langsung, tengok kepada keperluan juga, jika ada perlunya tak jadi hal cuma kita semua mesti ada ilmu yang berkaitan dengannya jadi senang nak bersuci, dan senang ajak berbincang, panduan agama menjadikan kita berfikiran terang bukan asyik nak bangkang aje, macam yang Wong Kg baca dalam ruangan 'bukan nak kata' pancaindera Ahad 11 Julai, berkaitan Baby Erin Res-2 pegang anjing.

Ada ke patut Baby Erin pegang anjing nak disamakan dengan tugas polis gunakan anjing untuk menyiasat. Polis tu kan ada keperluannya gunakan anjing tetapi dia saja-saja pegang tu untuk apa. Lepas tu boleh kata penulis tak arif agama pulak.

Satu lagi sikap orang kita apabila nampak ada bangkai anjing di tepi jalan atau di tengah jalan akibat dilanggar kenderaan, payah sangat nak alihkan bangkai anjing ke tepi jalan atau yang paling baik, buat lubang dan tanam bangkai berkenaan atau paling mudah cari tali tarik bangkai anjing itu ke dalam parit yang biasanya ada air. Tak payah pegang pun. Kalau alih pun tak mau apalagi nak tanam lagilah....

Cuba bayangkan bangkai anjing yang tak di alih hingga dua tiga hari kemudian pecah perutnya. Lepas tu hujan pulak, lepas hujan kita pulak yang lalu di situ pergi masjid. Bukan sehari dua nak hilangkan bau tu, Selama tiga bulan kita juga yang hidu baunya. Bukankah bagus jika nampak ada bangkai anjing baru mati kebetulan hampir dengan rumah kita, kitalah yang paling layak buang bangkai berkenaan ke dalam parit sebelum ianya pecah perut dan busuk di tepi jalan berbulan-bulan lamanya.

Paling baik tanam, paling senang buang dalam parit, seminggu selepas pecah perutnya ia akan tenggelam dan tak mengeluarkan bau lagi. Kalau buang bangkai pun tak mau apalagi nak buat lubang kemudian bersusah-payah tanam?

Read more...

Friday 25 June 2010

Cerita pasal anjing

Tentu ada banyak cerita pasal binatang yang sejenis ni. Memang pun anjing binatang yang suka bunuh ayam, biasanya tak makan hanya bunuh saja. Reban Wong Kg banyak kali kena ceroboh anjing, banyak juga la makan korban.
Banyak juga peribahasa yang menyebut pasal anjing antaranya; macam anjing dengan bayang-bayang, iaitu mengambarkan orang yang tamak. Seperti anjing menyalak bukit, memberi gambaran orang yang mengharapkan sesuatu yang tak akan dapat punya.
macam anjing dengan kucing, mengambarkan dua orang yang sentiasa bermusuhan dan banyak lagi.
Apa yang kita harapkan dari anjing cuma suaranya saja walaupun ada banyak sikap baiknya seperti bijak berburu binatang-binatang liar. Malah dalam kitab Fekah ada menyebut binatang yang mati akibat gigitan anjing buruan yang sedang berburu halal dagingnya dimakan TETAPI dengan beberapa syarat dan peraturannya. Rujuk kitab Matla"al Al-Badrin.
Menurut keterangan panjang lebar kitab itu rasanya anjing-anjing yang ada sekarang ni tak cukup syarat lagi dan hasil buruannya pun tak halal dimakan.
Yang Wong Kg nak cerita sekarang ni ramai rakan penternak yang memelihara anjing sebab sekarang dah banyak binatang ternak yang hilang dibaham binatang pemangsa dan pencuri yang semakin berani. Artinya sekarang ni suasana semakin mencabar dan dicabar.
Kita memelihara ayam itik dan banyak lagi dengan susah payah tetapi mereka menceroboh reban dan mengambil kita punya ternakan tanpa mahu susah payahnya kita memelihara.
Ada satu kejadian kira dah lama jugalah yang Wong Kg nak ceritakan disini; Si petani ni memelihara anjing garang guna menjaga kebun keladi, cuma yang tak betulnya anjing ni di letakkan dalam kurungan. Satu ketika, dengan muka selambanya si pencuri datang bawa kayu lalu di rodoknya anjing dalam kurungan tadi, menyalak juga tapi sekejap saja selepas tu senyap. Pencuri tadi pun menyudahkan kerjanya hingga hampir khatam!
Baru-baru ni Wong Kg ada terbaca dalam akhbar harian tentang anjing-anjing kepunyaan penghuni satu taman banyak yang mati akibat diracun menggunakan daging ayam yang dibubuh racun, dua hari selepas tu berlaku beberapa kes samun di taman tersebut. Tentu ada kaitan dua peristiwa tersebut.
Ada juga yang memelihara angsa untuk menjaga binatang peliharaan. Kini banyak angsa yang hilang kerana harga angsa pun dah mahal. Pencuri pun tau harga angsa dah mencecah RM300 sepasang sekarang, daripada curi ayam lebih baik rembat angsa-angsa yang ada tu dulu. Bukan susah sangat nak tangkap angsa, pegang lehernya yang panjang tu tak bunyi la.
Elok kita fikir-fikirkan saranan Wong Kg ini; pasang CCTV dan penggera macam Di Angsadaria rangkaian Penang. Macam mana setuju?

Read more...

Sunday 6 June 2010

Musim kenduri datang lagi

Dalam masyarakat kita bulan ini memang banyak kenduri tak kira siang malam, pagi atau petang pun ada kenduri terutama di kampung-kampung. Sedangkan tak ada pun hadis Rasulullah yang suruh buat kenduri bulan Rejab. Mungkin juga dah dekat Ramadan tak boleh makan waktu siang, maka pulun buat pesta makan (kenduri) bulan-bulan sebelumnya.
Satu hari sampai lima hingga lapan tempat nak pergi tak ke haru jadinya. Semuanya pada hari yang sama iaitu Sabtu dan Ahad.
Buatlah hari lain supaya tak menyusahkan orang nak datang. Tak salah buat hari Isnin hingga ke Jumaat. Kalau hari kerja tak dapat datang dijadikan alasan yang buat pada hari Sabtu dan Ahad tu dapat ke datang semuanya?
Cara jemputnya pulak pelik bin ajaib, jumpa kekawan di warung atau di masjid selambe je tapi surat samannya datang rumah, hai bang ini kampung bang banyak kali jumpa hari-hari jumpa macam bisu pulak bila nak kenduri!
Yang nak kawin pulak bukan main gatal terutamanya dalam tempuh bertunang. SMS sehari entah banyak mana le sampai bengkak ibu jari pendek kata semua pergerakan dari yang sekecil hingga sebesar-besarnya nak diberitahu si dia (situasinya dua hala) Masa ni le kalau nak dengar suara pasangan yang lemah-lembut lemak merdu. Pendek kata kalau pijak semuat pun semut akan gelak je. Lepas kawin nanti tau la perangainya yang sebenar. Berbeza!
Jangan lupa fakta ini; Kes penceraian di kalangan pasangan muda Melayu paling tinggi di Malaysia walaupun tempoh bercintanya lebih lama dari tempoh berumahtangga.
Tak payah cerita yang lain-lain misalnya penderaan, buang bayi bunuh bayi, rogol hai semua kitalah yang juara bukan orang lain. Kita bangsa Melayu beragama Islam. Sebab apa ye begini jadinya?
Kalau kita beli hanpone jenama Sony Ericsson mesti ada dibekalkan dengan satu buku kecil untuk dijadikan sebagai rujukan suapaya tak tersilap pasang atau tersalah petik. Boleh ke kita gunakan buku panduan Nokia untuk hanpone Sony Ericsson.
Allah berikan kita bumi suruh kita duduk elok-elok, beranak pinak, makan minum, siap berikan 'buku' panduan supaya selamat, yang pandai-pandai tak baca panduan dan buat peraturan sendiri tu kenapa?

Read more...

Wednesday 19 May 2010

Khabar terkini penternak ayam kampung

Maklum balas yang Wong Kg terima dari para penternak ayam kampung memang kurang enak didengar. Salah satunya berkaitan pasaran ayam kampung hidup di pasaran yang agak lembab sejak pertengahan tahun lalu. Rata-rata para penternak mengadu ayam tak berapa jalan dan harganya pun kurang memberangsangkan.

Satu lagi perkhabaran yang kurang enak ialah berkaitan ayam-ayam kampung di banyak tempat yang mati kena penyakit. Khabarnya ada yang buang bangkai ayam berlori setiap hari. Khabar kedua pula berkenaan pegawai dari JPV kena halau balik kerana lambat bertindak, ayam dah habis mati baru nak datang sedangkan sejak awal sakit lagi  si penternak dah buat aduan.

Perhatikan ayam masing-masing, sebaik-baiknya pada sebelah malam tentang tanda di bawah ini jika ada pada ayam anda; 0 Berdengkor  0 Hidung berair  0 Sakit mata atau mata bengkak  0 Berak cair berwarna hijau  0 Berak cair berwarna putih seperti kapor  0 Berak merah cair.

Biasanya jika para penternak pergi ke JPV mereka beri ubat serbuk warna merah. Pergi kali kedua dan seterusnya 3,4,5 kali pun ubat itu juga yang anda dapat. Kalau tak, baguslah tapi Wong Kg dah dapat pengalaman macam tu suatu masa dulu. Artinya yang Wong Kg tulis ni berdasarkan pengalaman sendiri. Banyak pengalaman pahit dari yang manis sejak sembilan tahun bergelar penternak.

Setakat harga ayam hidup RM6.50 dah kira rugi bagi penternak ayam kampung sekelian. Wong Kg  pernah jual ayam kampung hidup RM4.50/kg pada tahun 93 /94 kerana bersaing dengan ayam bantuan ketika itu. Yang dapat bantuan tak rasa rugi sebab makanan dan benih ayam dapat percuma.  Wong Kg semua modal sendiri ni le tercungap-cungap tak untung langsung.

Ingat pesanan ini: Pengalaman tidak boleh di jual beli. Pengalaman adalah guru anda yang jujur dan setiap penyakit ada ubatnya kecuali .....Mati.

Read more...

Tuesday 11 May 2010

Sindrom kemurungan (burung)

Wong Kg percaya ramai yang dah pening-pening lalat bagaimana nak bayar hutang bank kerana projek yang anda usahakan telah gagal dan keadaan anda kini hampir terduduk sepenuhnya. Tak kiralah apa pun yang anda usahakan; pertanian seperti tanaman serai, sayur-sayuran, tanaman fertigasi, buah-buahan seperti pelam dan mata kucing.
Atau pun anda terlibat dalam penternakan seperti; ayam kampung, kambing (macam-macam jenis kambing) lembu, ternakan dalam kolam seperti lintah, ikan keli, haruan, sepat, belut, betutu atau haruan ubi. Yang terbaru burung layang-layang atau walet. Bank dan Kementerian yang berkaitan pun sudah sediakan pinjaman khas untuk penternak burung walet ini.
Anda semua tak perlu marah jika Wong Kg sebut di bawah ini memang betul kerana tujuannya agar kita semua buka mata jangan sampai melakukan kesilapan yang sama secara berulang-ulang.
o Mudah terikut-ikut tatkala melihat kejayaan orang lain (biasanya yang dilihat orang Cina) tapi kita lupa belajar seperti mana mereka belajar. Sebagai contoh kegagalan terbaru yang  mengharukan- BURUNG WALET . Pembiayaan bank hampir RM200 ribu buat bangunan setinggi empat tingkat tapi burung tak mahu masuk, kalau ada yang masuk pun tak banyak seperti mana yang orang Cina punya bangunan. Kita hanya lihat mereka buat duit RM ratusan ribu setiap kali mengutip hasil, kita ikut buat bangunan tak tahu pintu bangunan patutnya mengadap kemana, Timur/Barat atau Utara/Selatan?
Lepas tu  pula pasang suara burung (rakaman suara) tak kaji suara berkenaan suara memanggil atau suara menghalau? Macam juga suara ayam jantan kok,kok,kok bila nampak nasi sebiji ajak ayam betina makan, bila nampak biawak besar pun bunyinya lebih kurang sama kok,kok,kok. Suara tu ajak makan atau ajak lari?  Burung  pun ada suaranya yang tertentu, apabila di dengar oleh burung lain akan jadi tarikan atau penghalang daripada masuk ke bangunan.
Belum cerita bab pemasarannya lagi. Selama ni siapa yang pegang pasaran sarang burung? Kalau 'orang lain' yang pegang pasaran bersedialah; sarang burung anda mungkin hanya berharga RM100 sekilo!

Read more...

Friday 30 April 2010

Meleagris gallopavo

Ayam belanda kini mula diminati  masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum dan agama kerana daging ayam belanda tidak mempunyai kaitan pantang larang sosial atau agama. Sebenarnya penggunaan daging ayam belanda bukan pada hari Krismas sahaja malahan hari raya puasa pun ada yang meyembelih ayam belanda.

Dalam banyak-banyak jenis ayam, ayam belanda saja yang mempunyai peratusan daging dada paling tinggi berbanding ayam-ayam lain. Manakala nisbah daging:tulang ayam belanda ialah 4.50:1. Seekor ayam belanda dapat menghasilka 63% daging daripada berat badannya. Ini bermakna semua jenis unggas seperti ayam dan itik kalah dari segi peratusan hasil daging berbanding ayam belanda.

Wong Kg tahu, sudah ramai rakan penternak yang mengimport ayam belanda baka besar dari negara luar untuk dibiakkan di sini.  Antara baka baka popular ialah Betiboul, BUT dan Nicholas. Tahukah anda semua tak berapa lama dulu MARDI pun ada buat percubaan menternak baka Betiboul dan akhirnya tak tau apa jadi senyap senyap terus... Gagal agaknya.

Sebenarnya banyak lagi baka ayam belanda dari luar yang cepat tumbesaran dan kurang kadar kematian seperti Large White, Small White, Bronze (sekadar menyebut beberapa nama) Anda para penternak buatlah yang terbaik Wong Kg ada dengar penternak ayam belanda nak buat persatuan. Baguslah Wong Kg tumpang gembira jika percubaan para penternak semua berjaya. Jangan gagal seperti MARDI.

Read more...

Tuesday 13 April 2010

PERIHAL VAKSIN

Vaksin seperti yang kita semua maklum adalah sejenis pelalian bukan ubat. Penjualannya juga dikawal. Walaupun tak mahal tapi memerlukan ketelitian semasa kita mengendalikan. Ubat ternakan boleh gunakan pos tapi vaksin sebaliknya kerana vaksin sejenis virus hidup dan ianya memerlukan suhu yang dingin. Biasanya tempat penyimpanan di bahagian telor dalam peti sejuk. Semasa membawanya juga memerlukan air batu yang diletakkan dalam bekas bersama-sama vaksin tadi.

Jika ayam yang anda ternak banyak yang mati tapi tak semua seperti yang berlaku kepada En.Zul Zaki Hasyim dari 1 000 tinggal 100 itu bukan kerana ayam yang tidak di vaksin. Jika virus ND menyerang ayam akan habis tak ada yang tinggal. Kebarangkalian sebab malaria ayam atau jangkitan kuman yang biasa menyerang ayam.

Kena lihat kepada sintom seperti; Jika najis berwarna hijau - penyakit Kolera. Berak kapor -Pullorum. Ayam berdengkor - CRD dan banyak lagi tanda-tanda ayam sakit.

Semoga En Zul Zaki Hasyim faham dan saya doakan jangan sekali-kali putus asa menjadi seorang penternak. Gagal sekali cuba lagi.

Read more...

Friday 9 April 2010

MEMILIH ANAK AYAM BELANDA YANG BAIK

Antara ternakan yang paling sukar dipelihara ialah anak ayam belanda atau ayam piru, talkun/kalkun atau ayam kluk-kluk. Gigit nyamuk sikit pun boleh menjadi sebab kepada kematiannya. Sedang tidur tiba-tiba lampu padam (banyak sebab antaranya mentol terbakar) bila terang balik beberapa jam kemudian, dah ada yang mati kerana bertindih.

Ada seorang teman , mula beli 20 ekor anak ayam belanda semuanya hidup sihat sampai besar dan dipindahkan ke reban yang lebih besar. Beli kali kedua 50 ekor anak ayam belanda tapi kali  ini banyak yang mati. Mati sebelah malam 3 atau 4 ekor setiap hari hingga hampir 30 ekor semuanya.

Baca Seterusnya...

Read more...

Saturday 27 March 2010

MUSIM BURUNG MERAK MENGAWAN

Pernahkah anda menyaksikan burung merak mengawan? Ayam mutiara mengawan? Tak semua orang dapat pengalaman meyaksikan dua peristiwa tersebut kerana ianya jarang berlaku. Kucing mengawan selalu la...Jangka hayat burung merak sekitar 40 tahun.

Dari arah belakang merak jantan sedang mengawan (betina tidak kelihatan dalam gambar)

Read more...

Sunday 21 March 2010

PENTERNAK UNGGAS DI SELANGOR WAJIB BERLESEN

Para penternak unggas sedang mendengar taklimat

Semalam, satu taklimat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor bagi menerangkan PERLAKSANAAN ENAKMEN PERLADANGAN UNGGAS (NEGERI SELANGOR) 2007 yang akan dilaksanakan sepenuhnya, telah di adakan di Sungai Besar.

Read more...

Friday 19 March 2010

TETAMU YANG DIALU-ALUKAN VS TIDAK DIALU-ALUKAN

Tanpa sedar sudah banyak tahun juga Wong Kam Pong bergelumang dengan dunia unggas. Bukan bermaksud menyombong diri tapi sebagai peringatan bahawa umur semakin berkurang lantaran usia meningkat.  Alhamdulillah segalanya kehendak Allah juga, kita hanya merancang.

Niat asal sewaktu mula-mula menternak unggas dulu hanya mencari kawan, alhamdulillah sekarang ramai yang
sudi berkawan dengan Wong Kam Pong. Mempunyai kawan yang sama minat memang amat menyeronokkan selain dapat bertukar pandangan, dapat bertukar-tukar koleksi (tukar suka sama suka).

Bapak Pang Hermanto
 Baca Seterusnya...

Read more...

Friday 12 March 2010

.:Tiong Emas Pandai Cakap:.

Read more...

Friday 19 February 2010

MUSIM ANGSA BERTELUR

Tahniah Wong Kam Pong ucapkan kepada angsa-angsa yang telah bertelur tak kira angsa putih atau angsa kelabu atau selain dari keduanya. Tahniah juga kepada tuan-tuan sekelian yang menternak angsa hingga boleh bertelur banyak.

Bukan mudah bagi angsa bertelur, kerana angsa ni galak mengawan dalam air bersih. Di darat ada juga mengawan tetapi tak selalu macam dalam air. Nampaknya bulan Februari ni musim penetasan anak-anak angsa. Rata-rata kawan penternak angsa yang sempat Wong Kam Pong hubungi  menyatakan angsa mereka sedang mengeram.

Baca Seterusnya...

Read more...

Sunday 7 February 2010

DIJUAL SEPANJANG FEBRUARI; ANAK ANGSA PUTIH/KELABU, MINI COCHIN, ANAK PIRU, ANAK AYAM KG, SELASIH SILKY. LAIN- LAIN UNGGAS KENA BUAT TEMPAHAN DAHULU.

Read more...

Thursday 21 January 2010

FAKTA MESIN PENETAS TELOR UNTUK RAKAN PENTERNAK

MASIHKAH anda ingat; Apa orang dahulu buat pada ayam mengeram bila ada berlaku gempa bumi atau gerhana matahari? Baguslah kalau anda semua masih ingat
.
KINI, jika telor yang anda ram dalam mesin penetas tidak menjadi anak seperti yang diharapkan, dan ketika itu ada gempa bumi walau pun bukan di negara kita, seperti di Padang baru-baru ni ke, jangan cepat salahkan mesin anda yang mahal tu. Tak ada apa-apa kerosakan pada mesin penetas malah induk ayam anda juga baik-baik belaka. Tak mandul.

Baca Seterusnya...

Read more...

Wednesday 6 January 2010

UNTUK DIJUAL SEPANJANG JANUARI; Anak belanda, angsa kelabu/putih dan anak, mini cochin, anak ayam kampong.


Mini Cochin Jantan



Mini Cochin Betina

Read more...

Saturday 2 January 2010

AL FATIHAH



Kami anak-anak, ahli keluarga dan warga Angsadaria mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara-mara, murid-murid dan para kenalan yang telah menziarahi dan menyempurnakan jenazah Allahyarham Haji Ikhsan bin Imam yang telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 4.20 pagi 30 Disember 2009 bersamaan 13 Muharram 1431H. Semoga roh beliau dicucuri rahmat serta tergolong di kalangan para solihin. Amin....

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

Expert Village

Youtube

+ Kepelbagaian makanan untuk anak ayam..[1]
+ Cara membina reban ayam pedaging..[2]
+ Cara membuat sarang ayam bertelur..[3]
+ Kaedah mengelakkan anak ayam dari pemangsa..[4]
+ Cara memilih telur ayam untuk dieram..[5]
+ Cara memindahkan anak ayam yang baru lahir..[6]
+ Jerami padi sebagai tempat rehat anak ayam..[7]
+ Cara memberi vaksin anak ayam..[8]
+ Air amat penting untuk anak ayam..[9]
+ Kandungan diet yang penting untuk anak ayam..[10]
+ Ruang yang diperlukan untuk anak ayam..[11]
+ Sistem California Kid untuk anak ayam..[12]

PELAN KE ANGSADA-RIA (KLIK PADA GAMBAR)

CONTOH LADANG ITIK PEDAGING

  • Hanya satu jalan masuk+celup kaki/kenderaan
  • Gumboots+lab coats untuk pelawat
  • Pelawat mesti mencelup kaki
  • Pagar perimeter ketinggian 6'
  • Ketinggian pagar minima 5' di kawasan pengeluaran
  • Amalan perladangan yang baik
  • Klik disini

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP