Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.
ALBUM ANGSADARIA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [24] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43] [44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] [51] [52] [53] [54] [55] [56] [57] [58] [59] [60] [61] [62]

Hubungi ANGSADA-RIA untuk tempahan anak ayam kampung, Anak Ayam Belanda, Ayam eksotik dan lain-lain.. Terima kasih.. En. Azmi Mainon 013-2667840 (Mobile) 03-32248133 (Tel/Fax) Facebook Pusat Ternakan Angsadaria Terima Kasih

Monday 28 December 2009

PERIHAL AYAM TAK BEREKOR VS AYAM MERAH

Mana lebih mudah membawa air; separuh tong atau air diisi penuh? Begitulah tamsilan mudah untuk membincangkan sesuatu perkara dengan orang yang sudah ada pengalaman memelihara ayam kampong dengan mereka yang baru pertama/dua kali menternak ayam kampong.

Ada yang merungut, ayam yang Wong Kam Pong bekalkan kepada mereka sekarang (bulan November/Disember) sudah tidak secantik dulu (bulan Jun/Julai/Ogos). Dulu ada ekor tapi sekarang anak banyak yang mati, bila nak jual togel tanpa ekor. Dulu tak ada hujan cuaca pun baik tak adalah bagi ubat seperti anti CRD dan lain-lain. Tapi bulan ini banyak hujan ayam pun demam, batuk dan sakit mata, jadi Wong Kam Pong syorkan beri ubat yang sesuai. Lepas tu tak pula diberi anti stres sebagai susulan.

Baca Seterusnya...

Read more...

Monday 21 December 2009

SUDAH KEMBALI

Alhamdulillah dua minggu tidak mencukupi tetapi memada sebagai satu permulaan menyusur akar ke tanah tumpah almarhum datuk yaitu Pulau Jawa. Pengalaman  dua minggu itu amat mengesankan  kerana dengan bermusafir itu akan; 1. Menajamkan akal  2. Memanjangkan umur  3. Murahkan rezeki  4. Bertemu dengan orang-orang alim  5. Tambah pengetahuan  6. Tambah saudara  7. Harapan yang luas.


 Ponorogo Kota Reog

Read more...

Wednesday 2 December 2009

3 - 17/12/09 URUSAN ANGSADARIA DITANGGUHKAN SEMENTARA

Akan ke Pulau Jawa ziarah maqam wali-wali, saudara mara dan cari ilmu... Doakan kami selamat.....

Read more...

Thursday 26 November 2009

Al-Adha Day: A Model for Sharing and Caring


 Muslim In China

`Eid Al-Adha has unique spiritual, devotional, educational, and social meanings. It implants in the Muslim's heart the spirit of sharing and caring. It has special rituals, ethics, and values that could, if properly observed, change a Muslim's affairs to the better.

Read More>>>

Read more...

Monday 23 November 2009

Set Mesin Terapi Elektrostatik Dr Jism untuk dijual


Set Mesin Terapi Elektrostatik Dr Jism untuk dijual

Harga: RM10 Ribu (Negotiable/Boleh dirunding) 
Eksesori: Lengkap
Hubungi: En. Azmi Mainon
No Tel: 013-2667 840

Read more...

Makan kedondong dapat bayi gergasi


 Bayi lelaki gergasi seberat 6.15kg yang dilahirkan seorang ibu, Aisha Bee Yasin di Pekan Lama Kampung Baru, Changlun kelmarin. 

CHANGLUN - Percaya atau tidak, dengan mengamalkan memakan buah kedondong setiap hari sewaktu mengandung, seseorang ibu mungkin melahirkan bayi dengan berat yang luar biasa.  

Baca Seterusnya>>>

Read more...

Sunday 22 November 2009

Keinsafan



Hidup atau mati makhluk sekecil ini adalah urusan Allah SWT.

Wong Kam Pong terpanggil untuk berkongsi kesedihan dengan berbagai masalah yang dihadapi oleh sahabat penternak sekelian. Baca Seterusnya....

Read more...

Tuesday 17 November 2009

Sami Yusuf - Asma Allah

Tenangkan diri dengan mendengar nasyid yang amat menenangkan jiwa. Nasyid yang berjudul "Asma Allah" yang dibawa oleh Samy Yusuf..

Read more...

Friday 13 November 2009

Ternakan Untuk DiJual


Angsa Kelabu di Angsadaria

Induk muda angsa kelabu masih ada beberapa pasang lagi. Harga RM175 seekor. Anak ayam belanda umur dua minggu RM10 seekor, ada tiga warna pilihan; putih, bintik kelabu dan hitam penuh. Anak ayam kampung kacuk KHB1 juga masih mendapat permintaan tinggi. Harga RM2.30 seekor termasuk vaksin. Belian melebihi seribu ekor harga boleh di runding. Baca Seterusnya.....

Read more...

Thursday 5 November 2009

Misteri beruang hilang bulu


GAMBAR menunjukkan seekor beruang betina yang tiada bulu pada tubuhnya di Zoo Leipzig, Jerman. Baca Seterusnya...

Read more...

Saturday 31 October 2009

Sejarah Wong Kam Pong


 Gambar tahun 1972. Penulis berdiri tiga dari kanan. Embah Lanang kiri sekali.

Wong Kam Pong mengucapkan berbanyak terima kasih atas kunjungan para tetamu yang sudi bertamu ke Angsadaria. Mana yang kurang atau tidak berpuas hati tu jangan jemu datang lagi atau bertanya lagi, insyaallah akan ada jalan penyelesaiannya nanti. Setiap masalah yang kita hadapi sebenarnya ada hikmah di sebaliknya. Baca Seterusnya.....

Read more...

Wednesday 21 October 2009

Petani ancam buang kubis


KUBIS yang semakin murah harganya mungkin jadi bahan buangan sahaja jika para petani di Cameron HIghlands meneruskan rancangan melonggokkan sayur itu sebagai tanda protes. - Gambar hiasan ..

Read more...

Ayat al-Quran pada kulit bayi


SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.  Baca Seterusnya...

Read more...

Tuesday 20 October 2009

Anak Kerbau Berkepala Dua


Read more...

Monday 19 October 2009

Ternak ikan air tawar atasi masalah kepupusan


Rohani Abdul Karim memberi makan ikan tawar yang diusahakan sebuah syarikat usahasama Malaysia-Norway, Trapia Malaysia Sdn. Bhd. di Tasik Banding di sini, baru-baru ini. Baca Seterusnya....

Read more...

Kenapa pertanian Thailand berjaya?


Kegigihan petani Thailand mengusahakan dan memasarkan hasil tanaman mereka sememangnya diketahui ramai. Baca Seterusnya... 

Read more...

Tuesday 13 October 2009

Dua laut yang tidak bertemu


Sila tuan-tuan rujuk Surah Al-Rahman ayat ke-19-20 Firman Allah
(مرج البحرين يلتقيان-بيتهما برزخ لا يبغيان) 
-Dia membiarkan dua laut mengalir dan kemudiannya bertemu-Dan diantara keduanya ada batas yang tidak terlampau oleh masing-masing-.. Baca Seterusnya...

Read more...

Monday 12 October 2009

Pokok Durian Pelik


Lihat gambar ini pun kita tahu betapa hebatnya pokok durian ini mengeluarkan buah. Inilah kuasa Allah SWT.. Baca Seterusnya....

Read more...

Sebab utama Stadium Mizan runtuh

Macam-macam spekulasi dari rakyat berkaitan isu stadium runtuh kelmarin. Biarlah rakyat bebas bersuara sebab kita negara demokrasi.

Sebab utama Stadium Mizan runtuh: Baca Seterusnya....

Read more...

Anak lembu berkepala dua


ANAK lembu berkepala dua mati sebaik sahaja dilahirkan di Kampung Lobong, Nambayan, Sabah.. Baca Seterusnya....

Read more...

Lazuli tawar khidmat ternak lembu tenusu


INDUSTRI ternakan tenusu menawarkan pulangan yang tinggi tetapi syarikat bumiputera kurang menyertainya. - Gambar hiasan ... Baca Seterusnya....

Read more...

Friday 9 October 2009

Penduduk Islam 1.57 bilion

WASHINGTON - Bilangan penduduk Islam dunia kini mencecah 1.57 bilion atau seorang daripada empat penduduk dunia menganut agama Islam, demikian menurut laporan Pew Forum on Religion and Public Life yang dikeluarkan semalam. Baca Seterusnya....

Read more...

Vermikompos tingkat kesuburan tanah

Sumber : Jabatan Pertanian


Vermikompos kaya dengan nutrien yang sesuai untuk tanaman. Baca Seterusnya....

Read more...

Tuesday 6 October 2009

Harimau dijerat pemburu haram


Baca Seterusnya...

Read more...

Monday 5 October 2009

Projek udang bernilai RM200 juta

 
Shahrul Nizam Said (kanan) menyentuh akuarium yang mempamerkan udang hasil ternakan Blue Archipelago di Sekolah Kebangsaan Penarek, Setiu kelmarin.


Baca Seterusnya....

Read more...

Large Homemade Incubators 3

GOOSE INCUBATOR
 
 Goose Incubator On Left, Rhea/Emu Or Goose Hatcher On
Right Made From Old School Two Door Refrigerator
 
Reed More...

Read more...

Mayat 30 tahun ditemui tak reput

Jenazah misteri kejutkan tiga penggali kubur

KANGAR: Tiga penggali kubur tergamam menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika menggali liang lahad untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, di sini, semalam. Baca Seterusnya...

Read more...

Sunday 4 October 2009

4,000 mangsa masih hidup



DUA anggota penyelamat Indonesia mengeluarkan mayat mangsa gempa bumi yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan di Kota Padang, Sumatera Barat, semalam. Hampir 4,000 orang penduduk dilaporkan masih terperangkap dalam runtuhan bangunan. – AP






JAKARTA 3 Okt. - Hampir 4,000 orang dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan berikutan gempa bumi kuat yang menggegar barat Sumatera pada minggu ini, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Palang Merah, hari ini.

 Baca Seterusnya....

Read more...

Saturday 3 October 2009

Large Homemade Incubators 2

RHEA/EMU INCUBATOR


Rhea And Emu Incubator Made From
Old Restaurant Pie Safe 

Read more...

Teh tarik punca sakit jantung


TEH tarik merupakan antara minuman kegemaran ramai termasuk golongan muda tetapi doktor mendakwa ia membahayakan
kesihatan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Jika dahulu, penyakit jantung sinonim dengan golongan berusia tetapi kini ia mula menyerang golongan muda berusia di bawah 40 tahun kesan daripada corak pemakanan dan gaya hidup tidak sihat yang diamalkan mereka. Baca Seterusnya

Read more...

389 gegaran gempa susulan

 
SEORANG anggota pasukan menyelamat berdiri di hadapan kawasan yang teruk dilanda gempa di bandar Padang, Sumatera Barat semalam. 

JAKARTA - Ketika para pekerja mencari dan menyelamat sudah 72 jam bekerja keras menggali dan mencari mangsa dari celah-celah runtuhan lebih 11,000 bangunan akibat gempa 7.6 skala Richter Rabu lepas, sejak hari itu Sumatera Barat sudah digoncang 389 kali gempa bumi susulan.  Baca Seterusnya...

Read more...

Friday 2 October 2009

Penanam roselle intai kejayaan


Oleh LAUPA JUNUS

 MUNGKIN terlalu awal untuk menjangka keputusannya untuk menceburkan diri dalam pertanian, khususnya penanaman roselle menjanjikan kejayaan.

Namun bagi anak muda berasal dari Kuala Perlis ini, sejumlah 2, 000 pokok roselle yang ditanam di kawasan seluas 0.8 hektar bagaikan menjanjikan harapan baru kepadanya.

Abdul Kadir Abdul Halim, 38, menerusi syarikatnya Impian Serasi mahu membuktikan bahawa tapak penanaman roselle di Kundang, Serendah, Selangor itu bakal sebagai titik tolak kepada usahanya mencebur bidang pertanian.

Baca Seterusnya...

Read more...

Thursday 1 October 2009

Large Homemade Incubators 1

DUCK INCUBATOR


Duck, Chicken, And Quail Incubator Made From Old Kitchen 
Refrigerator Converted Freezer Area Is Pictured.

This is a kitchen refrigerator with the doors attached on the right and open in both photographs. The upper freezer compartment is shown in the first photograph. The 100 watt light bulbs in the photograph produce the heat and the bathroom exhaust fan blows the heated air down through the eggs.

Read more...

75 dilaporkan maut akibat gempa bumi di Sumatera


MANGSA berkumpul di luar rumah akibat
gempa bumi di Padang, semalam.


PADANG: Gempa bumi magnitud 7.6 yang melanda Sumatera Barat sekitar jam 5:16 petang waktu Indonesia Barat semalam mengakibatkan beberapa bangunan utama di Padang mengalami kerosakan teruk, seperti Rumah Sakit Umum Pusat M Jamil Padang, Rumah Sakit Selasih dan Hotel Rocky.
Baca Seterusnya... 

Read more...

Wednesday 30 September 2009

Peluang-Peluang Perniagaan

Pengenalan


Program Pembangunan perniagaan adalah bertujuan untuk memperkukuhkan perniagaan/ aktiviti koperasi dan meningkatkan amalan dan nilai keusahawanan dalam koperasi.

Ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai peluang-peluang perniagaan terkini?


Sila hubungi:
 
Bahagian Pembangunan Perniagaan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Tingkat 6, Blok J (Utara),
Pusat Bandar Damansara,
50608 Kuala Lumpur
Tel: 03-2093 5098



atau berhubung terus dengan pegawai-pegawai kami:

Nama
Sambungan
(03-20812400)

E-mel
Tn. Hj. Abdulah b. Dohat
-
abdullahd@skm.gov.my
En. Mohd Yusof b. Khalid
7016
yusofk@skm.gov.my
En. Rozdeen b. Jaafar
7007
rozdeen@skm.gov.my
En. Zulkifli Aziz
7673
zulkifli@skm.gov.my

Read more...

Permohonan Pinjaman Tabung Modal Pusingan (TMP-SKM)

Pinjaman yang ditawarkan

Bil.
Jenis Pembiayaan

Jumlah Pinjaman
Tempoh Pembiayaan
1.
Pembiayaan Tanpa Cagaran
Sehingga RM50,000
Maksimum 5 Tahun
2.
Pembiayaan Bercagar
RM50,001 hingga RM10,000,000
Maksimum 20 Tahun

Baca Seterusnya...

Read more...

Saturday 26 September 2009

Kupas kelapa lebih pantas guna mesin



MESIN kupas kelapa yang bakal memberi banyak kemudahan kepada penanam.
MUSIM perayaan menjadikan suri rumah sibuk memasak juadah, termasuk yang menggunakan kelapa sebagai ramuan. Justeru, penggunaan mesin adalah penting, apatah lagi dalam industri pemprosesan kelapa dalam jumlah yang besar.

Baca Seterusnya...

Read more...

Gambar Menarik


Kreatif: pokok seolah-olah tumbuh pada bumbung rumah

Read more...

سلامت هاري راي عيد الفطري


Kami di ANGSADARIA mengucapkan Selamat Menyambut Eidul Fitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua Muslimin dan Muslimat. Mudah-mudahan Madrasah RAMADHAN dapat menjadikan kita insan yang Bertaqwa kepada ALLAH SWT.

كل عام وانتم بخير
وتقبل الله منا ومنكم تقبل يا كريم

Read more...

ORGANISASI ANGSADARIA


MOHD AZMI BIN MAINON

PENGARAH URUSAN

03-3224 8133
013-2667 840



MOHD ASRI BIN MAINON

Pengurus ANGSADARIA Rangkaian Penang

013-4468 235




BOHARI BIN MAINON

Pengurus ANGSADARIA Rangkaian Perak

013-4120 216



LUQMAN AL-KHAKIMIY M. IKHSAN

Bahagian Promosi dan Pengiklanan

013-2711 630

Read more...

LOKASI KAMI


View Larger Map


Pusat Ternakan ANGSADA-RIA,
No.01, Parit 1 Banat,
45300, Sungai Besar,
Selangor, MALAYSIA.

Read more...

HUBUNGI KAMI

ANGSADARIA (HQ)

Hubungi:

MOHD AZMI MAINON
Pusat Ternakan ANGSADA-RIA,
No.01, Parit 1 Banat,
45300, Sungai Besar,
Selangor, MALAYSIA.

No. Pendaftaran : SA0002344-U

Tel no :
03-3224 7728 (Pejabat)
03-3224 7728 (Fax)
013-2667 840 (Mobile)

E-Mail:
angsadaria@yahoo.com

Blog:
http://angsadaria.blogspot.com/

ANGSADARIA Rangkaian Penang:

Hubungi:

M. ASRI MAINON
ANGSADA-RIA Rangkaian Penang,
Lot 2187 mukim 12,
Jalan Pokok Tampang,
13310, Tasek Gelugor,
Pulau Pinang, MALAYSIA.

Tel no :
013-4468 235(Mobile)

ANGSADARIA Rangkaian Perak


Hubungi:

BOHARI MAINON
ANGSADA-RIA Rangkaian Perak Darul Ridzuan,
Kg Baru, Sungai Manila 3 Ulu Bernam,
63500, Hilir Perak,
Perak Darul Ridzuan.

Tel no :
013-4120 216(Mobile)

Blog:
http://bohar-angsadaria.blogspot.com/
http://teratakunggas.blogspot.com/

Read more...

Tuesday 22 September 2009

SEJARAH ANGSADARIA

Sejarah ANGSADARIA bermula pada tahun 2001, yang saya ada ketika itu hanya sepasang angsa kelabu dan tiga ekor ayam belanda yang di ternak secara suka-suka di belakang rumah. Gembira dengan saiznya yang besar dan suaranya yang nyaring maka tercetuslah RIA di hujung ANGSADA (ANGSA +belanDA).

Punca mulanya saya bina laman web ANGSADARIA, apabila satu ketika ayam kampong tidak laku di pasaran setempat selepas peristiwa penularan wabak JI. Akibat pemberian anak ayam/anak itik + makanan + reban percuma yang tidak terkawal oleh kerajaan Negeri kepada para petani membawa akibat; Harga ayam kampong hidup merudum RM4.50/kg di pasaran.


Sumber ilmu yang saya perolehi ialah dengan mendengar, melihat, berfikir dan membaca dari gerak hati kerana berlajar dari kehidupan akan menghasilkan pengalaman manakala belajar dari buku dan dari mereka yang tahu akan mendapat menambah ilmu kerana saya bermula dari o.


Saya mengalu-alu pandangan, pengalaman, teguran, kerjasama anda semua tanpa mengira batas agama dan warna kulit untuk meningkatkan lagi kefahaman saya terhadap ternakan unggas/eksotik. Bagi saya ilmu ibarat kawan yang cerdik lagi setia, sentiasa mengingat dan memimpin walaupun tidak nampak adanya. Sambutlah salam persahabatan dari MOHD AZMI MAINON.

Read more...

Wednesday 2 September 2009

Industri Ayam Belanda

Mari kita saksikan bagaimana industri ayam belanda dijalankan di US. Semoga dapat menambah ilmu.

Video 1:



Video 2:




Sila berikan komen dan pandangan untuk sama-sama membangunkan industri ternakan khusus bagi usahawan bumiputera.

Read more...

Saturday 29 August 2009

Tahu tak...?!!!

Oleh : mohd naim mohd zain

Tahu tak...?!!! cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas.

Bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak, "Eee...penuhnya. ..xde tempat duduk."Jadik, awak katakan pd diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain."

Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tuggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua.

Awak tengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee...bas ni buruk sangat...mesti x selesa. Dan maybe bas ni akan rosak kat tengah jalan. "Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang utk tunggu bas yg seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.. Bas yg datang tu kosong, x penuh dan x seburuk bas yg tadi tp kali ni awak kata, "Emmm....xde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.

"Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba2 awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu x sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah.

Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang utk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yg berair-cond, adakah awak dapat pastikan bahawa bas tu x akan rosak di tengah jalan atau maybe bas tu x terlalu sejuk utk awak? Jadik, mengingini apa yg awak idamkan tu memang x salah.

Tapi, x salah juga kalu anda sanggup memberi satu peluang pd org lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu x sesuai dgn awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun drpd bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tp pemandu bas tu pulak buat x faham dan pura-pura buat x nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha....

Bila ada bas yg lalu melintasi saya macam tu, apa yg perlu dilakukan adalah BERJALAN!! Bodoh sebenarnya utk mengejar bas tu sebab setiap kali awak mengejar, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pd diri awk. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta..

Read more...

Monday 24 August 2009

GANGGA NEGARA


Kunjungan pelajar UPSI ke Angsadaria pada 1 Ramadhan lalu.

Kewujudan kerajaan Gangga Negara telah dibuktikan melalui penemuan beberapa artifak pada tahun 70-an dan 80-an oleh para penduduk di daerah Beruas. Maka terbinalah muzium Beruas yang telah dibuka kepada orang ramai pada 12.7.1995. Sejak itu ramailah para sejarawan mengkaji kerajaan lama Ganga Negara yang ceritanya pernah dimuatkan dalam teks mata pelajaran sejarah sekolah menengah.

Mengikut catatan sejarah, perhiasan dan pekakas istana raja Gangga Shah Johan (1025-1028) disaluti emas, batu permata dan delima. Malangnya segala kemasyhuran dan kemewahannya tidak dapat bertahan lama apabila diserang oleh Raja Cula Rajendran 1 atau Rajendran Cula Dewa.

Akibat peperangan yang dahsyat itu maka kerajaan Gangga Negara musnah sama sekali bahkan raja Gangga Shah Johan mati dibunuh dan kepalanya dipancung. Malah ada pengkaji sejarah menyatakan raja Shah Johan sudah memeluk Islam sebelum kematiannya.

Keluasan kerajaan Gangga Negara meliputi seluruh daerah Dinding (sekarang Manjung), dari selatan Gunung Bubu membawa ke Timur Bukit Segari. Sepanjang Sungai Dinding- Beruas atau nama asalnya Belukar Sambau.

Read more...

Tuesday 18 August 2009

Kisah Telor dengan Anjing

Oleh : Zamri Keciks
Gambar diambil dari syarikat pengedar telur ayam, telur masin dan telur puyuh di Kg Melayu SubangDepa ni pemborong telur dimana telur-telur tersebut dibeli dari 'farm' dan dijual semula kepada pelanggan-pelanggan 'perniagaan' iaitu restoran-restoran dan kedai-kedai runcit.

Sebab tu lah bila beli telur kita kena basuh..tapi kalau dah jadi kes macam ni kena samak jawabnya...

Dulu aku sensitif pasal kes
1. Telur tak basuh bergelumang taik ayam,ada org yg jual roti canai, or roti telur, amik dari papan terus pecahkan kat roti.Tangan dah terkena tahi ayam kering lepas tu pap..pap henyak kat roti canai yang kita nak makan..ehhh geli aku!

2. Telur dibilas-rendam pakai air satu besen sahaja...(cara salah menyucikan najis menurut feqh) Kini tambah lagi satu...

3. Telur dijilat anjing dan bergelumang hama anjing...

Jurufoto ada menegur owner ni pasal anjing ni tak patut la melepak dengan telur-telur tu... Jawapan owner: Tarak!!! ini anjing tarak jilat itu telur, makan pun tarak... Memang la apek oi.....Masalahnya, aku nampak menatang anjing-anjing ni suka jalan hidu sana hidu sini dan moncong hidungnya yang basah tu menyentuh setiap objek yang dihidu....memang sedap sebagai penambah perisa masakan telur.

Moral of the story

Terpulang kepada diri masing-masing, tapi sila berhati-hati dan meneliti bila nak makan kat kedai makan.Aku fed up makin hari makin banyak isu taharah pasal kedai makan terserlah... no wonder umat Islam hari ni bukan main keras hatinya...disebabka n yang masuk ke dalam perut pun macam-macam jenis ingredient gamaknya.

Mungkin elok kita masak sendiri di rumah dengan telur-telur yang dibeli di pasaraya besar, sebab telur ni direct dari farm bukan dari pemborong.Itu pun kalau gudang depa tak guarded by canines.

AKU RASA DAH SAMPAI TAHAP SERUAN WAJIB NI, ORANG ISLAM MESTI MENGAMBIL TANGUNGJAWAB MENGELUARKAN DAN MEMPROSES MAKANAN UNTUK UMAT ISLAM, BUKAN MENGHARAPKAN ORANG LAIN PRODUCE DAN TEMPEK COP HALAL JAKIM. KITA NI SENSITIF SANGAT PASAL 'LOGO' HALAL..... KALAU YANG BUAT MAKANAN BUKAN ORANG ISLAM, APALAH HARAPANNYA.. ..

Ustaz Asraf b. Che Nor
Pemb. Hal Ehwal Islam

Read more...

Friday 14 August 2009

Dari kelab golf ke kolam keli


Benih keli dilepaskan ke dalam kolam.


SEMUANYA bermula dari bual-bual kosong dengan seorang pemain golf bukan Melayu yang kerap berkunjung ke kelab tempat beliau bertugas empat tahun lalu.

Cerita tentang pengalaman berjaya dalam industri ternakan ikan air tawar dengan hanya menjadi usahawan menjual benih ikan keli itu, sekali gus mencetus minat Nur Azizi Rafie, 29, untuk serius menceburi bidang ini.

''Terus terang saya rasa tercabar, kawan kita ini mampu hidup bersantai dan senang lenang dengan hanya memiliki beberapa buah kolam ikan dan sebuah pusat menjual benih ikan air tawar" jelas beliau.

Sebelum melepaskan jawatan sebagai Eksekutif Perakaunan di sebuah kelab golf terkenal di Rawang, Selangor, Nur Azizi pernah menghadiri beberapa siri kursus penternakan ikan air tawar dan bengkel teknik pembenihan ikan anjuran Jabatan Perikanan dan Perintis Agrotech Centre (PAC).

Menurut Nur Azizi, daripada tinjauan awal, kos anak benih keli berukuran tiga inci di Lembah Klang dijual dengan harga antara 10 hingga 15 sen seekor.

[Baca Seterusnya]

Read more...

Monday 10 August 2009

Promosi Kuih Sempena Aidilfitri

Klik pada gambar untuk paparan lebih besar



LOKASI KAMI

Read more...

Friday 7 August 2009

TEMPAHAN ANAK AYAM KAMPUNG/BELANDA DIBUKA SEKARANG!!!

Anak ayam kampung

Anak ayam belanda

Tempahan anak ayam belanda dan anak ayam kampung dibuka sekarang, bagi pembelian dengan kuantiti yang banyak diberi potongan harga. Bagi tempahan dari selatan, pengangkutan disediakan.
  • Anak ayam belanda RM10.50 seekor.
  • Anak ayam kampung RM2.30 seekor (termasuk vaksin)
Hubungi ANGSADARIA atau ANGSADARIA RANGKAIAN PERAK sekarang untuk sebarang tempahan..

Read more...

Wednesday 5 August 2009

Angsadaria Rangkaian Perak Darul Ridzuan


Blog ini adalah milik Angsadaria. Banyak informasi kegiatan yang dijalankan oleh Angsadaria Rangkaian Perak khususnya berkaitan mengenai unggas. Sahabat boleh melayarinya untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai industri ternakan..

Nama blog: Teratak Unggas
Alamat blog: http://bohar-angsadaria.blogspot.com/
Mula dibangunkan: Julai 2009

Read more...

Thursday 30 July 2009

AYAM KAMPONG KACUKAN

Terdapat lebih sepuluh pengeluar ayam kampung kacuk yang aktif mengeluarkan anak-anak ayam berkualiti di semenanjung ketika ini. Ayam kampong kacuk merupakan yang paling banyak diternak kerana kadar tumbesarannya amat cepat iaitu 75 hari hingga 90 hari berbanding ayam kampong asli 6 hingga 7 bulan!

Ayam kampong kacuk dihasilkan daripada pembiakan yang terancang. Rupa dan bentuk badannya juga mirip ayam kampong asli. Prestasi pertumbuhannya amat cepat dan dianggap lebih baik berbanding ayam kampong asli yang terdapat di kampong-kampong.

Ciri-ciri menarik yang terdapat pada ayam kampong kacuk ialah warna kulit dan warna kakinya kuning. Rata-rata ayam kampong kacuk mempunyai balong tunggal dan tidak pandai bergaduh, melompat dan terbang melebihi lima kaki tinggi.

Gambar: contoh ayam kampung kacuk di Angsadaria

Kepada bakal penternak atau para penternak yang mencari cir-ciri terbaik seekor ayam, ingat pesanan ini; jangan sekali-kali membeli anak ayam yang paruh siap dipotong (paruh atas lebih pendek). Jangan beli anak-anak ayam yang dijual di pasar-pasar.

Ingat juga pesanan kedua ini; kualiti anak ayam bukan di tentukan oleh nombor kod seperti SASSO 154 atau KH B1 atau lain-lain yang berbentuk nombor tetapi kualitinya anda yang menentukan setelah anda menternak hingga boleh dijual, analisis perkara berikut ini;

* Kadar kematiannya kurang 5%
* Kaki dan kulit warna kuning
* Paruh tidak dipotong
* Tumbesarannya sekata
* Dagingnya pejal dan rasanya sedap.

Read more...

Friday 24 July 2009

PESANAN UBAT

Wong Kam Pong menerima banyak pertanyaan dari para pembaca berkaitan ubat-ubatan ternakan unggas khususnya. Ramai yang bertanyakan cara untuk mereka memesan ubat
berkenaan dan juga cara bayaran.

Sekali lagi perlu diingat Wong Kam Pong bukan buat duit dengan cara jual ubat walau pun yang dijual hanya ubat ayam itik. Ini adalah salah satu cara untuk berkongsi pengalaman sesame penternak. Wong Kam Pong bukan pandai sangat pun. Sama macam kekawan lain, cumanya Wong Kam Pong pernah gunakan ubat-ubat berkenaan kerana dulu dan dulunya lagi ternakan Wong Kam Pong pernah sakit.

Pertama; beritahu tanda ternakan itu sakit samada murung, hidung beringus ke, batuk, berak kapor/darah/cair, muka bengkak dan lain-lain tanda.

Kedua; berapa lama berlaku gejala berkenaan

Ketiga; Jumlah ternakan yang sakit.

Bila dah tahu semuanya senanglah cari ubat yang sesuai. Cara pesanan pula; Wong Kam Pong akan beri nombor akaun bank, slip bank yang ada cetakan komputer itu faks kepada nombor 03 32247728. Jangan lupa beritahu alamat rumah yang lengkap serta nombor tel sekali. Pengiriman biasanya Wong Kam Pong gunakan GDexpres.

Harap-harap yang bertanya dapat faham dengan penjelasan di atas tadi yea... Terima kasih.

Read more...

Sunday 19 July 2009

Tetamu membawa ilmu

Pakcik Rashid (baju merah) berpengalaman dan tidak lokek ilmu berkenaan ayam laga.
Bersama beliau adalah student UPM
.

Semalam 18 Jul Wong Kam Pong menerima tetamu dari Melaka, orang lama yang pernah menceburi ternakan ayam laga suatu ketika dahulu. Walaupun kini tidak lagi terlibat dalam bidang ternakan ayam laga, tetapi pengalaman menternak, memilih baka amat berharga buat saya yang tak tau apa-apa tentang ayam laga. Rasa tak puas berbual pasal ayam laga kerana banyak lagi yang saya belum tahu.

Saya akan menemuinya lagi untuk mendapatkan ilmu-ilmu yang saya belum ada dan pengalaman-pengalaman itu memang amat berharga sekali.
Pengumpul koleksi ayam laga dari Muar


Sebenarnya dalam kehidupan kita tidak boleh lari dari orang lain, sepandai mana pun kita masih ada lagi yang kita belum tahu. Maknanya dalam hal-hal tertentu kita masih bodoh, bahasa yang selalu digunakan oleh P Ramlee dan kawan-kawannya . Sekarang dianggap kasar oleh sebahagian orang kita.

Masih ramai lagi yang menganggap dirinya pandai tetapi sebenarnya mereka itu bodoh. Pengalaman Wong Kam Pong ke ladang ternakan ayam seorang kawan, yang dulunya ceria tetapi amat berbeza pada kedatangan yang ini (ayamnya kena sakit) Semua ayam peliharaannya monyok.

Wong Kam Pong pun beritahu ubat yang perlu diberikan kepada ayam-ayamnya itu, langsung tak ada respon darinya, yang ada hanya sedikit sengih yang nampak sangat dibuat-buat. Apa salahnya catat apa saya cakap tadi atau paling koman pun katakan terima kasih.

Dua perkataan yang Wong Kam Pong sangat takut ialah BODOH SOMBONG.

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

Expert Village

Youtube

+ Kepelbagaian makanan untuk anak ayam..[1]
+ Cara membina reban ayam pedaging..[2]
+ Cara membuat sarang ayam bertelur..[3]
+ Kaedah mengelakkan anak ayam dari pemangsa..[4]
+ Cara memilih telur ayam untuk dieram..[5]
+ Cara memindahkan anak ayam yang baru lahir..[6]
+ Jerami padi sebagai tempat rehat anak ayam..[7]
+ Cara memberi vaksin anak ayam..[8]
+ Air amat penting untuk anak ayam..[9]
+ Kandungan diet yang penting untuk anak ayam..[10]
+ Ruang yang diperlukan untuk anak ayam..[11]
+ Sistem California Kid untuk anak ayam..[12]

PELAN KE ANGSADA-RIA (KLIK PADA GAMBAR)

CONTOH LADANG ITIK PEDAGING

  • Hanya satu jalan masuk+celup kaki/kenderaan
  • Gumboots+lab coats untuk pelawat
  • Pelawat mesti mencelup kaki
  • Pagar perimeter ketinggian 6'
  • Ketinggian pagar minima 5' di kawasan pengeluaran
  • Amalan perladangan yang baik
  • Klik disini

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP