Projek udang bernilai RM200 juta
Shahrul Nizam Said (kanan) menyentuh akuarium yang mempamerkan udang hasil ternakan Blue Archipelago di Sekolah Kebangsaan Penarek, Setiu kelmarin.
Baca Seterusnya....
SETIU - Kerajaan Terengganu meluluskan tanah seluas 1,200 hektar di Penarik di sini bagi membangunkan projek integrasi Taman Akuakultur Udang (I-Sharp) bernilai RM200 juta yang akan bermula pada tahun 2011.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Rozi Mamat berkata, melalui pelaksanaan projek tersebut, Terengganu dilihat bakal menjadi antara pengeksport udang harimau dan udang putih utama di negara ini.
Menurutnya, fasa pertama projek tersebut melibatkan penggunaan 400 hektar tanah dan pembinaan 500 kolam ternakan udang dijalankan di bawah penyeliaan syarikat Blue Archipelago Berhad (Blue Archipelago).
Rozi menjelaskan, beberapa kemudahan lain akan turut dibina di situ dan antaranya kilang memproses udang, pusat penetasan udang, makmal, tempat penginapan dan bangunan pentadbiran.
"Kerja-kerja pembersihan dan pecah tanah sedang dijalankan dan projek ini akan menyediakan peluang pekerjaan kepada 1,300 penduduk tempatan," katanya pada majlis pelancaran pembangunan I-Sharp di Sekolah Kebangsaan Penarek di sini kelmarin.
Berita KOSMO
0 comments:
Post a Comment