Sejarah Wong Kam Pong
Gambar tahun 1972. Penulis berdiri tiga dari kanan. Embah Lanang kiri sekali.
Wong Kam Pong mengucapkan berbanyak terima kasih atas kunjungan para tetamu yang sudi bertamu ke Angsadaria. Mana yang kurang atau tidak berpuas hati tu jangan jemu datang lagi atau bertanya lagi, insyaallah akan ada jalan penyelesaiannya nanti. Setiap masalah yang kita hadapi sebenarnya ada hikmah di sebaliknya. Baca Seterusnya.....
Ada juga yang memulakan perbualan di talian dengan bahasa Cina. Mana yang sudah berbual panjang tu, bertanya Wong Kam Pong orang Indon ke? Sebenarnya Wong Kam Pong bukan keturunan Cina atau orang Indon jauh sekali pendatang haram dari mana-mana negara. Wong Kam Pong anak kelahiran Malaysia.
Tidak malu Wong Kam Pong mengaku sebagai anak Jawa kelahiran Selangor Darul Ehsan. Malah kelahiran kedua ibu-bapa pun di Selangor juga. Mengikut ceritanya, arwah datuk merantau dari tanah Jawa ketika berumur 16 tahun belayar dengan kapal dagang turun di Singapura (ketika itu sebahagian dari Malaysia).
Wong Kam Pong kagum dengan kegigihan arwah datuk yang suka merantau mencari kehidupan baru di bumi baru. Insyaallah pada 3 Disember ini Wong Kam Pong akan `menyusur akar` mencari salasilah keluar ke Pulau Jawa. Semoga niat yang baik ini akan membuahkan hasil. Anda boleh lihat di Malaysia kebanyakan penduduknya berasal dari kepulauan sekitarnya. Orang Banjar, Kampar, Mendailing, Bugis (sekadar menyebut beberapa nama) berasal dari mana?
Wong Kam Pong juga tidak kekok makan Nasi Ambeng beramai-ramai di dalam talam yang di alas daun pisang. Di rumah, Wong Kam Pong bercakap dengan anak-anak dalam bahasa Jawa. Jarang sekali ibu bapa
Jawa Malaysia sekarang bercakap Jawa dengan anak-anak. Semasa di bangku sekolah dulu, kawan-kawan yang datang dari Johor malu mengaku keturunan Jawa.
Wong Kam Pong pernah tinggal di Mukim 12, Rengit, Batu Pahat. Di sana ramai orang Bugis tinggal. Wong Kam Pong amat kagum dengan mereka dalam hal pertuturan dengan anak-anak mereka bercakap Bugis! Begitu juga dengan orang Kampar di Selangor yang kebanyakannya berniaga. Berbual dengan kawan cakap Melayu bercakap dengan anak cakap Kampar.
Orang Banjar pun tidak kurang hebatnya. Siap ada persatuan bagi menyatu-padu dan menyelaras aktiviti bagi mengekalkan jati diri dan kebudayaan suku kaum Banjar agar tidak hilang di telan zaman. Orang Jawa ramai yang dah berjaya dulu dan sekarang. Kenapa mesti malu mengaku Jawa? Lihat orang nombor dua negara, keturunan Jawa. Dailog dalam filem; Niat ngenson mata kaji....... bahasa apa? Ibu Biduan Negara P Ramlee berasal dari mana?
0 comments:
Post a Comment