PERIHAL AYAM TAK BEREKOR VS AYAM MERAH
Mana lebih mudah membawa air; separuh tong atau air diisi penuh? Begitulah tamsilan mudah untuk membincangkan sesuatu perkara dengan orang yang sudah ada pengalaman memelihara ayam kampong dengan mereka yang baru pertama/dua kali menternak ayam kampong.
Ada yang merungut, ayam yang Wong Kam Pong bekalkan kepada mereka sekarang (bulan November/Disember) sudah tidak secantik dulu (bulan Jun/Julai/Ogos). Dulu ada ekor tapi sekarang anak banyak yang mati, bila nak jual togel tanpa ekor. Dulu tak ada hujan cuaca pun baik tak adalah bagi ubat seperti anti CRD dan lain-lain. Tapi bulan ini banyak hujan ayam pun demam, batuk dan sakit mata, jadi Wong Kam Pong syorkan beri ubat yang sesuai. Lepas tu tak pula diberi anti stres sebagai susulan.
Baca Seterusnya...
Selain ubat, ada beberapa sebab lagi yang menyebabkan ayam menjadi stres antaranya;
o Tukar makanan o Reban sempit o Perubahan cuaca mendadak o Kurang Makan o Gaduh sesama sendiri dan lain-lain. Bila perkara di atas tadi berlaku, besar kemungkinan ayam akan mematuk sesama sendiri sehinggalah ayam jadi tidak cantik, togel dan susah nak dipasarkan, walaupun bulu ayam tidak dimakan.
Ada pula yang menjual ayam botak dan ayam merah katanya, anak ayam dari Azmi Angsadaria yang bekalkan....ewah-ewah sedap mulut jual nama orang lain nak mengaut untung singkat. ANDA SUDAH DI KENAL PASTI.
0 comments:
Post a Comment