Keinsafan
Hidup atau mati makhluk sekecil ini adalah urusan Allah SWT.
Wong Kam Pong terpanggil untuk berkongsi kesedihan dengan berbagai masalah yang dihadapi oleh sahabat penternak sekelian. Baca Seterusnya....
Ramai yang mengadu ternakan unggas dan ruminan mengalami sintom penyakit yang sebelum ini tidak pernah berlaku atau jarang-jarang berlaku.
Bagi pendapat Wong Kam Pong, semua penyakit, masalah dan suasana yang tidak menyenangkan ini datangnya dari Yang Maha Kuasa. Selain usaha ikhtiar kita sebagai manusia yang percaya semua yang berlaku di dunia ini baik atau buruk, suka atau tidak suka datangnya dari Allah. Setiap kejadian yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
Memanglah kehendak kita sebagai penternak mahu yang terbaik, kita mahu ternakan yang kita pelihhara sihat, mendatangkan keuntungan. Jika berlaku juga perkara yang sebaliknya, serahkan sahaja urusan selebihnya kepada Yang Maha Pencipta. Kita hanya mampu berusaha, Rezeki, hidup ajal maut di tangan Tuhan.
Putus asa tidak ada dalam kamus kehidupan orang yang mengaku beriman. Setiap kesusahan tentulah ada kesenangan. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Bukan kita seorang sahaja yang susah. Kalaupun kita menangisi kematian ternakan yang kita sayangi, apakah dengan tangisan kita itu mampu menghidupkan yang telah mati? Mampu mengembalikan yang telah pergi?
Apalah sangat nilai seekor ternakan yang kita tangisi kematiannya berbanding dengan mereka yang kehilangan ahli keluarga samada kecil atau besar, tua atau muda akibat serangan H1N1!
0 comments:
Post a Comment