Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.
ALBUM ANGSADARIA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [24] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43] [44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] [51] [52] [53] [54] [55] [56] [57] [58] [59] [60] [61] [62]

Hubungi ANGSADA-RIA untuk tempahan anak ayam kampung, Anak Ayam Belanda, Ayam eksotik dan lain-lain.. Terima kasih.. En. Azmi Mainon 013-2667840 (Mobile) 03-32248133 (Tel/Fax) Facebook Pusat Ternakan Angsadaria Terima Kasih

Friday 9 April 2010

MEMILIH ANAK AYAM BELANDA YANG BAIK

Antara ternakan yang paling sukar dipelihara ialah anak ayam belanda atau ayam piru, talkun/kalkun atau ayam kluk-kluk. Gigit nyamuk sikit pun boleh menjadi sebab kepada kematiannya. Sedang tidur tiba-tiba lampu padam (banyak sebab antaranya mentol terbakar) bila terang balik beberapa jam kemudian, dah ada yang mati kerana bertindih.

Ada seorang teman , mula beli 20 ekor anak ayam belanda semuanya hidup sihat sampai besar dan dipindahkan ke reban yang lebih besar. Beli kali kedua 50 ekor anak ayam belanda tapi kali  ini banyak yang mati. Mati sebelah malam 3 atau 4 ekor setiap hari hingga hampir 30 ekor semuanya.

Baca Seterusnya...


 
Dia pun pelik tak tau apa punca kematian anak-anak ayam belanda tersebut. Nampak sihat tak ada tanda-tanda sakit pun. Rupa-rupanya  reban anak tak di petak (di bahagi dua) tidur berhimpit-himpit  lama-lama yang di bawah mati terpijak. Pengajaran dari cerita di atas; ayam sikit dengan ayam banyak tak sama cara memeliharanya.

Jika ada  yang berkeinginan untuk memelihara anak ayam belanda sediakan  banyak petak dalam reban, untuk 30 ekor anak ayam sesuai satu petak berkeluasan satu meter persegi. Suhu dalam setiap petak hendaklah mencukupi biasanya Wong Kg gunakan mentol 60 watt

Antara ciri-ciri anak ayam belanda yang baik untuk dipelihara:
Anak ayam dalam keadaan cergas tidak bermata luyu atau mengantuk. Kaki anak ayam belanda keadaannya bulat  tidak kurus. Paling penting anak ayam belanda diberi ubat nyah kuman di bahagian uluran selama lima hari dalam minggu yang pertama.

Jika anak ayam belanda yang anda pelihara berak warna coklat cair ketika umurnya dua minggu, berkemungkinan ada jangkitan kuman pada ususnya dan jika tidak di ubati ia akan mati  juga perlahan-lahan.Lama-lama habis semuanya mati. Begitulah sukarnya memelihara ayam belanda di peringkat anak. Anak ayam  yang sihat najisnya berketul putih/ hitam.  Ubat uluran mesti ada dalam simpanan setiap penternak ayam belanda!
Share/Save/Bookmark

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

Expert Village

Youtube

+ Kepelbagaian makanan untuk anak ayam..[1]
+ Cara membina reban ayam pedaging..[2]
+ Cara membuat sarang ayam bertelur..[3]
+ Kaedah mengelakkan anak ayam dari pemangsa..[4]
+ Cara memilih telur ayam untuk dieram..[5]
+ Cara memindahkan anak ayam yang baru lahir..[6]
+ Jerami padi sebagai tempat rehat anak ayam..[7]
+ Cara memberi vaksin anak ayam..[8]
+ Air amat penting untuk anak ayam..[9]
+ Kandungan diet yang penting untuk anak ayam..[10]
+ Ruang yang diperlukan untuk anak ayam..[11]
+ Sistem California Kid untuk anak ayam..[12]

PELAN KE ANGSADA-RIA (KLIK PADA GAMBAR)

CONTOH LADANG ITIK PEDAGING

  • Hanya satu jalan masuk+celup kaki/kenderaan
  • Gumboots+lab coats untuk pelawat
  • Pelawat mesti mencelup kaki
  • Pagar perimeter ketinggian 6'
  • Ketinggian pagar minima 5' di kawasan pengeluaran
  • Amalan perladangan yang baik
  • Klik disini

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP