Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.
ALBUM ANGSADARIA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [24] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43] [44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] [51] [52] [53] [54] [55] [56] [57] [58] [59] [60] [61] [62]

Hubungi ANGSADA-RIA untuk tempahan anak ayam kampung, Anak Ayam Belanda, Ayam eksotik dan lain-lain.. Terima kasih.. En. Azmi Mainon 013-2667840 (Mobile) 03-32248133 (Tel/Fax) Facebook Pusat Ternakan Angsadaria Terima Kasih

Monday 2 August 2010

Cakap siang pandang-pandang....

Seperti yang Wong Kg katakan dalam ruangan ini 19 May lalu bahawa ramai penternak mengalami kemurungan dan ternakan mereka juga murung, masih ramai yang tak ambil peduli dan tak endah, tetapi bila ternakan benar-benar murung barulah terbeliak biji mata. Baru kelam kabut cari ubat dan tanya sana sini, Haru biru jadinya tetapi ibarat kata pepatah kesal dahulu pendapatan kesal kemudian tak berguna.

Memang benar ternakan unggas di kebanyakan tempat di negara kita sedang sakit tak kira di utara atau selatan Semenanjung. Benda ni dah lama berlaku kalau tak silap sejak akhir tahun lalu dan hingga kini masih menular di beberapa kawasan selatan.


Ubatnya? Anda berusahalah cari sendiri bersandarkan pengalaman anda sejak bergelar penternak. Cara tradisional pun ada, cubalah buka kitab lama yang berkaitan ternakan dan penyakit-penyakit berkaitan ternakan. Agak pelik tapi sudahkah anda mencubanya?

Wong Kg sendiri dah jumpa pegawai Jabatan Perkhitmatan Veterinar daerah empat bulan lalu kerana ternakan kesayangan Wong Kg ada yang sakit. Hingga hari ini tak ada pun pegawainya yang datang ambil sampel untuk dibawa ke makmal Veterinar. Bukan sekali Wong Kg pergi jumpa mereka tau dan cakap benda yang sama berulang-ulang.

Mereka-mereka ni tidur agaknya tunggu menteri yang jolok baru nak turun jalankan tugas. Cukup-cukuplah pengalaman kena halau oleh penternak ayam yang berang ternakan dah habis mati satu reban baru nak datang buat pemeriksaan.... Di kawasan Wong Kg juga.

Dulu masa isu H5N1 sedang hangat bukan main rajin buat pemeriksaan sampaikan angsa-angsa Wong Kg lari lintang pukang pasal ramai sangat yang datang kepung nak tangkap ambil sampel najis nak uji di makmal takut ada kuman H5N1.

Sekarang ni dah senyap tak buat lagi pemeriksaan patutnya buatlah secara berkala dua bulan sekali ke... Barulah yang anda buat tu tidak dikata sebagai "hanya hangat-hangat tahi ayam."
Share/Save/Bookmark

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

Expert Village

Youtube

+ Kepelbagaian makanan untuk anak ayam..[1]
+ Cara membina reban ayam pedaging..[2]
+ Cara membuat sarang ayam bertelur..[3]
+ Kaedah mengelakkan anak ayam dari pemangsa..[4]
+ Cara memilih telur ayam untuk dieram..[5]
+ Cara memindahkan anak ayam yang baru lahir..[6]
+ Jerami padi sebagai tempat rehat anak ayam..[7]
+ Cara memberi vaksin anak ayam..[8]
+ Air amat penting untuk anak ayam..[9]
+ Kandungan diet yang penting untuk anak ayam..[10]
+ Ruang yang diperlukan untuk anak ayam..[11]
+ Sistem California Kid untuk anak ayam..[12]

PELAN KE ANGSADA-RIA (KLIK PADA GAMBAR)

CONTOH LADANG ITIK PEDAGING

  • Hanya satu jalan masuk+celup kaki/kenderaan
  • Gumboots+lab coats untuk pelawat
  • Pelawat mesti mencelup kaki
  • Pagar perimeter ketinggian 6'
  • Ketinggian pagar minima 5' di kawasan pengeluaran
  • Amalan perladangan yang baik
  • Klik disini

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP