MUSIM ANGSA BERTELUR
Tahniah Wong Kam Pong ucapkan kepada angsa-angsa yang telah bertelur tak kira angsa putih atau angsa kelabu atau selain dari keduanya. Tahniah juga kepada tuan-tuan sekelian yang menternak angsa hingga boleh bertelur banyak.
Bukan mudah bagi angsa bertelur, kerana angsa ni galak mengawan dalam air bersih. Di darat ada juga mengawan tetapi tak selalu macam dalam air. Nampaknya bulan Februari ni musim penetasan anak-anak angsa. Rata-rata kawan penternak angsa yang sempat Wong Kam Pong hubungi menyatakan angsa mereka sedang mengeram.
Baca Seterusnya...
Tapi jangan menaruh harapan terlalu tinggi untuk mendapatkan anak angsa yea... tak banyak anak yang keluar, biasanya tembelang je. Telor tembelang pun jangan buang nanti ada yang cari, buat itulah... inilah. Agak-agak ragu tak payah beri, katakan tak ada je..
Kita patut buat pembaharuan dalam pembiakan angsa supaya dapat menetaskan banyak anak macam di Thailand. Mereka bawa masuk berlori- lori anak angsa ke Malaysia. Wong Kam Pong rasa mereka gunakan kaedah permanian berhadas seperti pembiakan ikan keli. Wong Kam Pong dah tanya banyak kali di Unit Teknologi Pembiakan Ternakan, tetapi untuk ternakan unggas sampai sekarang belum ada tindakan yang di ambil ke arah itu.
Wong Kam Pong harapkan Jabatan atau Kementerian berkenaan carilah kaedah terbaik, untuk membiak angsa dan ayam belanda seperti yang Wong Kam Pong nyatakan sebelum ini melalui sedutan dari laman web luar negara. Fikir-fikirkanlah untuk kebaikan bersama.
0 comments:
Post a Comment