Penyakit Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI)
Penyakit Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI)
Penyakit Avian Influenza adalah penyakit ternakan yang mudah berjangkit disebabkan oleh virus Highly Pathogenic Avian Influenza sub-type H5N1. Penyakit ini tersebar menerusi hubungan langsung (direct contact) ternakan terjangkit dan ternakan susceptible dan juga secara tidak langsung menerusi droplet di udara, pemindahan peralatan dan kenderaan tercemar.
Burung hijrah boleh membawa virus dari negara berpenyakit ke negara yang bebas penyakit. Apabila burung liar domestik berkongsi habitat dengan burung hijrah, maka ia boleh menjadi sumber jangkitan kepada ternakan ayam, itik dan unggas peliharaan.
Wabak penyakit HPAI boleh menyebabkan kematian ayam sehingga 100% dalam satu-satu ladang dan juga boleh merebak dengan cepat ke ladang-ladang lain. Tindakan pemusnahan segera (immediate stamping out) ternakan terjangkit serta yang terdedah kepada jangkitan adalah langkah yang disyorkan sebagai mengelakkan rebakan. Pemusnahan ternakan juga penting dari sudut kesihatan awam oleh kerana ternakan yang terjangkit dapat menyebabkan jangkitan kepada manusia.
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia.
0 comments:
Post a Comment