Noh tegur peminjam Tekun liat bayar pinjaman
KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, hari ini menegur sikap sebilangan peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) yang liat membayar balik pinjaman sehingga menjejaskan kelancaran tabung itu menyalurkan pinjaman kepada orang lain yang memerlukan.
Justeru, beliau berharap mereka dapat membayar balik pinjaman setakat yang termampu terlebih dulu supaya tidak menjejaskan peluang bakal peminjam lain.
Noh berkata, peminjam yang bermasalah membayar balik pinjaman hendaklah berjumpa pegawai para pegawai Tekun dan Agro Bank untuk membincangkan jumlah pinjaman yang mampu dibayar supaya penjadualan semula bayaran dapat dibuat.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Keusahawan: Peluang Perniagaan dan Pembiayaan Modal di sini, hari ini, Noh berkata, kegagalan membayar pinjaman menyebabkan timbulnya rungutan Tekun lambat meluluskan pinjaman.
"Kalau semua peminjam ada semangat demikian (bayar pinjaman), maka tidak timbul lagi rungutan itu kerana perkara ini berlaku akibat jangkaan kutipan hutang dengan jangkaan duit yang kita nak bayar itu tak tercapai.
"Sebagai contoh kalau kutipan RM30 juta sebulan, tapi hanya dapat RM10 juta bermakna kita kekurangan RM20 juta untuk membuat pusingan pinjaman kepada peminjam baru," katanya.
Baca seterusnya
0 comments:
Post a Comment