AYAM; Pengenalan
Setakat yang saya tahu, aktiviti ternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah [Gallus gallus]. Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri Cina lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan di antara ayam kampong generasi pertama dengan ayam baka Canton dari Negeri Cina. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong.
Mungkin dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai jenis ayam kampong yang dapat kita lihat pada hari ini. Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan yang ketara dari segi saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya yang tersendiri. Maka lahirlah berbagai-bagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga, Ayam Togel, Ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.
0 comments:
Post a Comment