Cerita pasal anjing
Tentu ada banyak cerita pasal binatang yang sejenis ni. Memang pun anjing binatang yang suka bunuh ayam, biasanya tak makan hanya bunuh saja. Reban Wong Kg banyak kali kena ceroboh anjing, banyak juga la makan korban.
Banyak juga peribahasa yang menyebut pasal anjing antaranya; macam anjing dengan bayang-bayang, iaitu mengambarkan orang yang tamak. Seperti anjing menyalak bukit, memberi gambaran orang yang mengharapkan sesuatu yang tak akan dapat punya.
macam anjing dengan kucing, mengambarkan dua orang yang sentiasa bermusuhan dan banyak lagi.
Apa yang kita harapkan dari anjing cuma suaranya saja walaupun ada banyak sikap baiknya seperti bijak berburu binatang-binatang liar. Malah dalam kitab Fekah ada menyebut binatang yang mati akibat gigitan anjing buruan yang sedang berburu halal dagingnya dimakan TETAPI dengan beberapa syarat dan peraturannya. Rujuk kitab Matla"al Al-Badrin.
Menurut keterangan panjang lebar kitab itu rasanya anjing-anjing yang ada sekarang ni tak cukup syarat lagi dan hasil buruannya pun tak halal dimakan.
Yang Wong Kg nak cerita sekarang ni ramai rakan penternak yang memelihara anjing sebab sekarang dah banyak binatang ternak yang hilang dibaham binatang pemangsa dan pencuri yang semakin berani. Artinya sekarang ni suasana semakin mencabar dan dicabar.
Kita memelihara ayam itik dan banyak lagi dengan susah payah tetapi mereka menceroboh reban dan mengambil kita punya ternakan tanpa mahu susah payahnya kita memelihara.
Ada satu kejadian kira dah lama jugalah yang Wong Kg nak ceritakan disini; Si petani ni memelihara anjing garang guna menjaga kebun keladi, cuma yang tak betulnya anjing ni di letakkan dalam kurungan. Satu ketika, dengan muka selambanya si pencuri datang bawa kayu lalu di rodoknya anjing dalam kurungan tadi, menyalak juga tapi sekejap saja selepas tu senyap. Pencuri tadi pun menyudahkan kerjanya hingga hampir khatam!
Baru-baru ni Wong Kg ada terbaca dalam akhbar harian tentang anjing-anjing kepunyaan penghuni satu taman banyak yang mati akibat diracun menggunakan daging ayam yang dibubuh racun, dua hari selepas tu berlaku beberapa kes samun di taman tersebut. Tentu ada kaitan dua peristiwa tersebut.
Ada juga yang memelihara angsa untuk menjaga binatang peliharaan. Kini banyak angsa yang hilang kerana harga angsa pun dah mahal. Pencuri pun tau harga angsa dah mencecah RM300 sepasang sekarang, daripada curi ayam lebih baik rembat angsa-angsa yang ada tu dulu. Bukan susah sangat nak tangkap angsa, pegang lehernya yang panjang tu tak bunyi la.
Elok kita fikir-fikirkan saranan Wong Kg ini; pasang CCTV dan penggera macam Di Angsadaria rangkaian Penang. Macam mana setuju?
1 comments:
Thanks ffor the post
Post a Comment