Penetasan telur
Sebenarnya ada berbagai kaedah atau cara yang biasa atau yang luar biasa untuk menetaskan telur. Jangan terkejut jika anda diberitahu cara mengeramkan telur dalam sekam padi yang dijemur terlebih dahulu selama beberapa jam bagi penyimpanan haba, kemudian telur dimasukkan di dalam sekam tadi berlapis-lapis bergantung jumlah telur selama beberapa hari. Sekam tadi akan dijemur lagi beberapa hari kemudian bagi menghasilkan haba yang diperlukan oleh telur.
Ada satu lagi cara menghasilkan haba menggunakan lampu minyak tanah yang disambungkan dengan corong ke dalam kotak bagi memanaskan kotak yang berisi telur.
.
Peti sejuk yang sudah rosak amat berguna untuk menghasilkan mesin penetasan telur! Caranya sangat mudah juga murah. Malah ianya kelihatan canggun.
.
Wong Kg juga ada menghasilkan mesin penetasan telur dengan cara yang mudah dan amat ringkas, yang penting ia mudah diselenggara. Sebelum ini memang ramai sahabat yang minta Wong Kg buat mesin penetasan telur tapi kekangan masa menyebabkan ianya tak terlaksana. Yealah nak bertukang tentunya tak cukup sehari, pagi hantar anak ke sekolah kemudian terus pergi kerja, petang pulak dah penat tak larat nak buat kerja pertukangan.
Kini mesin penetasan telur diperbuat dari plastik berkualiti bewarna jernih (boleh nampak sebelah dalamnya) telah Wong Kg cipta rasanya taklah susah sangat nak mengendalikannya. Siap dengan kipas bagi menstabilkan suhu dan kelembapan di dalamnya. Kelebihan mesin ini kalau kotor boleh ditanggalkan satu persatu dan dibasuh. Termometer digital diletak sebelah luar bagi memudahkan untuk melihat sukatan suhu di dalam mesin.
Selepas ini Wong Kg akan ceritakan serba sedikit berkaitan sebab-sebab telur tak menjadi anak ayam.
0 comments:
Post a Comment