Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.
ALBUM ANGSADARIA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [24] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43] [44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] [51] [52] [53] [54] [55] [56] [57] [58] [59] [60] [61] [62]

Hubungi ANGSADA-RIA untuk tempahan anak ayam kampung, Anak Ayam Belanda, Ayam eksotik dan lain-lain.. Terima kasih.. En. Azmi Mainon 013-2667840 (Mobile) 03-32248133 (Tel/Fax) Facebook Pusat Ternakan Angsadaria Terima Kasih

Monday, 23 August 2010

KISAH ANAK AYAM DAN ITIK MUSCOVY DI SELANGOR

Sebelum meneruskan bicara terlebih dahulu Wong Kg mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada yang beragama Islam kerana Ramadhan adalah madrasah pendidikan setiap diri umat. Semoga madrasah Ramadhan ini berjaya mendidik kita menjadi umat yang taat. Mengambil iktibar dari kata-kata ini; Orang miskin akan berfikir, hari ini apa aku nak makan? Manakala orang-orang kaya akan berfikir hari ini aku nak makan dimana? Orang-orang tamak pula akan berfikir aku nak makan siapa?

Daerah Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjung Karang merupakan kawasan pertanian dan kebanyakan penduduknya adalah petani dan penternak seperti Wong Kg. Sedikit sangat yang kerja makan gaji. Keadaan inilah yang menyebabkan banyak skim bantuan percuma diberi kepada para petani di kampung-kampung dalam tiga daerah ini. Bantuan ini pula akan berulang-ulang setiap dua atau tiga tahun sekali. Walaupun demikian ianya (bantuan) tersebut tidak membantu menaik taraf kehidupan si penerima. Ibarat air hujan yang turun mencurah-curah dari langit, bila sampai di bawah hanya titis-titis air sahaja, yakni tidak membasahi bumi langsung!

Satu ketika dahulu sekitar 1991 selepas tragedi babi Bukit Pelanduk dihapuskan, para petani diberi anak itik Muscovy percuma sebanyak 500 hingga 1000 ekor seorang serta makanannya sekali. Pemandangan dari jauh ketika itu memutih saja kerana itik ini bewarna putih satu kampung 4 atau 5 orang yang dapat.

Selepasnya siapa yang ketawa besar yakni ketawa hingga ke telinga? Para peniaga ayam itik la yang untung besar. Berurusan dengan 'penternak segera' memang mengeyangkan. Ada yang jual seekor itik RM4. Bukan sekilo! Barang free jual 3 ringgit pun untung beb. Tak keluar modal sesen pun.

Yang beruban kepala siapa pula? Penternak persendirian macam Wong Kg. Yang benih beli, makanan ternakan beli, semuanya dengan kos takkan nak jual RM3/ekor jugak? Hendak jual ikut harga pasaran tak laku, sebab sudah jadi lambakan itik di pasaran. Macam lambakan buah durian bila dah banyak sangat. Peraih lebih suka berurusan dengan "penternak segera". Akhirnya menanggung hutang kerana tak balik modal. Itu pengalaman pahit Wong Kg pada tahun 1991.

Read more...

Monday, 2 August 2010

Cakap siang pandang-pandang....

Seperti yang Wong Kg katakan dalam ruangan ini 19 May lalu bahawa ramai penternak mengalami kemurungan dan ternakan mereka juga murung, masih ramai yang tak ambil peduli dan tak endah, tetapi bila ternakan benar-benar murung barulah terbeliak biji mata. Baru kelam kabut cari ubat dan tanya sana sini, Haru biru jadinya tetapi ibarat kata pepatah kesal dahulu pendapatan kesal kemudian tak berguna.

Memang benar ternakan unggas di kebanyakan tempat di negara kita sedang sakit tak kira di utara atau selatan Semenanjung. Benda ni dah lama berlaku kalau tak silap sejak akhir tahun lalu dan hingga kini masih menular di beberapa kawasan selatan.

Read more...

Tuesday, 13 July 2010

Cerita pasal anjing 2

Wong Kg tak sangka ramai juga yang minat dengan cerita anjing yang Wong Kg tulis beberapa minggu lalu. Oklah minggu kita bercerita lagi pasal anjing. Anjing dan babi dan keturunan dari kedua-duanya adalah najis berat dan cara menyucikannya hendaklah basuh sebanyak tujuh kali dengan air 'mutlak' salah satunya, air yang bercampur tanah.

Andaikan anjing kawin dengan kambing dan dapat anak rupa sebiji macam kambing, anak itu dikira anak anjing atau pun babi kawin dengan kambing dapat anak sebiji rupa kambing, 'anak kambing' tu kira najis berat juga. Pegang anjing bukan tak boleh langsung, tengok kepada keperluan juga, jika ada perlunya tak jadi hal cuma kita semua mesti ada ilmu yang berkaitan dengannya jadi senang nak bersuci, dan senang ajak berbincang, panduan agama menjadikan kita berfikiran terang bukan asyik nak bangkang aje, macam yang Wong Kg baca dalam ruangan 'bukan nak kata' pancaindera Ahad 11 Julai, berkaitan Baby Erin Res-2 pegang anjing.

Ada ke patut Baby Erin pegang anjing nak disamakan dengan tugas polis gunakan anjing untuk menyiasat. Polis tu kan ada keperluannya gunakan anjing tetapi dia saja-saja pegang tu untuk apa. Lepas tu boleh kata penulis tak arif agama pulak.

Satu lagi sikap orang kita apabila nampak ada bangkai anjing di tepi jalan atau di tengah jalan akibat dilanggar kenderaan, payah sangat nak alihkan bangkai anjing ke tepi jalan atau yang paling baik, buat lubang dan tanam bangkai berkenaan atau paling mudah cari tali tarik bangkai anjing itu ke dalam parit yang biasanya ada air. Tak payah pegang pun. Kalau alih pun tak mau apalagi nak tanam lagilah....

Cuba bayangkan bangkai anjing yang tak di alih hingga dua tiga hari kemudian pecah perutnya. Lepas tu hujan pulak, lepas hujan kita pulak yang lalu di situ pergi masjid. Bukan sehari dua nak hilangkan bau tu, Selama tiga bulan kita juga yang hidu baunya. Bukankah bagus jika nampak ada bangkai anjing baru mati kebetulan hampir dengan rumah kita, kitalah yang paling layak buang bangkai berkenaan ke dalam parit sebelum ianya pecah perut dan busuk di tepi jalan berbulan-bulan lamanya.

Paling baik tanam, paling senang buang dalam parit, seminggu selepas pecah perutnya ia akan tenggelam dan tak mengeluarkan bau lagi. Kalau buang bangkai pun tak mau apalagi nak buat lubang kemudian bersusah-payah tanam?

Read more...

Friday, 25 June 2010

Cerita pasal anjing

Tentu ada banyak cerita pasal binatang yang sejenis ni. Memang pun anjing binatang yang suka bunuh ayam, biasanya tak makan hanya bunuh saja. Reban Wong Kg banyak kali kena ceroboh anjing, banyak juga la makan korban.
Banyak juga peribahasa yang menyebut pasal anjing antaranya; macam anjing dengan bayang-bayang, iaitu mengambarkan orang yang tamak. Seperti anjing menyalak bukit, memberi gambaran orang yang mengharapkan sesuatu yang tak akan dapat punya.
macam anjing dengan kucing, mengambarkan dua orang yang sentiasa bermusuhan dan banyak lagi.
Apa yang kita harapkan dari anjing cuma suaranya saja walaupun ada banyak sikap baiknya seperti bijak berburu binatang-binatang liar. Malah dalam kitab Fekah ada menyebut binatang yang mati akibat gigitan anjing buruan yang sedang berburu halal dagingnya dimakan TETAPI dengan beberapa syarat dan peraturannya. Rujuk kitab Matla"al Al-Badrin.
Menurut keterangan panjang lebar kitab itu rasanya anjing-anjing yang ada sekarang ni tak cukup syarat lagi dan hasil buruannya pun tak halal dimakan.
Yang Wong Kg nak cerita sekarang ni ramai rakan penternak yang memelihara anjing sebab sekarang dah banyak binatang ternak yang hilang dibaham binatang pemangsa dan pencuri yang semakin berani. Artinya sekarang ni suasana semakin mencabar dan dicabar.
Kita memelihara ayam itik dan banyak lagi dengan susah payah tetapi mereka menceroboh reban dan mengambil kita punya ternakan tanpa mahu susah payahnya kita memelihara.
Ada satu kejadian kira dah lama jugalah yang Wong Kg nak ceritakan disini; Si petani ni memelihara anjing garang guna menjaga kebun keladi, cuma yang tak betulnya anjing ni di letakkan dalam kurungan. Satu ketika, dengan muka selambanya si pencuri datang bawa kayu lalu di rodoknya anjing dalam kurungan tadi, menyalak juga tapi sekejap saja selepas tu senyap. Pencuri tadi pun menyudahkan kerjanya hingga hampir khatam!
Baru-baru ni Wong Kg ada terbaca dalam akhbar harian tentang anjing-anjing kepunyaan penghuni satu taman banyak yang mati akibat diracun menggunakan daging ayam yang dibubuh racun, dua hari selepas tu berlaku beberapa kes samun di taman tersebut. Tentu ada kaitan dua peristiwa tersebut.
Ada juga yang memelihara angsa untuk menjaga binatang peliharaan. Kini banyak angsa yang hilang kerana harga angsa pun dah mahal. Pencuri pun tau harga angsa dah mencecah RM300 sepasang sekarang, daripada curi ayam lebih baik rembat angsa-angsa yang ada tu dulu. Bukan susah sangat nak tangkap angsa, pegang lehernya yang panjang tu tak bunyi la.
Elok kita fikir-fikirkan saranan Wong Kg ini; pasang CCTV dan penggera macam Di Angsadaria rangkaian Penang. Macam mana setuju?

Read more...

Sunday, 6 June 2010

Musim kenduri datang lagi

Dalam masyarakat kita bulan ini memang banyak kenduri tak kira siang malam, pagi atau petang pun ada kenduri terutama di kampung-kampung. Sedangkan tak ada pun hadis Rasulullah yang suruh buat kenduri bulan Rejab. Mungkin juga dah dekat Ramadan tak boleh makan waktu siang, maka pulun buat pesta makan (kenduri) bulan-bulan sebelumnya.
Satu hari sampai lima hingga lapan tempat nak pergi tak ke haru jadinya. Semuanya pada hari yang sama iaitu Sabtu dan Ahad.
Buatlah hari lain supaya tak menyusahkan orang nak datang. Tak salah buat hari Isnin hingga ke Jumaat. Kalau hari kerja tak dapat datang dijadikan alasan yang buat pada hari Sabtu dan Ahad tu dapat ke datang semuanya?
Cara jemputnya pulak pelik bin ajaib, jumpa kekawan di warung atau di masjid selambe je tapi surat samannya datang rumah, hai bang ini kampung bang banyak kali jumpa hari-hari jumpa macam bisu pulak bila nak kenduri!
Yang nak kawin pulak bukan main gatal terutamanya dalam tempuh bertunang. SMS sehari entah banyak mana le sampai bengkak ibu jari pendek kata semua pergerakan dari yang sekecil hingga sebesar-besarnya nak diberitahu si dia (situasinya dua hala) Masa ni le kalau nak dengar suara pasangan yang lemah-lembut lemak merdu. Pendek kata kalau pijak semuat pun semut akan gelak je. Lepas kawin nanti tau la perangainya yang sebenar. Berbeza!
Jangan lupa fakta ini; Kes penceraian di kalangan pasangan muda Melayu paling tinggi di Malaysia walaupun tempoh bercintanya lebih lama dari tempoh berumahtangga.
Tak payah cerita yang lain-lain misalnya penderaan, buang bayi bunuh bayi, rogol hai semua kitalah yang juara bukan orang lain. Kita bangsa Melayu beragama Islam. Sebab apa ye begini jadinya?
Kalau kita beli hanpone jenama Sony Ericsson mesti ada dibekalkan dengan satu buku kecil untuk dijadikan sebagai rujukan suapaya tak tersilap pasang atau tersalah petik. Boleh ke kita gunakan buku panduan Nokia untuk hanpone Sony Ericsson.
Allah berikan kita bumi suruh kita duduk elok-elok, beranak pinak, makan minum, siap berikan 'buku' panduan supaya selamat, yang pandai-pandai tak baca panduan dan buat peraturan sendiri tu kenapa?

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

Expert Village

Youtube

+ Kepelbagaian makanan untuk anak ayam..[1]
+ Cara membina reban ayam pedaging..[2]
+ Cara membuat sarang ayam bertelur..[3]
+ Kaedah mengelakkan anak ayam dari pemangsa..[4]
+ Cara memilih telur ayam untuk dieram..[5]
+ Cara memindahkan anak ayam yang baru lahir..[6]
+ Jerami padi sebagai tempat rehat anak ayam..[7]
+ Cara memberi vaksin anak ayam..[8]
+ Air amat penting untuk anak ayam..[9]
+ Kandungan diet yang penting untuk anak ayam..[10]
+ Ruang yang diperlukan untuk anak ayam..[11]
+ Sistem California Kid untuk anak ayam..[12]

PELAN KE ANGSADA-RIA (KLIK PADA GAMBAR)

CONTOH LADANG ITIK PEDAGING

  • Hanya satu jalan masuk+celup kaki/kenderaan
  • Gumboots+lab coats untuk pelawat
  • Pelawat mesti mencelup kaki
  • Pagar perimeter ketinggian 6'
  • Ketinggian pagar minima 5' di kawasan pengeluaran
  • Amalan perladangan yang baik
  • Klik disini

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP