Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.
ALBUM ANGSADARIA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [24] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43] [44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] [51] [52] [53] [54] [55] [56] [57] [58] [59] [60] [61] [62]

Hubungi ANGSADA-RIA untuk tempahan anak ayam kampung, Anak Ayam Belanda, Ayam eksotik dan lain-lain.. Terima kasih.. En. Azmi Mainon 013-2667840 (Mobile) 03-32248133 (Tel/Fax) Facebook Pusat Ternakan Angsadaria Terima Kasih

Wednesday, 13 October 2010

Penetasan telur

Sebenarnya ada berbagai kaedah atau cara yang biasa atau yang luar biasa untuk menetaskan telur. Jangan terkejut jika anda diberitahu cara mengeramkan telur dalam sekam padi yang dijemur terlebih dahulu selama beberapa jam bagi penyimpanan haba, kemudian telur dimasukkan di dalam sekam tadi berlapis-lapis bergantung jumlah telur selama beberapa hari. Sekam tadi akan dijemur lagi beberapa hari kemudian bagi menghasilkan haba yang diperlukan oleh telur.

Ada satu lagi cara  menghasilkan haba menggunakan lampu minyak tanah yang disambungkan dengan corong ke dalam kotak bagi memanaskan kotak yang berisi telur.
.
Peti sejuk yang sudah rosak amat berguna untuk menghasilkan mesin penetasan telur! Caranya sangat mudah juga murah. Malah ianya kelihatan canggun.
.
Wong Kg juga ada menghasilkan mesin penetasan telur dengan cara yang mudah dan amat ringkas, yang penting ia mudah diselenggara. Sebelum ini memang ramai sahabat yang minta Wong Kg buat  mesin penetasan telur tapi kekangan masa menyebabkan ianya tak terlaksana. Yealah nak bertukang  tentunya tak cukup sehari, pagi hantar anak ke sekolah kemudian terus pergi kerja, petang pulak dah penat tak larat nak buat kerja pertukangan.

Kini mesin penetasan telur diperbuat dari plastik berkualiti bewarna jernih (boleh nampak sebelah dalamnya) telah Wong Kg cipta rasanya taklah susah sangat nak mengendalikannya. Siap dengan kipas bagi menstabilkan suhu dan kelembapan di dalamnya. Kelebihan mesin ini kalau kotor boleh ditanggalkan satu persatu dan dibasuh. Termometer digital diletak sebelah luar bagi memudahkan untuk melihat sukatan suhu di dalam mesin.

Selepas ini Wong Kg akan ceritakan serba sedikit berkaitan sebab-sebab telur tak menjadi anak ayam.


      

Read more...

Sunday, 26 September 2010

Makanan Ternakan Semakin Mahal

Ladang jagung di Indonesia. Daun sebelah atas dipotong awal untuk makanan lembu, batang jagong pula untuk bahan bakar membuat bata atau genteng.


Pertengahan tahun 2008 menyaksikan harga makanan ternakan melambung tinggi akibat permintaan dunia terhadap bahan asasnya melebihi pengeluaran lantaran cuaca dunia yang tidak menentu ketika itu. Bayangkan makanan ayam 50kg  mencecah harga RM100!

Maka ketika itu terdengarlah seorang menteri yang berkaitan pertanian berkata kerajaan perihatin dengan masalah kenaikan  bahan asas (jagung) maka kerajaan akan membuka ladang jagung secara besar-besaran supaya negara kita tak mengimport jagung dari luar sekaligus makanan ternakan juga tak akan mahal lagi. Amboi lega Wong Kg mendengarnya.

Tahun ini dah dua kali makanan ayam naik harga. Yang terbaru bulan puasa lepas naik RM1.50 satu guni. Kemungkinan ada kenaikan lagi hujung tahun ini. Wong Kg tertunggu-tunggu juga keluaran jagung negara dah ada ke? Yealah dulu riuhnya bukan main,  mana  ladang jagung keluaran tempatan?

Selagi kita tak  mengeluarkan bahan-bahan asas untuk ternakan jangan mengharap harga makanan haiwan akan turun. Selagi kita tak tanam sendiri jagung jangan harap harga makanan ayam murah.

Read more...

Wednesday, 15 September 2010

sambungan dari tulisan lalu.......

Sekitar tahun 2003 satu skim bantuan yang dikenali projek integrasi bagi mengantikan pokok kelapa yang sudah tua dengan tanaman kelapa mataq, kolam ternakan ikan darat dan ayam kampong telah di jalankan di beberapa buah kampung di daerah Sabak Bernam. Khbarnya nilai bantuan bagi seorang peserta sebanyak RM25 ribu dan bantuan ini dijalankan secara berkelompok. Biasanya dalam satu kelompok mengandungi 5 hingga 7 peserta.

Kebun para peserta tadi akan ditebang pokok kelapanya dan dibersihkan. Kemudian 2 atau 3 kolam untuk ternakan ikan akan dikorek, reban untuk ternakan ayam kampung juga turut dibina dalam kawasan berkenaan. Tuan tanah hanya tunggu dan lihat tanpa mengeluarkan modal, semuanya percuma.

Bila semua dah ok induk ikan sepat, puyu dan lain-lain akan dimasukkan ke dalam kolam supaya bertelor dengan harapan akan membiak. Anak-anak ayam 1000 hingga 2000 ekor pun sampai beserta dengan makanannya sekali untuk dimasukkan dalam reban yang sudah siap dibina.

Adalah dua atau tiga pusingan lepas tu terus senyap. Ikan entah ke mana... ayam ke mana...Jika ada pun kelapa mataq itupun jarang-jarang dan semak samun. Kalaulah lalang dan rumput tu laku ramai orang Melayu kaya raya.

Read more...

Monday, 23 August 2010

KISAH ANAK AYAM DAN ITIK MUSCOVY DI SELANGOR

Sebelum meneruskan bicara terlebih dahulu Wong Kg mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada yang beragama Islam kerana Ramadhan adalah madrasah pendidikan setiap diri umat. Semoga madrasah Ramadhan ini berjaya mendidik kita menjadi umat yang taat. Mengambil iktibar dari kata-kata ini; Orang miskin akan berfikir, hari ini apa aku nak makan? Manakala orang-orang kaya akan berfikir hari ini aku nak makan dimana? Orang-orang tamak pula akan berfikir aku nak makan siapa?

Daerah Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjung Karang merupakan kawasan pertanian dan kebanyakan penduduknya adalah petani dan penternak seperti Wong Kg. Sedikit sangat yang kerja makan gaji. Keadaan inilah yang menyebabkan banyak skim bantuan percuma diberi kepada para petani di kampung-kampung dalam tiga daerah ini. Bantuan ini pula akan berulang-ulang setiap dua atau tiga tahun sekali. Walaupun demikian ianya (bantuan) tersebut tidak membantu menaik taraf kehidupan si penerima. Ibarat air hujan yang turun mencurah-curah dari langit, bila sampai di bawah hanya titis-titis air sahaja, yakni tidak membasahi bumi langsung!

Satu ketika dahulu sekitar 1991 selepas tragedi babi Bukit Pelanduk dihapuskan, para petani diberi anak itik Muscovy percuma sebanyak 500 hingga 1000 ekor seorang serta makanannya sekali. Pemandangan dari jauh ketika itu memutih saja kerana itik ini bewarna putih satu kampung 4 atau 5 orang yang dapat.

Selepasnya siapa yang ketawa besar yakni ketawa hingga ke telinga? Para peniaga ayam itik la yang untung besar. Berurusan dengan 'penternak segera' memang mengeyangkan. Ada yang jual seekor itik RM4. Bukan sekilo! Barang free jual 3 ringgit pun untung beb. Tak keluar modal sesen pun.

Yang beruban kepala siapa pula? Penternak persendirian macam Wong Kg. Yang benih beli, makanan ternakan beli, semuanya dengan kos takkan nak jual RM3/ekor jugak? Hendak jual ikut harga pasaran tak laku, sebab sudah jadi lambakan itik di pasaran. Macam lambakan buah durian bila dah banyak sangat. Peraih lebih suka berurusan dengan "penternak segera". Akhirnya menanggung hutang kerana tak balik modal. Itu pengalaman pahit Wong Kg pada tahun 1991.

Read more...

Monday, 2 August 2010

Cakap siang pandang-pandang....

Seperti yang Wong Kg katakan dalam ruangan ini 19 May lalu bahawa ramai penternak mengalami kemurungan dan ternakan mereka juga murung, masih ramai yang tak ambil peduli dan tak endah, tetapi bila ternakan benar-benar murung barulah terbeliak biji mata. Baru kelam kabut cari ubat dan tanya sana sini, Haru biru jadinya tetapi ibarat kata pepatah kesal dahulu pendapatan kesal kemudian tak berguna.

Memang benar ternakan unggas di kebanyakan tempat di negara kita sedang sakit tak kira di utara atau selatan Semenanjung. Benda ni dah lama berlaku kalau tak silap sejak akhir tahun lalu dan hingga kini masih menular di beberapa kawasan selatan.

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

Expert Village

Youtube

+ Kepelbagaian makanan untuk anak ayam..[1]
+ Cara membina reban ayam pedaging..[2]
+ Cara membuat sarang ayam bertelur..[3]
+ Kaedah mengelakkan anak ayam dari pemangsa..[4]
+ Cara memilih telur ayam untuk dieram..[5]
+ Cara memindahkan anak ayam yang baru lahir..[6]
+ Jerami padi sebagai tempat rehat anak ayam..[7]
+ Cara memberi vaksin anak ayam..[8]
+ Air amat penting untuk anak ayam..[9]
+ Kandungan diet yang penting untuk anak ayam..[10]
+ Ruang yang diperlukan untuk anak ayam..[11]
+ Sistem California Kid untuk anak ayam..[12]

PELAN KE ANGSADA-RIA (KLIK PADA GAMBAR)

CONTOH LADANG ITIK PEDAGING

  • Hanya satu jalan masuk+celup kaki/kenderaan
  • Gumboots+lab coats untuk pelawat
  • Pelawat mesti mencelup kaki
  • Pagar perimeter ketinggian 6'
  • Ketinggian pagar minima 5' di kawasan pengeluaran
  • Amalan perladangan yang baik
  • Klik disini

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP