Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.
ALBUM ANGSADARIA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [24] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43] [44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] [51] [52] [53] [54] [55] [56] [57] [58] [59] [60] [61] [62]

Hubungi ANGSADA-RIA untuk tempahan anak ayam kampung, Anak Ayam Belanda, Ayam eksotik dan lain-lain.. Terima kasih.. En. Azmi Mainon 013-2667840 (Mobile) 03-32248133 (Tel/Fax) Facebook Pusat Ternakan Angsadaria Terima Kasih

Sunday, 19 April 2009

Mengenai Ayam Kampung


TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPUNG

  1. Telur dan daging untuk makanan keluarga
  2. Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
  3. Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.

KEISTIMEWAAN AYAM KAMPUNG

  1. Boleh dibiakkan sepanjang tahun
  2. Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
  3. Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
  4. Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
  5. Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.

SISTEM PERUMAHAN

  1. Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
  2. 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
  3. kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
  4. gunakan peralatan makan/minum yang murah.

PEMAKANAN AYAM

Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-

  1. Makanan komersil/dagangan
  2. Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
  3. Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
  4. Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
  5. Makanan Campuran atau Sisa Makanan
  6. Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
  7. Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
  8. Ikan baja dan lain-lain

PENGURUSAN

Pengurusan anak (1 hari - 4 minggu)

  1. Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
  2. Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
  3. Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu

Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu - 22 minggu)

  1. Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
  2. Boleh dilepaskan pada siang hari
  3. Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
  4. Sediakan sarang bertelur
  5. Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram

PEMBIAKAN

  1. Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
  2. 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
  3. Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
  4. Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
  5. Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.

KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT

Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-

  1. Warisan
  2. Pemakanan
  3. Pengurusan
  4. Persekitaran
  5. Jangkitan

Langkah-langkah Pencegahan Penyakit

  1. Reban sentiasa bersih
  2. Anak ayam bebas dari penyakit
  3. Jauh dari ternakan dan haiwan lain
  4. Pelawat perlu dikawal
  5. Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
  6. Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
  7. Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.

Program Pencegahan penyakit

  1. Umur 1 hari - Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
  2. Umur 3 - 4 minggu - Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
  3. Umur 6 - 8 minggu - Sampar ” S “

Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit

  1. Kurang nafsu makan
  2. Monyok dan tidak aktif
  3. Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
  4. Muka bengkak
  5. Berak cair atau berdarah
  6. Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM

  1. Sampar ayam (ND)
  2. Penyakit Gumboro (IBD)
  3. Puru
  4. Salmonellosis
  5. Pasteurellosis
  6. Lain-lain

Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

Expert Village

Youtube

+ Kepelbagaian makanan untuk anak ayam..[1]
+ Cara membina reban ayam pedaging..[2]
+ Cara membuat sarang ayam bertelur..[3]
+ Kaedah mengelakkan anak ayam dari pemangsa..[4]
+ Cara memilih telur ayam untuk dieram..[5]
+ Cara memindahkan anak ayam yang baru lahir..[6]
+ Jerami padi sebagai tempat rehat anak ayam..[7]
+ Cara memberi vaksin anak ayam..[8]
+ Air amat penting untuk anak ayam..[9]
+ Kandungan diet yang penting untuk anak ayam..[10]
+ Ruang yang diperlukan untuk anak ayam..[11]
+ Sistem California Kid untuk anak ayam..[12]

PELAN KE ANGSADA-RIA (KLIK PADA GAMBAR)

CONTOH LADANG ITIK PEDAGING

  • Hanya satu jalan masuk+celup kaki/kenderaan
  • Gumboots+lab coats untuk pelawat
  • Pelawat mesti mencelup kaki
  • Pagar perimeter ketinggian 6'
  • Ketinggian pagar minima 5' di kawasan pengeluaran
  • Amalan perladangan yang baik
  • Klik disini

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP