Sejarah ANGSADARIA bermula pada tahun 2001, yang saya ada ketika itu hanya sepasang angsa kelabu dan tiga ekor ayam belanda yang di ternak secara suka-suka di belakang rumah. Gembira dengan saiznya yang besar dan suaranya yang nyaring maka tercetuslah RIA di hujung ANGSADA (ANGSA +belanDA).
Punca mulanya saya bina laman web ANGSADARIA, apabila satu ketika ayam kampong tidak laku di pasaran setempat selepas peristiwa penularan wabak JI. Akibat pemberian anak ayam/anak itik + makanan + reban percuma yang tidak terkawal oleh kerajaan Negeri kepada para petani membawa akibat; Harga ayam kampong hidup merudum RM4.50/kg di pasaran.
Sumber ilmu yang saya perolehi ialah dengan mendengar, melihat, berfikir dan membaca dari gerak hati kerana berlajar dari kehidupan akan menghasilkan pengalaman manakala belajar dari buku dan dari mereka yang tahu akan mendapat menambah ilmu kerana saya bermula dari o.
Saya mengalu-alu pandangan, pengalaman, teguran, kerjasama anda semua tanpa mengira batas agama dan warna kulit untuk meningkatkan lagi kefahaman saya terhadap ternakan unggas/eksotik. Bagi saya ilmu ibarat kawan yang cerdik lagi setia, sentiasa mengingat dan memimpin walaupun tidak nampak adanya. Sambutlah salam persahabatan dari MOHD AZMI MAINON.
Read more...