Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.
ALBUM ANGSADARIA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [24] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43] [44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] [51] [52] [53] [54] [55] [56] [57] [58] [59] [60] [61] [62]

Hubungi ANGSADA-RIA untuk tempahan anak ayam kampung, Anak Ayam Belanda, Ayam eksotik dan lain-lain.. Terima kasih.. En. Azmi Mainon 013-2667840 (Mobile) 03-32248133 (Tel/Fax) Facebook Pusat Ternakan Angsadaria Terima Kasih

Saturday 29 August 2009

Tahu tak...?!!!

Oleh : mohd naim mohd zain

Tahu tak...?!!! cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas.

Bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak, "Eee...penuhnya. ..xde tempat duduk."Jadik, awak katakan pd diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain."

Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tuggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua.

Awak tengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee...bas ni buruk sangat...mesti x selesa. Dan maybe bas ni akan rosak kat tengah jalan. "Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang utk tunggu bas yg seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.. Bas yg datang tu kosong, x penuh dan x seburuk bas yg tadi tp kali ni awak kata, "Emmm....xde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.

"Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba2 awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu x sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah.

Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang utk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yg berair-cond, adakah awak dapat pastikan bahawa bas tu x akan rosak di tengah jalan atau maybe bas tu x terlalu sejuk utk awak? Jadik, mengingini apa yg awak idamkan tu memang x salah.

Tapi, x salah juga kalu anda sanggup memberi satu peluang pd org lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu x sesuai dgn awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun drpd bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tp pemandu bas tu pulak buat x faham dan pura-pura buat x nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha....

Bila ada bas yg lalu melintasi saya macam tu, apa yg perlu dilakukan adalah BERJALAN!! Bodoh sebenarnya utk mengejar bas tu sebab setiap kali awak mengejar, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pd diri awk. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta..

Read more...

Monday 24 August 2009

GANGGA NEGARA


Kunjungan pelajar UPSI ke Angsadaria pada 1 Ramadhan lalu.

Kewujudan kerajaan Gangga Negara telah dibuktikan melalui penemuan beberapa artifak pada tahun 70-an dan 80-an oleh para penduduk di daerah Beruas. Maka terbinalah muzium Beruas yang telah dibuka kepada orang ramai pada 12.7.1995. Sejak itu ramailah para sejarawan mengkaji kerajaan lama Ganga Negara yang ceritanya pernah dimuatkan dalam teks mata pelajaran sejarah sekolah menengah.

Mengikut catatan sejarah, perhiasan dan pekakas istana raja Gangga Shah Johan (1025-1028) disaluti emas, batu permata dan delima. Malangnya segala kemasyhuran dan kemewahannya tidak dapat bertahan lama apabila diserang oleh Raja Cula Rajendran 1 atau Rajendran Cula Dewa.

Akibat peperangan yang dahsyat itu maka kerajaan Gangga Negara musnah sama sekali bahkan raja Gangga Shah Johan mati dibunuh dan kepalanya dipancung. Malah ada pengkaji sejarah menyatakan raja Shah Johan sudah memeluk Islam sebelum kematiannya.

Keluasan kerajaan Gangga Negara meliputi seluruh daerah Dinding (sekarang Manjung), dari selatan Gunung Bubu membawa ke Timur Bukit Segari. Sepanjang Sungai Dinding- Beruas atau nama asalnya Belukar Sambau.

Read more...

Tuesday 18 August 2009

Kisah Telor dengan Anjing

Oleh : Zamri Keciks
Gambar diambil dari syarikat pengedar telur ayam, telur masin dan telur puyuh di Kg Melayu SubangDepa ni pemborong telur dimana telur-telur tersebut dibeli dari 'farm' dan dijual semula kepada pelanggan-pelanggan 'perniagaan' iaitu restoran-restoran dan kedai-kedai runcit.

Sebab tu lah bila beli telur kita kena basuh..tapi kalau dah jadi kes macam ni kena samak jawabnya...

Dulu aku sensitif pasal kes
1. Telur tak basuh bergelumang taik ayam,ada org yg jual roti canai, or roti telur, amik dari papan terus pecahkan kat roti.Tangan dah terkena tahi ayam kering lepas tu pap..pap henyak kat roti canai yang kita nak makan..ehhh geli aku!

2. Telur dibilas-rendam pakai air satu besen sahaja...(cara salah menyucikan najis menurut feqh) Kini tambah lagi satu...

3. Telur dijilat anjing dan bergelumang hama anjing...

Jurufoto ada menegur owner ni pasal anjing ni tak patut la melepak dengan telur-telur tu... Jawapan owner: Tarak!!! ini anjing tarak jilat itu telur, makan pun tarak... Memang la apek oi.....Masalahnya, aku nampak menatang anjing-anjing ni suka jalan hidu sana hidu sini dan moncong hidungnya yang basah tu menyentuh setiap objek yang dihidu....memang sedap sebagai penambah perisa masakan telur.

Moral of the story

Terpulang kepada diri masing-masing, tapi sila berhati-hati dan meneliti bila nak makan kat kedai makan.Aku fed up makin hari makin banyak isu taharah pasal kedai makan terserlah... no wonder umat Islam hari ni bukan main keras hatinya...disebabka n yang masuk ke dalam perut pun macam-macam jenis ingredient gamaknya.

Mungkin elok kita masak sendiri di rumah dengan telur-telur yang dibeli di pasaraya besar, sebab telur ni direct dari farm bukan dari pemborong.Itu pun kalau gudang depa tak guarded by canines.

AKU RASA DAH SAMPAI TAHAP SERUAN WAJIB NI, ORANG ISLAM MESTI MENGAMBIL TANGUNGJAWAB MENGELUARKAN DAN MEMPROSES MAKANAN UNTUK UMAT ISLAM, BUKAN MENGHARAPKAN ORANG LAIN PRODUCE DAN TEMPEK COP HALAL JAKIM. KITA NI SENSITIF SANGAT PASAL 'LOGO' HALAL..... KALAU YANG BUAT MAKANAN BUKAN ORANG ISLAM, APALAH HARAPANNYA.. ..

Ustaz Asraf b. Che Nor
Pemb. Hal Ehwal Islam

Read more...

Friday 14 August 2009

Dari kelab golf ke kolam keli


Benih keli dilepaskan ke dalam kolam.


SEMUANYA bermula dari bual-bual kosong dengan seorang pemain golf bukan Melayu yang kerap berkunjung ke kelab tempat beliau bertugas empat tahun lalu.

Cerita tentang pengalaman berjaya dalam industri ternakan ikan air tawar dengan hanya menjadi usahawan menjual benih ikan keli itu, sekali gus mencetus minat Nur Azizi Rafie, 29, untuk serius menceburi bidang ini.

''Terus terang saya rasa tercabar, kawan kita ini mampu hidup bersantai dan senang lenang dengan hanya memiliki beberapa buah kolam ikan dan sebuah pusat menjual benih ikan air tawar" jelas beliau.

Sebelum melepaskan jawatan sebagai Eksekutif Perakaunan di sebuah kelab golf terkenal di Rawang, Selangor, Nur Azizi pernah menghadiri beberapa siri kursus penternakan ikan air tawar dan bengkel teknik pembenihan ikan anjuran Jabatan Perikanan dan Perintis Agrotech Centre (PAC).

Menurut Nur Azizi, daripada tinjauan awal, kos anak benih keli berukuran tiga inci di Lembah Klang dijual dengan harga antara 10 hingga 15 sen seekor.

[Baca Seterusnya]

Read more...

Monday 10 August 2009

Promosi Kuih Sempena Aidilfitri

Klik pada gambar untuk paparan lebih besar



LOKASI KAMI

Read more...

Friday 7 August 2009

TEMPAHAN ANAK AYAM KAMPUNG/BELANDA DIBUKA SEKARANG!!!

Anak ayam kampung

Anak ayam belanda

Tempahan anak ayam belanda dan anak ayam kampung dibuka sekarang, bagi pembelian dengan kuantiti yang banyak diberi potongan harga. Bagi tempahan dari selatan, pengangkutan disediakan.
  • Anak ayam belanda RM10.50 seekor.
  • Anak ayam kampung RM2.30 seekor (termasuk vaksin)
Hubungi ANGSADARIA atau ANGSADARIA RANGKAIAN PERAK sekarang untuk sebarang tempahan..

Read more...

Wednesday 5 August 2009

Angsadaria Rangkaian Perak Darul Ridzuan


Blog ini adalah milik Angsadaria. Banyak informasi kegiatan yang dijalankan oleh Angsadaria Rangkaian Perak khususnya berkaitan mengenai unggas. Sahabat boleh melayarinya untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai industri ternakan..

Nama blog: Teratak Unggas
Alamat blog: http://bohar-angsadaria.blogspot.com/
Mula dibangunkan: Julai 2009

Read more...
Blog Widget by LinkWithin

Expert Village

Youtube

+ Kepelbagaian makanan untuk anak ayam..[1]
+ Cara membina reban ayam pedaging..[2]
+ Cara membuat sarang ayam bertelur..[3]
+ Kaedah mengelakkan anak ayam dari pemangsa..[4]
+ Cara memilih telur ayam untuk dieram..[5]
+ Cara memindahkan anak ayam yang baru lahir..[6]
+ Jerami padi sebagai tempat rehat anak ayam..[7]
+ Cara memberi vaksin anak ayam..[8]
+ Air amat penting untuk anak ayam..[9]
+ Kandungan diet yang penting untuk anak ayam..[10]
+ Ruang yang diperlukan untuk anak ayam..[11]
+ Sistem California Kid untuk anak ayam..[12]

PELAN KE ANGSADA-RIA (KLIK PADA GAMBAR)

CONTOH LADANG ITIK PEDAGING

  • Hanya satu jalan masuk+celup kaki/kenderaan
  • Gumboots+lab coats untuk pelawat
  • Pelawat mesti mencelup kaki
  • Pagar perimeter ketinggian 6'
  • Ketinggian pagar minima 5' di kawasan pengeluaran
  • Amalan perladangan yang baik
  • Klik disini

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP