AYAM MUTIARA ATAU AYAM API
AYAM MUTIARA ATAU AYAM API
Sejenis unggas berpenampilan menarik juga dikenali dengan nama saintifiknya NUMIDA MELEAGRIS. Berbulu tebal dengan corak mutiara putih berlatar belakangkan warna kelabu kebiruan ini berasal dari benua AFRIKA.
Mula bertelur apabila mencapai usia 26-30 minggu bergantung beberapa faktor terutamanya pemakanan. Bertelur dengan jumlah yang banyak tetapi tidak 'bijak' untuk mengeramkan telurnya sendiri. Kulit telur keras dan kasar.
Ada pendapat yang mengatakan telur ayam mutiara berkhasiat untuk meningkatkan kepuasan hubungan kelamin baik lelaki mahupun wanita.
Di negara-negara Eropah, daging ayam mutiara dihidangkan sebagai hidangan istimewa kerana rasa dagingnya seperti daging burung, rendah kandungan lemak dan kalori walaupun kandungan proteinnya sama seperti daging ayam. Berat ayam mutiara dewasa sesudah dibersihkan ialah 1.5 kg.
2 comments:
Bagus blog nie.. boleh jg guna utk berdikari...
berminat dgan bidang ini tp tiada pengalaman
Post a Comment