Meleagris gallopavo
Ayam belanda kini mula diminati masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum dan agama kerana daging ayam belanda tidak mempunyai kaitan pantang larang sosial atau agama. Sebenarnya penggunaan daging ayam belanda bukan pada hari Krismas sahaja malahan hari raya puasa pun ada yang meyembelih ayam belanda.
Dalam banyak-banyak jenis ayam, ayam belanda saja yang mempunyai peratusan daging dada paling tinggi berbanding ayam-ayam lain. Manakala nisbah daging:tulang ayam belanda ialah 4.50:1. Seekor ayam belanda dapat menghasilka 63% daging daripada berat badannya. Ini bermakna semua jenis unggas seperti ayam dan itik kalah dari segi peratusan hasil daging berbanding ayam belanda.
Wong Kg tahu, sudah ramai rakan penternak yang mengimport ayam belanda baka besar dari negara luar untuk dibiakkan di sini. Antara baka baka popular ialah Betiboul, BUT dan Nicholas. Tahukah anda semua tak berapa lama dulu MARDI pun ada buat percubaan menternak baka Betiboul dan akhirnya tak tau apa jadi senyap senyap terus... Gagal agaknya.
Sebenarnya banyak lagi baka ayam belanda dari luar yang cepat tumbesaran dan kurang kadar kematian seperti Large White, Small White, Bronze (sekadar menyebut beberapa nama) Anda para penternak buatlah yang terbaik Wong Kg ada dengar penternak ayam belanda nak buat persatuan. Baguslah Wong Kg tumpang gembira jika percubaan para penternak semua berjaya. Jangan gagal seperti MARDI.