Khabar terkini penternak ayam kampung
Maklum balas yang Wong Kg terima dari para penternak ayam kampung memang kurang enak didengar. Salah satunya berkaitan pasaran ayam kampung hidup di pasaran yang agak lembab sejak pertengahan tahun lalu. Rata-rata para penternak mengadu ayam tak berapa jalan dan harganya pun kurang memberangsangkan.
Satu lagi perkhabaran yang kurang enak ialah berkaitan ayam-ayam kampung di banyak tempat yang mati kena penyakit. Khabarnya ada yang buang bangkai ayam berlori setiap hari. Khabar kedua pula berkenaan pegawai dari JPV kena halau balik kerana lambat bertindak, ayam dah habis mati baru nak datang sedangkan sejak awal sakit lagi si penternak dah buat aduan.
Perhatikan ayam masing-masing, sebaik-baiknya pada sebelah malam tentang tanda di bawah ini jika ada pada ayam anda; 0 Berdengkor 0 Hidung berair 0 Sakit mata atau mata bengkak 0 Berak cair berwarna hijau 0 Berak cair berwarna putih seperti kapor 0 Berak merah cair.
Biasanya jika para penternak pergi ke JPV mereka beri ubat serbuk warna merah. Pergi kali kedua dan seterusnya 3,4,5 kali pun ubat itu juga yang anda dapat. Kalau tak, baguslah tapi Wong Kg dah dapat pengalaman macam tu suatu masa dulu. Artinya yang Wong Kg tulis ni berdasarkan pengalaman sendiri. Banyak pengalaman pahit dari yang manis sejak sembilan tahun bergelar penternak.
Setakat harga ayam hidup RM6.50 dah kira rugi bagi penternak ayam kampung sekelian. Wong Kg pernah jual ayam kampung hidup RM4.50/kg pada tahun 93 /94 kerana bersaing dengan ayam bantuan ketika itu. Yang dapat bantuan tak rasa rugi sebab makanan dan benih ayam dapat percuma. Wong Kg semua modal sendiri ni le tercungap-cungap tak untung langsung.
Ingat pesanan ini: Pengalaman tidak boleh di jual beli. Pengalaman adalah guru anda yang jujur dan setiap penyakit ada ubatnya kecuali .....Mati.