PENTERNAK UNGGAS DI SELANGOR WAJIB BERLESEN
Para penternak unggas sedang mendengar taklimat
Semalam, satu taklimat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor bagi menerangkan PERLAKSANAAN ENAKMEN PERLADANGAN UNGGAS (NEGERI SELANGOR) 2007 yang akan dilaksanakan sepenuhnya, telah di adakan di Sungai Besar.
Maksud unggas di sini ternakan berkaki dua seperti ayam daging, ayam kampung, burung unta, itik, merpati, puyuh dan banyak lagi. Ternakan yang lebih 500 ekor sahaja yang diwajibkan mengambil lesen.
Taklimat ini baru pertama kali diadakan. Selepas ini akan diadakan di Kuala Selangor pula. Dalam sesi taklimat yang julung-julung kali diadakan (sebelum ini pun tak ada dengar ianya di war-warkan di kaca tv atau surat khabar) sepatutnya buat dengan lebih berhemah, nyatakan kebaikan enakmen ini jika di kuatkuasakan nanti, bukannya dalam bentuk ugutan dan ancaman kepada para penternak.
Umpama seperti anak kita yang masih baru memasuki alam persekolahan, pagi-pagi tak mahu mandi, kita pujuk katakan kepada si anak bahawa mandi amalan yang bagus; badan bersih, bau wangi, cikgu dan kawan-kawan di sekolah pun suka. Bukannya dengan ugutan; "Kau pilih mandi ke... atau abah rotan jika tak mahu mandi (rotan lebih sakit lagi)
Benda masih baru lagi dan masih ramai yang belum tahu tentang undang-undang ini, cakaplah dulu tentang pencemaran alam yang semakin kritikal sekarang ke... kebaikan-kebaikan yang kita dapat jika sama- sama patuh undang-undang yang akan dilaksanakan itu nanti ke... Sedap la sikit telinga Wong Kam dengar..
.
Asyik-asyik sebut kompaun sekian ribu jika buat kesalahan itu. Lagi sekian ribu jika buat kesalahan yang ini. Tarik lesen jika buat itu. Tutup ladang jika buat yang ini. Sita situ, sita ini.
Dalam keadaan sekarang yang mana harga makanan ayam pun sudah melebihi RM90 seguni, dengan pinjaman bank lagi (bagi penternak kontrak) untung pun bukanlah banyak sangat hanya paras 'hidung'. Kadang-kadang bela ayam satu pusingan atau dua pusingan hanya mampu bayar bil-bil tertunggak dan hutang bank bulan sebelumnya. Tambah lagi bila dengar ungkapan di atas, rasa macam nak muntah pun ada.
Fikir-fikirkan bersama.
0 comments:
Post a Comment