MUSIM BURUNG MERAK MENGAWAN
Pernahkah anda menyaksikan burung merak mengawan? Ayam mutiara mengawan? Tak semua orang dapat pengalaman meyaksikan dua peristiwa tersebut kerana ianya jarang berlaku. Kucing mengawan selalu la...Jangka hayat burung merak sekitar 40 tahun.
Dari arah belakang merak jantan sedang mengawan (betina tidak kelihatan dalam gambar)
Bulan Februari dan Mac meyaksikan banyak burung merak mengawan kemudian bertelor dan tak lama kemudian tentulah telur merak menetas. Yang tak menjadi pun ada. Agak lama juga nak 'menimang' anak merak, iaitu sebulan. Lama pun berbaloi juga dapat anak burung merak.
Kalau saja-saja nak dengar suara merak memang sukar, kerana merak bersuara pun ikut musim juga. Dari kejauhan suara burung merak jantan persis suara kucing jantan miang! Dua kilometer kita boleh dengar suaranya.. Jangan memelihara burung merak hampir dengan kediaman atau di kawasan taman perumahan. Kena komplen penduduk sekitar le jawabnya. Bila tiba musim mengawan... tak kira siang atau malam asyik mengiiaauu.
Anak merak umur dua minggu
Sekali la dengan kembang eksyennya, sambil menggigal (makna hampir sama dengan menggigil) burung merak jantan ni sebenarnya nak memikat merak betina. Lagi pun jantan saja yang boleh mengembangkan ekornya yang cantik warna biru tua. Merak hijau kena ambil lesen. Si betina pula tak pandai kembang hanya memandang sebelum berjaya di pikat oleh si merak jantan tadi.
Burung merak di Angasadaria cuma lima ekor dua jantan, tiga betina sedang bertelor.
0 comments:
Post a Comment