TETAMU YANG DIALU-ALUKAN VS TIDAK DIALU-ALUKAN
Tanpa sedar sudah banyak tahun juga Wong Kam Pong bergelumang dengan dunia unggas. Bukan bermaksud menyombong diri tapi sebagai peringatan bahawa umur semakin berkurang lantaran usia meningkat. Alhamdulillah segalanya kehendak Allah juga, kita hanya merancang.
Niat asal sewaktu mula-mula menternak unggas dulu hanya mencari kawan, alhamdulillah sekarang ramai yang
sudi berkawan dengan Wong Kam Pong. Mempunyai kawan yang sama minat memang amat menyeronokkan selain dapat bertukar pandangan, dapat bertukar-tukar koleksi (tukar suka sama suka).
Bapak Pang Hermanto |
Sebagai contoh seperti kawan Wong Kam Pong dari Jakarta, Bapak Pang Hermanto yang tidak lokek bertukar pengalaman dan bertukar-tukar koleksi unggas dengan Wong Kam Pong.
Lawatan Pelajar UPSI ke ANGSADARIA |
Terima kasih juga kepada Prof Abu Bakar B Mamat, Jab. Pend. Teknikal & Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan pelajar-pelajar UPSI Tanjung Malim seramai enam orang yang sudi berkunjung baru-baru ini, tak lupa juga pelajar-pelajar dari UPM yang sudi menghubungi Wong Kam Pong walaupun sudah bekerjaya.
Kepada yang masih belum menghantar unggas seperti Wong Kam Pong pesan walau pun bayaran telah dibuat, bertindaklah segera jangan sampai Wong Kam Pong hilang seorang lagi 'kawan'.
Dalam banyak-banyak yang datang tu ada juga tetamu yang tidak dialu-alukan bertandang ke dalam reban. Yang itu pandailah Wong Kam Pong uruskannya.
Tetamu yang tidak diundang |
0 comments:
Post a Comment