MEMILIH ANAK AYAM BELANDA YANG BAIK
Antara ternakan yang paling sukar dipelihara ialah anak ayam belanda atau ayam piru, talkun/kalkun atau ayam kluk-kluk. Gigit nyamuk sikit pun boleh menjadi sebab kepada kematiannya. Sedang tidur tiba-tiba lampu padam (banyak sebab antaranya mentol terbakar) bila terang balik beberapa jam kemudian, dah ada yang mati kerana bertindih.
Ada seorang teman , mula beli 20 ekor anak ayam belanda semuanya hidup sihat sampai besar dan dipindahkan ke reban yang lebih besar. Beli kali kedua 50 ekor anak ayam belanda tapi kali ini banyak yang mati. Mati sebelah malam 3 atau 4 ekor setiap hari hingga hampir 30 ekor semuanya.
Baca Seterusnya...
Dia pun pelik tak tau apa punca kematian anak-anak ayam belanda tersebut. Nampak sihat tak ada tanda-tanda sakit pun. Rupa-rupanya reban anak tak di petak (di bahagi dua) tidur berhimpit-himpit lama-lama yang di bawah mati terpijak. Pengajaran dari cerita di atas; ayam sikit dengan ayam banyak tak sama cara memeliharanya.
Jika ada yang berkeinginan untuk memelihara anak ayam belanda sediakan banyak petak dalam reban, untuk 30 ekor anak ayam sesuai satu petak berkeluasan satu meter persegi. Suhu dalam setiap petak hendaklah mencukupi biasanya Wong Kg gunakan mentol 60 watt
Antara ciri-ciri anak ayam belanda yang baik untuk dipelihara:
Anak ayam dalam keadaan cergas tidak bermata luyu atau mengantuk. Kaki anak ayam belanda keadaannya bulat tidak kurus. Paling penting anak ayam belanda diberi ubat nyah kuman di bahagian uluran selama lima hari dalam minggu yang pertama.
Jika anak ayam belanda yang anda pelihara berak warna coklat cair ketika umurnya dua minggu, berkemungkinan ada jangkitan kuman pada ususnya dan jika tidak di ubati ia akan mati juga perlahan-lahan.Lama-lama habis semuanya mati. Begitulah sukarnya memelihara ayam belanda di peringkat anak. Anak ayam yang sihat najisnya berketul putih/ hitam. Ubat uluran mesti ada dalam simpanan setiap penternak ayam belanda!
0 comments:
Post a Comment