Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.
ALBUM ANGSADARIA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [24] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43] [44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] [51] [52] [53] [54] [55] [56] [57] [58] [59] [60] [61] [62]

Hubungi ANGSADA-RIA untuk tempahan anak ayam kampung, Anak Ayam Belanda, Ayam eksotik dan lain-lain.. Terima kasih.. En. Azmi Mainon 013-2667840 (Mobile) 03-32248133 (Tel/Fax) Facebook Pusat Ternakan Angsadaria Terima Kasih

Thursday 8 May 2008

ANGSA PERANCIS

Penggunaan angsa perancis dalam kawalan rumpai dikawasan buah-buahan

Pengurusan rumpai di dalam kebun adalah penting. Ini adalah kerana rumpai adalah pesaing kepada pertumbuhan tanaman. Ia bersaing untuk mendapatkan sumber makanan seperti air dan baja, ruang pertumbuhan dan cahaya. Ini menlibatkan kos pengawalan rumpai yang tinggi dan kadang kala rumpai ini boleh menyebabkan kebakaran seterusnya menjejaskan hasil ladang.

Bebagai-bagai cara untuk mengawal rumpai antaranya ialah menggunakan racun rumpai, kawalan secara manual dan menggabungkan kawalan secara kultura. Antara kawalan ini penggunana racun rumpai lebih digemari walaupun melibatkan kos yang tinggi dan ianya juga mebawa kesan sampingan kepada tanaman dan alam sekitar . oleh itu terdapat pilihan lain dalam pengawalan rumpai iaitu dengan membela angsa di kawasan yang mempunyai masalah rumpai.

Rumpai yang biasa terdapat di kawasan buah-buahan iaitu rumpai jenis daun lebar seperti selaput tunggul, setawar, maman pasir , rumput tahi ayam, rumput butang, dokong anak dan bayam duri, jenis rumput seperti rumput mesir (Dacctylocteneium aegytium), padi burung dan rumput sambau darat dan rumput jenis rusiga.

Dalam pemerhatian yang dijalankan di kawasan Kompleks Pertanian Chembong, Negeri Sembilan, mendapati angsa-angsa yang dilepaskan, berupaya mengawal rumpai/membersihkan kawasan buah-buahan antara 0.8 – 1.8 meter persegi seekor sehari. Ini bermakna 8,574 ekor diperlukan untuk membersihkan rumpai seluas sehektar sehari.

Sebanyak 59 ekor angsa yang berumur 30 hingga 90 hari dilepaskan dalam kandang bergerak yang berukuran tertentu di kawan buah-buahan. Makanan tambahan yang terdiri daripada jagung hancur sebanyak 5 kilogram sehari juga diletakkan di bawah reban dan air minuman bersih disediakan di dalam kandang. Rumpai-rumpai yang terdapat di dalam kandang dikira sehingga semua rumpai habis dimakan oleh angsa.

Angsa perancis ini telah memakan kesemua rumpai yang terdapat di kawan kandang kecuali rumpai yang berduri seperti semalu dan bayam pasir, kekacang penutup bumi, selaput tunggul, cili padi, terung dan anak pokok durian. Rumpai yang telah digigit oleh angsa ini juga didapati layu kekuningan, mati dan akhirnya reput. Ini mungkin terdapat bahan toksik di dalam air liur angsa kepada rumpai tersebut. Walau bagaimanapun rumpai seperti lalang dan rumput miang belum diuji lagi.

Pemeliharaan angsa di bawah pokok belimbing didapati amat sesuai seali kerana angsa-angsa ini juga memakan buah-buah yang gugur, ini dapat mengelakkan pembiahan lalat buah.

Kos pemeliharaan angsa ialah RM1,196.00, manakala kos merumpai (racun rumpai : Basta, 2 kali semburan dlam tempoh 6 bulan) ialah RM 1,526.00. ini menjadikan pemeliharaan angsa di bawah kawasan buah-buahan menjimatkan RM 330.00. Selain daripada itu angsa-angsa iini menambahkan bahan organik (najis) ke atas dusun.


Share/Save/Bookmark

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

Expert Village

Youtube

+ Kepelbagaian makanan untuk anak ayam..[1]
+ Cara membina reban ayam pedaging..[2]
+ Cara membuat sarang ayam bertelur..[3]
+ Kaedah mengelakkan anak ayam dari pemangsa..[4]
+ Cara memilih telur ayam untuk dieram..[5]
+ Cara memindahkan anak ayam yang baru lahir..[6]
+ Jerami padi sebagai tempat rehat anak ayam..[7]
+ Cara memberi vaksin anak ayam..[8]
+ Air amat penting untuk anak ayam..[9]
+ Kandungan diet yang penting untuk anak ayam..[10]
+ Ruang yang diperlukan untuk anak ayam..[11]
+ Sistem California Kid untuk anak ayam..[12]

PELAN KE ANGSADA-RIA (KLIK PADA GAMBAR)

CONTOH LADANG ITIK PEDAGING

  • Hanya satu jalan masuk+celup kaki/kenderaan
  • Gumboots+lab coats untuk pelawat
  • Pelawat mesti mencelup kaki
  • Pagar perimeter ketinggian 6'
  • Ketinggian pagar minima 5' di kawasan pengeluaran
  • Amalan perladangan yang baik
  • Klik disini

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP