Pengunjung digalakkan menggunakan browser Mozilla Firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan.
ALBUM ANGSADARIA

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [24] [26] [27] [28] [29] [30] [31] [32] [33] [34] [35] [36] [37] [38] [39] [40] [41] [42] [43] [44] [45] [46] [47] [48] [49] [50] [51] [52] [53] [54] [55] [56] [57] [58] [59] [60] [61] [62]

Hubungi ANGSADA-RIA untuk tempahan anak ayam kampung, Anak Ayam Belanda, Ayam eksotik dan lain-lain.. Terima kasih.. En. Azmi Mainon 013-2667840 (Mobile) 03-32248133 (Tel/Fax) Facebook Pusat Ternakan Angsadaria Terima Kasih

Friday 2 May 2008

Penternakan Itik Muscovy dalam sawah padi


Pendahuluan

Itik Muscovy adalah itik pedaging yang dibiakkan dari India yang diimport dari negar Perancis. Jabatan Pertaian menggalakkan penternakan itik Muscovy alam sawah padi kerana ianya akan mengurangkan pertumbuhan rumpai, memberi sumber protiean kepada keluara tani dan juga pendapatan tambahan kepada petani. Pemeliharaan itik adalah salah satu usaha untuk mengoptimakan pengunaan tanah selepas menuai padi. Itik-itik ini apabila dilepaskan di aswah akan memakan tumpahan padi selapas penuaian, perosak-perosak seperti ulat, cacing, siput dan rumpai yang terdapat dlam sawah.

Masa yang sesuai untk mendaptkan anak itik ialah kurang sebulan sebelum tarikh menuai dan berikut adalah tindakan dan persiapan yang perlu dibuat oleh petani:

Persediaan sebelum ketibaan anak itik:

1- Sediakan sebuah reban berhampiran dengan sawah. Seelok-elonya reban itu dibina dibawah teduhan pokok dan berdekatan dengan rumah untuk memudahkan penjagaan itik. Ruang yang disyorkan ialah 3 ekor/m. Untuk 100 ekor itik saiz reban yang sesuai ialah sekurang-kurangnya 3m x 5m. Bersihkan reban yang sedia ada.

2- Buatkan bidai/tirai di sebelah luar reban. Sebaik-baiknya bidai/tirai boleh digulung apabila cuaca panas dan diturunkan semula apabila cuaca sejuk.

3- Tabur abuk kayu/sekam padi setabal 2.5 – 2 cm di dalam reban untuk memastikan lantainya kering.

4- Pasang alat pemanas atau lampu sekurang-kurangnya 2 jam sebelum anak itik dimasukkan.

5- Sediakan tempat makan dan minum.


Ketiban anak itik:

1- Periksa, kira dan rekod bilangan anak itik yang diterima.

2- Asingkan yang mati dan sakit; takai yag cacat.

3- Celupkan paruh anak itik kedalam air bercampur glukus dan vitamin.

Dari 0 – 2 minggu:

1- pasang alat pemanas/lampu di waktu malam hingga awal pagi. Shu yang diperlukan ialah 35 darjah selsius.

2- Bila suhu bilik telah panas, padamkan alat pemanas/lampu. Gulung penutup, bidai/tiai apabila panas (tengah hari hingga petang).

3- Jika menggunakan alat pemanas, lampu hendaklah dipasang supaya bilik reban terang supaya itik tidak mudah terperanjat atau ketakutan.

4- Pastikan air sentiasa ada. Air hendaklah dicampur dengan vitamin. Ubat antibiotik juga boleh dicampur dalam air pada peringkat umur itik ini untuk tidak dijangkiti penyakit.

5- Makanan hendaklah sentiasa ada. Gunakan makanan Duck Starter Crumble.

6- Tabur abuk kayu/sekam pada padi di tapak reban apabila basah agar tapak sentiasa kering.

7- Ubahsuaikan tinggi/rendah alat pemanas/lampu supaya anak-anak itik mendapat kepanasan yang sesuai.

8- Setelah anak itik berumur 1-2 minggu, potong sedikit bahagian muncungnya untuk mengelakkan kecedraan apabila ia mematuk sesama sendiri.

Umur 3-4 minggu:

1- Mulai minggu ke 3, makanan Duck Starter dicampur dengan Duck Grower. Apabila berumur 4 minggu keatas, makanan Duck Grower diberi.

2- Itik boleh dididik bermain dalam air jika terdapt kolam atau parit di tepi sawah dan disekililing reban untuk memakan rumpai, serangga dan sebagainya.

Umur 5-13 minggu:

1- Mulai minggu ke 5 ataupun selapas menuai, lepaskan anak-anak itik kedalam sawah untuk memakan tumpahan padi, rumpai dan serangga. Ia dilepaskan pada awal pagi iaitu 7.00 – 9.00 pagi. Apabila matahari mulai panas itik-itik ini akan naik ke darat untuk berehat dan mencari tempat-tempat teduh seperti di bawah pokok. Bila waktu edup itik ini akan turun semula ke sawah, selalunya pada pukul 5.00 – 7.00 petang. Bila hari hampir malam itik ini akan balik ke rebannya semula.

2- Apabila itik pulang ke reban, makanan tambahan lain seperti dedak padi, beras hancur, sagu, hampas kacang soya, ikan baja, sisa dapur dan sebagainya bleh diberi. Dengan ini, penggunaan makanan pelet Grower dapat dikurangkan.

Itik mula boleh dijual apabila mencapai 11-13 minggu. Purata berat badan itik ketika itu boleh mencapai lebih kurang 3kg seekor.

Kos Pemeliharaan Bagi 100 Ekor Itik Dalam Semusim Padi

Anak itik

(100 ekor @ RM 2.50) = RM 250.00

Reban (RM 400.00) = RM 80.00

(untuk 5 musim)

Makanan (Duck Starter Crumble – 50kg/bag)

1 bag @ RM 48.00 = RM 48.00

Makanan (Duck Grower-50kg/bag)

8 bag @ RM 42/bag = RM 336.00

Ubatan = RM 30.00

Peralatan (bekas makan dan minum dll.)

RM 50.00 untuk 5 musim = RM 10.00

Jumlah = RM 754.00

Pendapatan kasar

Jualan itik 95 ekor

@ 3kg/ekor @ RM 5/kg = RM 1,425.00

Pendapatan Bersih = RM 671.00


Share/Save/Bookmark

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin

Expert Village

Youtube

+ Kepelbagaian makanan untuk anak ayam..[1]
+ Cara membina reban ayam pedaging..[2]
+ Cara membuat sarang ayam bertelur..[3]
+ Kaedah mengelakkan anak ayam dari pemangsa..[4]
+ Cara memilih telur ayam untuk dieram..[5]
+ Cara memindahkan anak ayam yang baru lahir..[6]
+ Jerami padi sebagai tempat rehat anak ayam..[7]
+ Cara memberi vaksin anak ayam..[8]
+ Air amat penting untuk anak ayam..[9]
+ Kandungan diet yang penting untuk anak ayam..[10]
+ Ruang yang diperlukan untuk anak ayam..[11]
+ Sistem California Kid untuk anak ayam..[12]

PELAN KE ANGSADA-RIA (KLIK PADA GAMBAR)

CONTOH LADANG ITIK PEDAGING

  • Hanya satu jalan masuk+celup kaki/kenderaan
  • Gumboots+lab coats untuk pelawat
  • Pelawat mesti mencelup kaki
  • Pagar perimeter ketinggian 6'
  • Ketinggian pagar minima 5' di kawasan pengeluaran
  • Amalan perladangan yang baik
  • Klik disini

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP