Thursday, 6 November 2008
Monday, 13 October 2008
Planet Earth
Tuesday, 7 October 2008
EM dalam tasik, kolam, air pancuran dan akuarium
EM (efektif mikrob) adalah campuran bakteria semulajadi yang dihasilkan dari proses penapaian semulajadi yang terkawal.Tiada pengubahsuaian dari segi genetik ataupun kimia. EM selamat digunakan dan diakui 100% organik oleh OMRI dan sekarang ianya digunakan di lebih 120 buah negara.
Tiga genera mikrob tersebut(LAB, Psb,yeast) secara semulajadi bekerjasama dan menghasilkan sebatian bermanafaat seperti vitamin, hormon, enzim, asid organik,mineral,bioaktif dan bermacam2 antioksidan apabila ia bertemu bahan2 organik.Kunci dalam larutan EM adalah Fototropik bakteria iaitu Rhodopsuedomonas palustris—kumpulan bermanafaat dalam memecahkan molekul dan mencerna sebatian toksik. Campuran mikrob yang unik ini menghasilkan antioksidan yang antaranya inositol, ubiquinon, saponin, polisakarida(lowmolecularpolysaccharides), polyphenol, dan mineral-mineral. Antioksidan ini menbantu sistem pertahanan semulajadi yang boleh menghalang pertumbuhan bakteria2 yang tak bermanafaat.
EM di temui oleh Dr. Teruo Higa iaitu seorang hortikultur biologist Ia mula dipasarkan di Jepun pada tahun 1982 untuk pertanian organik. Kini EM dihasilkan di 54 buah negara dan digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang.
Wednesday, 13 August 2008
Penjimatan kos bina reban
Wednesday, 6 August 2008
lawatan mahasiswi UPSI
Tuesday, 15 July 2008
Ayam selasih dan ayam bittle
Wednesday, 2 July 2008
Friday, 30 May 2008
Teknologi Bio-EM (Effective microorganism) 2 dalam 1
1- Pengawalan/Mengurangkan bau najis ternakan dengan berkesan.
2- Meningkatkan kualiti persekitaran reban/kandang agar lebih baik.
3- Melindungi reban/kandang daripada serangan bakteria patoganik.
4- Meningkatkan sistem imune kepada penyakit dan mengurangkan kematian pada ternakan.
5- Meningkatkan keefisyenan pemakanan ternakan.
6- Memperbaiki kadar tukaran makanan.
Kandungan
Lactic Acid Bacteria, Photosynthetic bacteria & Yeast
Penggunaan untuk semburan
1- Gunakan 50ml ME untuk setiap 20 liter air.
2- Semburan dibuat lingkungan jam 11.00 pagi hingga 3 petang.
Penggunaan untuk minuman dan makanan ternakan
1- Untuk minuman : Campurkan ke dalam airpada kadar antara 1: 500 hingga 1: 2,000 (untuk unggas) dan 1: 5,000 (untuk ruminan).
2- Untuk makanan : Rendamkan rumput napier ke dalam campuran pada kadar 1: 1,000 sebelum diberi makan DAN menggunakan campuran yang sama, semburkan halus kearah makanan pellet TETAPI jangan sampai basah।
Dijual dengan harga RM 15 (1 liter)
Thursday, 8 May 2008
ANGSA PERANCIS
Pengurusan rumpai di dalam kebun adalah penting. Ini adalah kerana rumpai adalah pesaing kepada pertumbuhan tanaman. Ia bersaing untuk mendapatkan sumber makanan seperti air dan baja, ruang pertumbuhan dan cahaya. Ini menlibatkan kos pengawalan rumpai yang tinggi dan kadang kala rumpai ini boleh menyebabkan kebakaran seterusnya menjejaskan hasil ladang.
Bebagai-bagai cara untuk mengawal rumpai antaranya ialah menggunakan racun rumpai, kawalan secara manual dan menggabungkan kawalan secara kultura. Antara kawalan ini penggunana racun rumpai lebih digemari walaupun melibatkan kos yang tinggi dan ianya juga mebawa kesan sampingan kepada tanaman dan alam sekitar . oleh itu terdapat pilihan lain dalam pengawalan rumpai iaitu dengan membela angsa di kawasan yang mempunyai masalah rumpai.
Rumpai yang biasa terdapat di kawasan buah-buahan iaitu rumpai jenis daun lebar seperti selaput tunggul, setawar, maman pasir , rumput tahi ayam, rumput butang, dokong anak dan bayam duri, jenis rumput seperti rumput mesir (Dacctylocteneium aegytium), padi burung dan rumput sambau darat dan rumput jenis rusiga.
Dalam pemerhatian yang dijalankan di kawasan Kompleks Pertanian Chembong, Negeri Sembilan, mendapati angsa-angsa yang dilepaskan, berupaya mengawal rumpai/membersihkan kawasan buah-buahan antara 0.8 – 1.8 meter persegi seekor sehari. Ini bermakna 8,574 ekor diperlukan untuk membersihkan rumpai seluas sehektar sehari.
Sebanyak 59 ekor angsa yang berumur 30 hingga 90 hari dilepaskan dalam kandang bergerak yang berukuran tertentu di kawan buah-buahan. Makanan tambahan yang terdiri daripada jagung hancur sebanyak 5 kilogram sehari juga diletakkan di bawah reban dan air minuman bersih disediakan di dalam kandang. Rumpai-rumpai yang terdapat di dalam kandang dikira sehingga semua rumpai habis dimakan oleh angsa.
Angsa perancis ini telah memakan kesemua rumpai yang terdapat di kawan kandang kecuali rumpai yang berduri seperti semalu dan bayam pasir, kekacang penutup bumi, selaput tunggul, cili padi, terung dan anak pokok durian. Rumpai yang telah digigit oleh angsa ini juga didapati layu kekuningan, mati dan akhirnya reput. Ini mungkin terdapat bahan toksik di dalam air liur angsa kepada rumpai tersebut. Walau bagaimanapun rumpai seperti lalang dan rumput miang belum diuji lagi.
Pemeliharaan angsa di bawah pokok belimbing didapati amat sesuai seali kerana angsa-angsa ini juga memakan buah-buah yang gugur, ini dapat mengelakkan pembiahan lalat buah.
Kos pemeliharaan angsa ialah RM1,196.00, manakala kos merumpai (racun rumpai : Basta, 2 kali semburan dlam tempoh 6 bulan) ialah RM 1,526.00. ini menjadikan pemeliharaan angsa di bawah kawasan buah-buahan menjimatkan RM 330.00. Selain daripada itu angsa-angsa iini menambahkan bahan organik (najis) ke atas dusun.
Friday, 2 May 2008
Penternakan Itik Muscovy dalam sawah padi
Itik Muscovy adalah itik pedaging yang dibiakkan dari India yang diimport dari negar Perancis. Jabatan Pertaian menggalakkan penternakan itik Muscovy alam sawah padi kerana ianya akan mengurangkan pertumbuhan rumpai, memberi sumber protiean kepada keluara tani dan juga pendapatan tambahan kepada petani. Pemeliharaan itik adalah salah satu usaha untuk mengoptimakan pengunaan tanah selepas menuai padi. Itik-itik ini apabila dilepaskan di aswah akan memakan tumpahan padi selapas penuaian, perosak-perosak seperti ulat, cacing, siput dan rumpai yang terdapat dlam sawah.
Masa yang sesuai untk mendaptkan anak itik ialah kurang sebulan sebelum tarikh menuai dan berikut adalah tindakan dan persiapan yang perlu dibuat oleh petani:
Persediaan sebelum ketibaan anak itik:
1- Sediakan sebuah reban berhampiran dengan sawah. Seelok-elonya reban itu dibina dibawah teduhan pokok dan berdekatan dengan rumah untuk memudahkan penjagaan itik. Ruang yang disyorkan ialah 3 ekor/m. Untuk 100 ekor itik saiz reban yang sesuai ialah sekurang-kurangnya 3m x 5m. Bersihkan reban yang sedia ada.
2- Buatkan bidai/tirai di sebelah luar reban. Sebaik-baiknya bidai/tirai boleh digulung apabila cuaca panas dan diturunkan semula apabila cuaca sejuk.
3- Tabur abuk kayu/sekam padi setabal 2.5 – 2 cm di dalam reban untuk memastikan lantainya kering.
4- Pasang alat pemanas atau lampu sekurang-kurangnya 2 jam sebelum anak itik dimasukkan.
5- Sediakan tempat makan dan minum.
Ketiban anak itik:
1- Periksa, kira dan rekod bilangan anak itik yang diterima.
2- Asingkan yang mati dan sakit; takai yag cacat.
3- Celupkan paruh anak itik kedalam air bercampur glukus dan vitamin.
Dari 0 – 2 minggu:
1- pasang alat pemanas/lampu di waktu malam hingga awal pagi. Shu yang diperlukan ialah 35 darjah selsius.
2- Bila suhu bilik telah panas, padamkan alat pemanas/lampu. Gulung penutup, bidai/tiai apabila panas (tengah hari hingga petang).
3- Jika menggunakan alat pemanas, lampu hendaklah dipasang supaya bilik reban terang supaya itik tidak mudah terperanjat atau ketakutan.
4- Pastikan air sentiasa ada. Air hendaklah dicampur dengan vitamin. Ubat antibiotik juga boleh dicampur dalam air pada peringkat umur itik ini untuk tidak dijangkiti penyakit.
5- Makanan hendaklah sentiasa ada. Gunakan makanan Duck Starter Crumble.
6- Tabur abuk kayu/sekam pada padi di tapak reban apabila basah agar tapak sentiasa kering.
7- Ubahsuaikan tinggi/rendah alat pemanas/lampu supaya anak-anak itik mendapat kepanasan yang sesuai.
8- Setelah anak itik berumur 1-2 minggu, potong sedikit bahagian muncungnya untuk mengelakkan kecedraan apabila ia mematuk sesama sendiri.
Umur 3-4 minggu:
1- Mulai minggu ke 3, makanan Duck Starter dicampur dengan Duck Grower. Apabila berumur 4 minggu keatas, makanan Duck Grower diberi.
2- Itik boleh dididik bermain dalam air jika terdapt kolam atau parit di tepi sawah dan disekililing reban untuk memakan rumpai, serangga dan sebagainya.
Umur 5-13 minggu:
1- Mulai minggu ke 5 ataupun selapas menuai, lepaskan anak-anak itik kedalam sawah untuk memakan tumpahan padi, rumpai dan serangga. Ia dilepaskan pada awal pagi iaitu 7.00 – 9.00 pagi. Apabila matahari mulai panas itik-itik ini akan naik ke darat untuk berehat dan mencari tempat-tempat teduh seperti di bawah pokok. Bila waktu edup itik ini akan turun semula ke sawah, selalunya pada pukul 5.00 – 7.00 petang. Bila hari hampir malam itik ini akan balik ke rebannya semula.
2- Apabila itik pulang ke reban, makanan tambahan lain seperti dedak padi, beras hancur, sagu, hampas kacang soya, ikan baja, sisa dapur dan sebagainya bleh diberi. Dengan ini, penggunaan makanan pelet Grower dapat dikurangkan.
Itik mula boleh dijual apabila mencapai 11-13 minggu. Purata berat badan itik ketika itu boleh mencapai lebih kurang 3kg seekor.
Kos Pemeliharaan Bagi 100 Ekor Itik Dalam Semusim Padi
Anak itik (100 ekor @ RM 2.50) = RM 250.00 (untuk 5 musim) 1 bag @ RM 48.00 = RM 48.00 8 bag @ RM 42/bag = RM 336.00 RM 50.00 untuk 5 musim = RM 10.00 |
Jumlah = RM 754.00 |
Pendapatan kasar Jualan itik 95 ekor @ 3kg/ekor @ RM 5/kg = RM 1,425.00 |
Pendapatan Bersih = RM 671.00 |
Wednesday, 23 April 2008
Ayam
Ayam (Gallus gallus) merupakan sejenis burung peliharaan yang seringkali diternak bagi telurnya. Ia dipercayai berasal daripada Ayam Hutan Merah Asia (Asian Red Junglefowl).
Ayam merupakan burung paling biasa di dunia. Dianggarkan terdapat 24 bilion pada tahun 2003, menurut Firefly Encyclopedia of Birds.
Ayam merupakan haiwan maserba. Ia makan hampir apa sahaja, dari bijian ke daunan dan dari serangga ke tikus. Namun ayam ternakan biasanya diberi makanan khas seperti bijirin dan sumber protein. Ayam ternakan biasanya tidak dapat terbang begitu jauh.
Ayam merupakan makanan yang sangat digemari dan boleh digoreng untuk dimakan begitu sahaja ataupun sebagai lauk untuk dimakan bersama nasi.
AYAM MUTIARA ATAU AYAM API
Sejenis unggas berpenampilan menarik juga dikenali dengan nama saintifiknya NUMIDA MELEAGRIS. Berbulu tebal dengan corak mutiara putih berlatar belakangkan warna kelabu kebiruan ini berasal dari benua AFRIKA.
Mula bertelur apabila mencapai usia 26-30 minggu bergantung beberapa faktor terutamanya pemakanan. Bertelur dengan jumlah yang banyak tetapi tidak 'bijak' untuk mengeramkan telurnya sendiri. Kulit telur keras dan kasar.
Ada pendapat yang mengatakan telur ayam mutiara berkhasiat untuk meningkatkan kepuasan hubungan kelamin baik lelaki mahupun wanita.
Di negara-negara Eropah, daging ayam mutiara dihidangkan sebagai hidangan istimewa kerana rasa dagingnya seperti daging burung, rendah kandungan lemak dan kalori walaupun kandungan proteinnya sama seperti daging ayam. Berat ayam mutiara dewasa sesudah dibersihkan ialah 1.5 kg. Read more...
Kami menjual pelbagai jenis ternakan...
Contoh Merak (India+Malaysia)
Mahukan ayam kampung, ayam belanda, ayam mutiara untuk buat kenduri.?? Mahukan merak untuk peliharaan?? atau lain-lain lagi.. Kami ada menjualnya...
1) Ayam kampung
2) Ayam Belanda
3) Ayam Mutiara
4) Ayam Batam Emas
5) Angsa Tempatan
6) Angsa Putih (Perancis)
7) Angsa Brazil
dan lain-lain lagi...
Pengenalan mengenai ayam kampung
AYAM KAMPUNG KH-B1 (SUPER KEDAH)
Baka ayam ini dibangun dengan beridentitikan ayam kampung asli seperti:Bulu tipis, lebih berat, kaki besar dan panjang, kulit berwarna kuning.Dagingnya juga lebih pejal dan manis.
Dengan warna bulu yang menarik dan paruh yang tidak dipotong(Ayam kampung MARDI atau SASSO-51A potong paruh)pastinya ayam ini mudah dipasarkan dan menjadi pilihan utama pengguna.
Ayam kampung KH-B1 diternak secara separa bebas dengan makanan komersil dan makanan berasaskan padi sebagai makanan utama. Ekstrak bawang putih, halia dan gula merah sebagai anti biotik juga rumput napier sebagai penyedap rasa dagingnya.
Semburan BIO-TEC dilakukan secara berkala untuk menghapuskan bau yang tidak menyenangkan dan menghapuskan lalat juga sebagai minuman kesihatan kepada ayam.
Berat ayam KH-B1 untuk dipasarkan ialah :Betina 1.7kg - 1.9kg, Jantan 2kg - 2.5kg