Mencari punca telur yang tak menetas.
Sebelum memiliki mesin penetasan telur, anda mesti memiliki sifat berani mencuba dan juga berani menghadapi kegagalan barulah boleh mengendalikan mesin penetasan. Jika tak memiliki dua perkara tu lupakan sahaja keinginan yang anda ada. Di samping tu kena rajin buat kajian kenapa asyik gagal. Kadang-kadang yang kita buat lebih banyak gagal dari yang berjaya.
Selepas enam hari dalam mesin, biasanya telur disuluh untuk melihat perkembangan embrio di dalamnya. Akan kelihatan seperti akar berwarna merah di dalam telur. Tetapi jika tidak kelihatan apa-apa macam biasa sahaja, keluarkan telur dari mesin dan boleh digoreng. Telur masih elok lagi.
Sepanjang usia telur 6 hingga 14 hari jika berlaku kematian kepada embrio seperti tidak bergerak bila kita pusingkan telur, atau embrio sudah bewarna kehitaman; antara sebabnya suhu dalam ruang penetasan terlalu tinggi, atau ruang udara (dalam kulit telur) tersumbat, atau peredaran udara dalam mesin penetasan tidak rata, atau embrio telah kena jangkitan kuman.
Jika pada peringkat awal pengeraman elok tetapi berlaku kematian di usia telur 17 hingga 21 hari; Puncanya kelembapan dalam mesin tidak sesuai atau suhu terlalu rendah. Atau suhu terlalu tinggi. Atau sistem peredaran udara dalam mesin kurang baik. Jika semua alasan di atas bukan juga maka kebarangkalian embrio telah dijangkiti bakteria sebab kotor.
Sering berlaku embrio yang pada awalnya kita lihat elok kemudian banyak yang mati; di sebabkan suhu dalam mesin penetasan terlalu tinggi atau terlalu rendah. Pengaliran udara dalam mesin tak sempurna. Atau pemutaran telur tidak betul.
Suhu dalam mesin penetasan Wong Kg biasanya 37C hingga 38C kadang-kadang hingga 39C apabila cuaca terlalu panas.